...

Monday, September 21, 2015

Yaaaa, Hati Yang Semakin Lupa (nasihat untuk diri sendiri).





Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Selawat dan salam buat junjungan Rasul tercinta serta kepada kerabat baginda dan para sahabat baginda yang sentiasa diredhai Allah.


Hai, gaiss. Uhuk uhukss. K harini nak taip pasal ilmu sikit. Ilmu yang nampak simple dan klishe tapi sangat berguna untuk kita semua. In shaa Allah :) Moga Allah merahmati.


Harini nak share sikit pasal ilmu hijrah. Mesti korang semua dah banyak kali dengar pasal entry macam ni kan. Alahh aku pun sama ah, banyak kali dah dengar cerita pasal hijrah ni. Kadang-kadang korang ada rasa bosan tak bila baca 'Tip-tip nak nak hijrah.' ataupun 'Cara-cara nak berhijrah'? Aku mengaku ah, aku kadang-kadang dah bosan jugak bila baca semua tu sebab apa? Sebabnya, dalaman aku masih belum kuat. Yaahh! Dalaman tak kuat susah tau nak berhijrah. Bila dalaman kita kuat maka luaran kita akan turut sama teguh daripada apa-apa sahaja dugaan dan cabaran hijrah.


Apa sebenarnya yang dimaksudkan dalaman dan luaran bagai ni? Hahaha. Ok, dalaman kat sini bermaksud keinginan kita akan sesuatu perkara. Contohnya, kita kata kita nak berubah kan. Sekarang ni, persoalannya keinginan nak berubah tu kuat ke tak? Ke just berubah nak pakai tudung sebab trend sekarang tudung cantik-cantik? Ke sebab nak berpurdah hanya nak ikut fesyen nak tutup muka yang tak berapa nak lawa, biar nampak mata je? Ke nak berhijrah sebab nak dapatkan si soleh? Eh? Ke nak berubah semata-mata nak dipandang tinggi, berilmu dan dianggap alim ulama'? Kalau lah niat kita macam semua kat atas tu, serius ah memang susah benoh ler kita nak berubah sebab keikhlasan kita tu kurang ada malah boleh jadi tidak ada langsung. Peh! Parah gila weh. Haishhh. :'(


Yaa, Sahabat. Janganlah kamu malu untuk mengakui kenyataan sebenar siapa diri mu walau kamu seorang perompak sekalipun. Memang benar kita dari spesies homo sapiens (manusia) (ceh bahasa dakdak bio haha), kita tak lari dari dosa dan noda. Tapi, itu bukan alasan untuk kita terus-terusan buat dosa. Kita pun ada hak nak berubah. Berubah menjadi lebih baik! Sedangkan kita tahu, keampunan Allah itu jauh lebih besar daripada kemurkaan Allah! Tapi, awat noh kita ni gedik sangat tak nak cuba berubah? Haihh, hanya mampu berhuhu jelah. Takyalah kau nak malu sangat nak mengaku diri tu pendosa. Sebab aku pun sama je macam korang semua. Tak semestinya aku taip blog ni panjang berjeler bak lori treler (k takde kene mengene pon) bermakna aku ni baik gile bapak, alim gile bapak. Wehhh, tak ah. Tak langsung! -.-


















Pernah baca tak buku tarbiah sentap? Buku yang femes tu. Yang memang sentap gila bapak tu hahaha. Alhamdulillah aku dah khatam buku tarbiah sentap tu. Banyak informasi yang aku dapat daripada buku tu. Serius ah weh. Kalau korang baca buku tu, setiapa ayat korang baca mesti korang rasa ade orang tampo muka  korang. Hahaha apa yang aku nak jelaskan disini, bila tiap ayat korang baca dalam buku tu, serius ah korang akan rasa apa yang dia kata tu ada kaitan dengan korang. Sebijik-sebijik ayat dia macam dilemparkan kat korang. Faham tak? -.- Aku rasa macam ayat aku ni bebelit ah. Hahaha. Ni la kelemahan aku, tak geti nak explain sesuatu kat orang. Sebab tu aku rasa aku tak boleh jadi cikgu. Tak tahu lah nanti kalau jadi ibu macam mana. Eh? (da kenpa -.-)


