...

Sunday, August 09, 2015

Matriculation 2014/2015: End.




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan Rasullah yang terpuji dan kepada ahli keluarga serta para sahabat baginda.


Harini gua nak share cerita tentang tamatnya zaman matrikulasi sesi 2014/2015. Hihihik. Tetiba pulak rasa sedih hahaha (hmm). Dalam post kali ini aku nak share jugak sikit tentang matrik ni cammane kan. Yelah. Walaupun budak-budak batch baru dah masuk. Sory lah lambat sangat nak share pasal macam mana life budak matrik ni HAHAHA (bajet gile macam orang nak baca sangat cerite kau)


So.... kalau cerita pasal matrik ni sah-sahlah aku cerita banyak tentang kmm. Hahaha sebab aku kan dulu dak matrik melaka. So memang sah lah aku banyak cerita tentang kmm. Hehehehe.


Matrik sesi 2014/2015 habis 27 April 2015. So dah berbulan bulan aku habis matrik. Result exam sem 2 pon dah keluar dan sekarang ni upu pon dah keluar.


Nak cerita je pasal haritu hah keluar matrik. Bagi student modul 3 macam aku memang kitorang habis awal sikit daripada dak-dak akaun dengan sains modul 1 dan modul 2.  So bila ada yang habis awal memang tak syok lah kan. Yelah kan sepatutnya kalau boleh nak lah keluar sesama sebab dulu pon masuk sesama. Paling sedih bila dengan roommate ah. Weh serius ah tak best tau tak kalau habis tak sama. Dalam bilik aku ada 3 penghuni. Aku dengan dua roommate aku. Ok. Aku modul 3. Sorang roommate aku dak akaun. Sorang lagi dak modul 1. Serius ah. Kitorang dah macam hapee bila tau habis tak sama. Sah-sah aku balik dulu daripada diorang. Roommate aku dak akaun ni pulak habis exam pagi. So dia balik awal daripada roommate aku dak modul 1 ni sebab haritu dak modul 1 dengan modul 2 ada paper fizik. Diorang habis petang. Aku dapat rasakan betapa sedihnya roommate aku yang modul 1 ni sebab bila balik exam tengok-tengok tinggal dia sorang je dalam bilik. Tempat lain semua dah kosong. Takde barang. Tinggal barang dia je. Serius sedih gila gila ahh. :'(



Time mula-mula masuk matrik.

Time ni serius tak best. Memang aku cakap serius tak best! Bukan nak takutkan adik-adik yee hahaha tapi bagi aku ah serius tak best bila time mula-mula masuk matrik. Sebenarnya dia bergantung pada orang. Kalau adik-adik (macam aku akak-akak sangat hahaha) ni jenis yang memang berdikari, tak kuat homesick, friendly maksudnya senang buat kawan dan senang nak adapt dengan persekitaran baru, in shaa Allah tak akan rasa teruk bila mula-mula masuk matrik. Sebab aku ni jenis yang pendiam (hahaha mesti yang kenal aku tak caya aku pendiam), aku tak suka buat kawan baru sebenarnya. Aku paling lemah tak boleh berjauhan dengan famili. Susah nak adapt dengan tempat baru. Tak peramah. So bagi aku time memula masuk matrik adalah satu perkara yang paling tak best dalam sejarah hidup. Hahaha. Aku time masuk matrik nangis bila famili dah nak balik. Mengada kan? Peduli apa aku orang nak kata aku mengada ke, gembeng ke, poyo ke, lantak ah. Ada aku kisah. Aku kalau cerita bab-bab ginih memang aku emo sikit sebab bagi aku semuanya terpulang pada diri masing-masing. Aku ni mengada-ngada pon takde lah sampai nak keluar bagai dari matrik bila dah sebulan dua bulan duduk matrik. Aku ngada-ngada pon aku habis kan jugak pelajaran aku kat matrik. :p











Gambar hiasan (haha classmate saya senanye)










Ok. Masuk matrik memula mesti lah ada sesi suai kenal dengan roommate. Sebenarnya bilik aku ada empat orang tapi 3 minggu pas masuk matrik tu sorang roommate aku dapat panggilan masuk UTM. Dia pun memang nak keluar. So tinggal 3 orang je dalam bilik aku. Masing-masing macam hapee muka bila memula kenal. Hahaha. Tapi bila dah lama baru kenal perangai masing-masing.



Orentasi dan kuliah dan kelas dan seterusnya.

Ok ni lagi satu. Orentasi. Tah aku tak tau lah eja orentasi tu betul ke tak. Lantak lah hahaha. Janji adik-adik faham yee. Hahahaks. Orentasi ok seriusly tak best langsung!!! Weh serius weh hahaha. Ni bukan nak takutkan jugak tapi serius TAK BEST LANGSUNG TIME ORENTASI. Weh dahlah seminggu weh. Tau tak dalam masa seminggu tu korang kena rushing! Bangun pagi gila-gila awal. Start daripada pukul 4 pagi sampai 10.30 malam kalau tak silap aku dulu aku kena camtu. Pehhh. Sebab tu aku kata orentasi tak best langsung gila-gila. Hahahaks (akak ni negatif betul lah haha).


Ok pas seminggu bergembira orentasi (yerkss), mula lah kuliah dan kelas. Ni pun satu hal gak. Hahaha banyak betul hal nye kan. Masuk kelas nak kena biasakan dengan classmate. Ni takdelah payah sangat. Bila dengan pensyarah tu yang payah sikit. Hahaha sebab kita tak tau lecturer kita camne perangai dia. Mula-mula memang ah masing-masing act macam baik gila lelama dah malas dah nak buat tutor, dah malas dah nak datang kelas dengan kuliah. Hahaha its normal sebab aku pun ada buat gak hehehe tapi bab ponteng tu tak ok. Last-last sem 2 dah nak exam tu baru aku buat tu pun tak ah kerap sangat. Hehehe jangan tiru aksi saya.


Nak bagi nasihat sikit ni. Dalam kuliah tolong lah fokus. Hahaha macam aku ni bagus sangat kan. Hahaha memang aku ni tak bagus pun aku ni tak pandai tak 4 flat. Tapi bercerita based on pengalaman. Tak nak adik-adik jadi macam hakak ni hah sebab aku faham sangat mind set dak-dak lepas spm ni. Lagi-lagi yang sama taraf dengan aku ni. Yang tak berapa nak pandai. Lambat catch up.


Aku tau banyak sangat gosip tentang matrik ni sejak azali lagi. Yang kata matrik susah ah matrik kena lelong ah. Macam-macam. Ada yang dari sbp, mrsm, yang straight A, yang banyak A, tolak matrik dan memilih sambung diploma atau stpm sebab diorang takut kena lelong takut tak boleh nak catch up dengan kehidupan matrik yang rushing.









Ni bukan roommate, ni dkmate (dewan kuliah mate)







Tipu lah kalau aku kata aku tak percaya dengan semua khabar angin tu sebelum aku masuk matrik dulu. Weh serius ah. Memang takut nak masuk matrik ni!!! Mana tak nya nanti kena lelong kot kalau result K.O. Ya Allah... serius ah takut!




Sejak sekolah menengah aku memang harap aku dapat masuk matrik sebab... hmm saya kan dulu beriya nak jadi doktor, Hahahahahahah mengada kan. Aku tak berapa cerdik sebenarnya nak masuk asasi then amek degree medik. So aku carilah jalan lain supaya aku boleh capai cita-cita aku tuh hahahahaha lawak sangat. Tapi bila dah dapat tawaran matrik dulu, mula-mula aku tak nak sebab aku takut kena lelong. Aku ni jenis takde self-confidence. Aku rasa yang aku memang tak boleh buat matrik. Aku ada gak dapat tawaran buat diploma sains kat uitm tapah. So aku dah berbelah bahagi. Aku tak tolak matrik mentah-mentah tapi aku just keliru nak masuk matrik atau sambung diploma. Padahal dulu aku yang kemain beriya nak masuk matrik tapi bila dah dapat aku pulak macam resah nak terima tawaran tu. Semuanya sebab takut. Takut kena lelong. Takut tak boleh catch up. Lagi lah aku tengok kawan-kawan aku yang pandai-pandai dari mrsm la sbp la yang banyak A ni semua tolak matrik bukan sebab diorang dapat asasi atau tawaran pergi luar negara ke tapi diorang just takut sebab matrik ni orang ramai pandang dia susah. Bila orang pandai daripada aku pun tolak matrik apatah lagi aku. Aku dah rasa weh serius ke kau boleh buat ni? Aku minta pendapat akak sedara aku yang dulu amek asasi, dia kata amek matrik. Aku mintak pendapat akak sedara aku dulu amek matrik kat tangkak, dia kata better amek diploma. Pulak dah? Mana satu aku nak ikut? Aku minta pendapat kawan-kawan aku yang dapat matrik. Ada yang nak terima and ada yang tolak. Last-last aku terima jugak matrik dengan keadaan yang sangat pasrah dan takut hehehe.