Okey la sambung pasal buku tarbiah sentap ni. Dalam buku tu, dia ada explain tentang hipokrit. Aku share sikit lah apa dia kata melalui bahasa aku sendiri haha. Hipokrit ni bila kita dengar mesti kita bayangkan maksudnya geti cakap tapi buat tak juga. Kan? 90% daripada masyarakat kita akan berfikiran begini (macam gua dah buat research la pulak). Aku pun termasuk dalam golongan tu. Tapi sebenarnya, maksud hipokrit adalah sama dengan maksud munafik. Munafik maksudnya menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran. Means, berpura-pura beriman pada Allah depan orang, tapi sebenarnya dia kafir dan benci agama Islam bila di belakang orang. Maksud munafik ni sama dengan maksud hipokrit. Okey, contohnya, kita cakap dekat kawan kita jangan pernah lambat-lambatkan solat. Tapi, kadang-kadang pada satu saat tu kita ada lah rasa teramat malas untuk solat awal jadinya kita pun solat lambat. Kat sini, dalam kes ni kita tak dianggap hipokrit. Sebab kita memang lemah dan kadang-kadang tak kuat nak berhadapan dengan nafsu malas ni. Jadinya kita pun kalah dengan godaan syaiton laknatullah. Tapi.... kita tak benci dengan perkara solat awal waktu tu. Means, hipokrit ni gini la. Kita nasihat kawan kita supaya solat awal. Tapi belakang diorang, kita sebenarnya memang benci nak solat awal. Kadang-kadang memang sampai tak solat pun. Hahh! Tu namanya hipokrit!


Bila kita salah tafsir maksud hipokrit, perkara ini akan menghalang kita untuk berdakwah dan saling menasihati sesama manusia. Sebab kita fikir dan kita teringat ayat Allah,



A002

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"


A003

"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."


                                                                                                                       -Surah As Saf, ayat 2 dan 3




Okey ah. Aku pun selalu takut nak nasihatkan orang atau share benda baik sebab teringat ayat Allah ni. Weh, serius ah takut ah. Ye ah. Kita pandai banyak cakap nasihat orang bagai tapi kita sendiri pun tak betul lagi. Lepastu aku ada terbaca satu kisah ni. Tapi aku tak ingat ah aku baca cerita dari sumber mana. Dalam cerita tu dia kisahkan dimana ada seorang guru ni dia mengajar anak murid dia macam-macam tentang ilmu agama dan amalan contohnya macam jangan lupa qiamulail dan sebagainya. Tapi bila tiba di akhirat, anak murid dia semua masuk syurga dan dia je yang masuk neraka. Pastu, anak murid dia pelik. Yelah, guru, mestilah banyak ilmu. Last-last, guru dia pun cakap, "aku hanya pandai menyuruh kamu buat itu dan ini tapi aku sendiri tak amalkannya." Yaaahh! Seram seh. Serius bagi aku seram gila. :'(( Dan disebabkan cerita ni dan ayat Allah tu, aku hmpir nak berhenti taip blog. Sebab nya aku takut masuk neraka. Sebabnya aku takut aku ni adalah orang yang pandai cakap tapi buatnya tak. Hmmmphh.


















Tapi bila kita dah tahu pasal maksud hipokrit tu apa. So... kita pun boleh la kembali bersemangat hendak menyebarkan dakwah! K. Bila kita sudah niat untuk menyampaikan dakwah atau memberitahu orang lain sedikit ilmu yang kita ada, maka sedikit sebanyak Allah akan tiup rasa malu dalam hati kit untuk melakukan dosa. Faham tak?