Adik-adikkk.... sebenarnya mind set kita ni menentukan keadaan kita dan tindakan kita. Bila kita rasa susah so benda tu memang akan jadi susah. Apa yang aku buat bila dah boleh adapt dekat matrik, aku fikir yang semua benda adalah senang. Memang benda ni dengar macam klishe. Tapi ni lah yang mengubah segala. Serius. Walau benda tu susah gila macam mana sekalipun in shaa Allah satu masa kita akan dapat rasa benda tu senang dengan syarat kita kenalah usaha usaha usaha dan jangan merungut. Saya takdelah nak kata yang saya ni tak merungut bile duk kat matrik tu. Tapi bila kita duduk sendiri berdikari lelama kita sendiri akan try untuk cari solusi untuk setiap masalah yang kita hadapi. Sebab kita tau yang kita takde sesape kat sini dan time tulah kita akan sedaya upaya cari jalan penyelesaian untuk halangan yang menghalang jalan kita untuk berjaya. Hahh..! Macam pakar motivasi pulak dahh adoiyai hahaha.


Hmmm permulaan memang lah semua benda kita rasa susah lagi-lagi bila ramai kata matrik susah gila bapak bapak ah. kepala otak kita pon kata "haah susah... susah... weh serius ah aku rasa aku tak boleh buat ah matrik ni aku rasa aku takkan dapat 4 flat tu. Cukup makan pon ok ah." -_-'
Bila otak kita dah kata gitu dah fikir gitu weh memang ah memang komfem susah kita nak dapat apa yang kita belajar dan memang komfem kita tak dapat 4 flat.


Study kat matrik ni kita ibaratkan macam study balik subjek-subjek SPM. Adelah subjek baru contohnya sains komputer. Ni untuk dakdak modul 2 dengan 3 course sains. Akaun tak tau lah subjek barunye apa. Modul 1 subjek sains tulen macam kat sekolah dulu. Kimia, bio, fizik dan maths.


Hmm.. math mode dan add math yang kita belajar dulu kat sekolah menengah digabungkan dalam satu subjek yang dikenali sebagai matematik. Mesti ramai dah macam kegelisahan sebab kena study balik add math. Hahahah dulu pun aku risau gila tang benda ni sebab serius ah aku add math cam hape. Aku risau ahh tak boleh bawak addmath kat matrik nanti. Tapi alhamdulillah okey jee kihkihkih :)



Yang penting try se-try yang mungkin untuk fokus dalam kuliah. Jangan kata nanti boleh study balik kat bilik. Dulu sem 1 aku selalu buat gitu. Ya Allah serius time exam macam orang gila aku sebab aku tak faham apa-apa yang aku belajar sepanjang sem 1 tu. Ok, Bila kita fokus dalam kuliah sedikit sebanyak kita dapat kenal bab yang kita belajar. Contohnya, kita belajar math. Bab data distribution bab akhir sekali untuk sem2. Dengar tajuk topik komfem otak kita dah kata "Weh ni tajuk susah komfem ah serius ah aku tak boleh buat punya. Hentam je ah time exam nanti!" Ok komfem ah kita dah fikir gitu. Okey. Masuk kuliah try fokus dan faham betul-betul apa lecturer ajar kat depan walaupun kita rasa kita tak boleh buat tajuk tu. Tapi try fokus bila lecturer ajar. In shaa Allah nanti kita boleh score tajuk tu. Walaupun dalam kuliah tak faham tapi bila fokus kita tau sikit-sikit tentang bab tu. nanti kita bolehlah ulangkaji balik kat bilik tanya sesape yang faham gerenti akhirnya kita boleh buat bab tu! In shaa Allah. Ermm.. buat pengetahuan bab akhir math untuk sem2 memang senang gila pon hahaha.Serius tak tipu ah. Weh betol ah gua tak tipu memang senang ahh HAHAH.









Ini baru roommate saya, comel kan. HA HA








Exam.

Ada dua exam untuk setiap sem. Satu UPS. Dua PSPM. Yang UPS tu untuk exam pertengahan sem. Tu 10% untuk final nanti. Pastu PSPM. PSPM tu final exam lah. Selalunya student boleh dapat pointer tinggi bila PSPM sebab markah banyak disokong oleh kerja lab, 10% UPS gitu lah aku tak berapa ingat ah hahaha. Time UPS student banyak down. Pointer memang hancus. Aku adalah salah seorangnya. Sebab UPS memang markah kita markah bersih. Kalau salah memang salah ah. Takdenye kesian-kesian. Tambah-tambah markah takde.




























Kolej Matrikulasi Melaka (KMM).

KMM. Dulu aku tak pernah terfikir langsung akan dapat masuk matrik melaka ni. Sebab aku tak pernah mohon matrik melaka ni. Sebab nye... sebab nyee... hahaha sebab kmm buruk. HAHAHA kuangajonyeee hahaha. Betul ah. Secara mata kasar memang tengok buruk gile hahaha tapi bila korang dah masuk kmm tu sndiri serius korang akan kata cantik. Sebab kmm unik. Berbukit bukau. Kawasannye luas. Boleh main basikal petang-petang. Hahah. Boleh release tension. Serius ah kmm best lah. Tak bohong ah adoiyai.

Mula-mula memang ah tak best. Fitrah kan. Benda baru mesti kita rasa janggal dan susah nak terima sebab masih baru lagi bagi kita. Lama-lama kita akan rasa yang KMM tu best! Itu yang aku rasa.

KMM ialah kolej matrikulasi yang paling tertua di Malaysia. KMM sejak dari 1999 sampailah sekarang. Dah lebih 10 tahun. KMM juga merupakan kolej matrikulasi yang prestasinya sangat cemerlang. Ramai yang nak beat KMM. Heheh berlagak gile weh. Hahaha. Tapi betul ah. Aku bila dah hbis matrik n dah keluar dari KMM baru aku rasa bangga sebab aku pernah study kat KMM. Ramai sebenarnya nak masuk KMM. Hehehe.

Pensyarah KMM semuanya terbaik. Mula-mula nampak kerek sikit ah sebab baru kenal kan. HAHAHA. Tapi dah lama-lama korang akan rasa ah pensyarah-pensyarah kat situ semuanya gempak. Semuanya tere-tere, hebat-hebat. Hahaha. Yang penting KMM best. Hahahaks.

















KMM juga dikenali sebagai bumi tarbiah pelajar. Sebab serius ah macam-macam program islamik diadakan dekat KMM. Kenal tak PU Rahmat? Hehehehe. Nak berlagak sikit. Dulu PU Rahmat study kat KMM tau. Orang kata lah dulu dia takdelah alim macam sekarang tapi bila duduk KMM dia macam terdorong ke arah itu. Faham tak ke arah mana? Ke arah yang lebih baik lah. Betul ke tidak, tah tak tau lah. Ni dengar cerita daripada alumni-alumni KMM. Cikgu pun banyak bercerita. Masa batch kitorang (2014/2015) ade seorang budak akaun india masuk Islam. Dia kawan roommate aku. Budak tu lelaki. Budak tu dengar cerita memang minat dengan islam. Kalau ade ceramah kat surau nanti dia duduk luar nak dengar ceramah. Bila cikgu ajak masuk dia tak nak. Roommate aku kata dia dari sekolah menengah ada potensi nak masuk islam. Dia pon macam dah terbiasa sebut Ya Allah semua tu. Ayat alQuran pun macam dia tengah belaja, means dia macam hafal sikit-sikit. Dan akhirnya dia masuk islam. Alhamdulillah. Dengar cerita mak bapak dia rela. Just adik beradik dia macam tak suka. Masa awal khabar dia masuk islam tu, kecoh ah budak-budak india kt situ macam tak puas hati dengan tindakan dia. Yelah. Keluar agama kot. Kalau kita pon akan bertindak sama bila ade saudara kita murtad. Nasib baik takde gaduh-gaduh.




Soooo... setakat ni jelah yang mampu dikongsikan. Hehehe sebenarnya aku dah lama type entry ni tapi baru skg nak update. Hehehe. Hmm. Ape-ape pun, sebelum nak buat apa-apa keputusan kena lah fikir elok-elok. In shaa Allah akan ada jalan yang terbaik yang Allah rancangkan untuk kita. Yang penting, mesti yakin dan doa banyak-banyak!!! Ok!! Hahaha meroyan pulak dah adoiyai ahahah (-_-') Hahh, nak bagitau yang saya dapat tawaran degree ke UKM!!! Yeahhh!!! Alhamdulillah... hehehe tak sangka sebenarnya. Nanti update pasal tawaran UKM pulak. Heheh macam bajet orang nak baca. Ok dahhh assalamualaikum! :) :D





























 Salam gudluck,
Amira Azwa Amir.