Okey. Contohnya, ni cerita based on pengalaman la. Hehehe. Bila aku start taip blog, aku dapat rasakan sesuatu berlaku dalam diri aku. Means, bila aku taip blog, aku cerita banyak tentang kebaikan dan tentang ilmu agama, aku rasa bila aku nak buat dosa aku rasa macam tak sedap. Aku rasa cepat rasa bersalah. Hati tak tenang sebab aku rasa satu hal. Aku ni pandai nasihat orang bagai tapi aku sendiri buat perkara tak elok. Contohnya, aku taip entry pasal kebaikan solat duha. Tapi aku sendiri tak buat solat duha tu. :| Faham kan? Lepastu, bila aku buat dosa aku akan rasa aku ni tak padan nak nasihatkan orang sebab aku sendiri masih seorang pendosa. Dan aku akan soal diri aku sendiri, 'macam ni ke gaya orang yang pandai bagi kata-kata nasihat?' Aku akan rasa macam tu. Bukan nak berlagak alim atau nak tunjuk aku baik, tapi ni la rasa. Aku masih dengan niat aku dan aku telah jadikan nya sebagai trademark aku, 'SAYA JUST SHARE DAN TAKDE NIAT NAK MENGAJAR.' Sebab bagi aku, kalau kita ada ilmu atau sesuatu kebaikan walau sikit, kita akan rasa tak best bila kita tak share kat orang. Macam tentang kebaikan solat duha. Aku tahu kebaikan solat duha dan aku rasa orang lain patut tahu juga kebaikkan solat duha tersebut walaupun aku sendiri tak buat solat duha tu.


Bila kita rasa kita ni just pandai cakap tapi tak buat-buat. Jangan risau keyy. Hahaha. Sebab akan tiba satu saat kita sendiri akan buat apa yang kita nasihat kat orang. Okey, contohnya macam aku lah. Aku kan ada taip pasal kebaikan solat duha, tapi aku sendiri tak buat kan. Okey, tu dulu. Sekarang ni alhamdulillah aku tengah cuba amalkan buat solat duha seminggu sekali. At least sekali lah dalam seminggu kena buat solat duha. Tujuan kita buat solat duha, kita bukannya sekadar nak rezeki kita murah tapi kita nak ingat pada yang Maha Memberi Rezeki iaitu Allah. Kita juga nak kan rahmat dari Allah melalui solat duha tersebut.


Sooo..... takyah la risau sangat pasal terms 'pandai cakap tapi buat tak juga' sebab lama-lama Allah akan bagi hidayah pada kita untuk buat lebih banyak kebaikan termasuklah hidayah untuk kita buat apa yang kita nasihatkan kat orang. Jangan pernah takut untuk menyebarkan ilmu Allah sebab setiap kebaikan tu Allah takkan jadikannya sia-sia. Pegang kata-kata tu. In shaa Allah.


















Please behave, yaaa diri! Kau lupa niat kau? Kau lupa impian kau? Kau lupa misi kau? Weh serius ah. Kau harapan ibu ayah untuk ke syurga Dia. Kau harapan umat untuk bawa setiap manusia ke jalan yang benar. Benar kau tak kuat. Tapi kau telah dipilih Allah untuk jalan yang setiap orang istimewa lalui. Orang istimewa itu orang lemah namun dalamannya tersemat kekuatan yang Allah pegang untuk satu saat nanti kau guna. Bila dalaman kau utuh, maka luaran mu akan turut teguh. Bila keinginan kau kuat untuk berubah, maka luaran kau iaitu tindakan kau akan seiring dengan niat kau. Kalau kau niat berubah sebab Allah! Maka, akan hadir banyak insan yang sentiasa mencintai Allah. Akan hadir banyak insan yang sentiasa ingatkan kau pada Dia. Ingat tu! Ingat! Hehehe. Just a remainder for myself. Saya selalu diambang mautnya iman disebabkan nafsu yang tidak tertahan untuk berbuat dosa. Tapi ingat, biar kita jatuh banyak kali asalkan bangkit kita tu pun seiring kejatuhan kita. Biar kita mati dalam keadaan diri tengah bangkit untuk berubah daripada mati dalam keadaan kita jatuh. Jalan dakwah itu bukan diatas hamparan karpet merah. Yeee :'(













































































Salam dari yang gedik,
Amira Azwa Amir.