...

Friday, November 14, 2014

Malaikat Pun Bingung Tak Tahu Nak Tulis Macam Mana.



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat junjungan yang terpuji, Rasulullah s.a.w. dan kepada ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang sentiasa diredhai Allah S.W.T.



Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, Rasulullah S.A.W. menceritakan kebingungan malaikat dalam mencatat dan menulis pahala yang akan diberikan kepada seseorang hamba kerana amalannya.




Lalu malaikat tersebut pergi menghadap Allah dan mengadukan, "Sesungguhnya seorang hamba telah mengucapkan sesuatu perkara yang kami tidak tahu bagaimana mahu menulis pahalanya." Lalu Allah Yang Maha Tahu pun sengaja bertanya, "Apa yang diucapkan oleh hamba-Ku itu?"




Kemudian malaikat menjawab dengan mengucapkan kalimah tersebut,


يَا رَبِّ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ


       "Oh my Lord! All Grace is due to You, which is befitting to Your presence and Your great sovereihnty."
.



Lantas Allah berfirman,

"Tulislah bagaimana yang diucapkan hamba-Ku hingga ia bertemu dengan-Ku. Aku yang akan membalasnya."


































Salam Amal,
Amira Azwa Amir.




Sunday, October 05, 2014

Saje-saje.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Selawat salam buat junjungan yang terpuji, Nabi Muhammad S.A.W. serta pada ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda yang diredhai Allah.

Tak tau nak bagi intro ape sebab dah lama gila tak update blog. Hahahaha. Last sekali post entry masa awal tahun ni masa bulan Januari. Hehehehe. Tak update blog sebab tak tau nak tulis pasal ape dan tak de mase nak update blog. Biasalah budak matrik kannnnn. *buat muka riak sikit hahaha


Sebelum merapu merepek mengaban bukan marhaban, aku nak share sikit pasal result SPM aku. Aku tau ramai yang tertanya-tanya kannn hahaha perasan gile okkkkk -_-   Takpe lah kalau taknak tahu pon takpe tapi nak bagitahu jugak. Hahahah tampo kang -_-'''' Okkk nak bagitau result spm haritu boleh lah menggembirakan hati jugak sebab aku tau aku banyak main sebelum spm and blablabla dan akhirnya aku dapat 4A 3B 2C. Hahhhh tak pandai mana pun. Aku tak malu pon nak habaq keputusan spm ni kat orang lain kehekehkeh.  Keputusan sempurnanya, ceh keputusan sempurna kauu. 1A+ 1A 2A- 1B+ 2B 2C.
A+ sah-sahkan bm. cehhh hahaha habis tu takkanlah A+ aku kimia atau bio atau fizik atau addmath. Banyak benoh atau nye kauu. Biaselah bm A+ kannnn hahahah -_-'''!   2C fizik and addmath. 2B biology and kimia. B+ english. Just A for agama and 2A- maths and sejarah. Terkejut aku sejarah A- sebab selalunya A atau A+ je hehehe. Kau nak cakap apa sebenarnya azwa hahhh? *muka cover bajet


Okkk pastu aku malas nak cerita perasaan aku time dapat result and ape reaksi famili aku bile tau result aku and blablablabla and so onnnnnn. Lepastu nak cerita pasal dapat tawaran masuk matrik. Kehkehekeh.

















Sebenarnya aku dapat dua tawaran sambung belajar. Satu dapat pergi UiTM and satu lagi yang dapat tawaran masuk matrik ni. Aku dapat sambung diploma sains kat UiTM Tapah, Perak. Mule-mule aku cek upu ni aku ingatkan aku dapat lah course mikrobiology sebab sebelum ni aku banyak search tentang course tu. Banyaklah kat blog yang aku jelajah ni bercerita yang course mikrobe ni senang dapat sebab tak ramai yang tahu and apply course ni. So aku pon dah beriya lah yakin yang aku akan dapat course tu sekali kauuuuuuuuu memang tak lah kan, aku tak dapat pon course tu. Sabar sangat-sangat kan. Takpelah dah takde rezeki nak buat cammane. Tapi sebenarnya aku bersyukur gila sebab aku dapat banyak lah jugak tawaran belajar. Hahah taklah banyak tapi lebih daripada satu hehehe. Yelah at least aku ada lah jugak pilihan nak sambung mana. Boleh pilih nak masuk U ke atau matrik. So akhirnya aku pilih Matrik Melaka. 





















Mula-mula keliru jugak nak masuk mana sebab masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Ramai yang suruh matrik dan ramai jugak yang kata matrik susah kalau corot kena lelong. Kepala otak aku dah pening nak buat keputusan. Bila fikir matrik teringat Addmath. Boleh ke aku nak menghadap addmath lagi. Hadoyaii... Mula-mula aku tolak mentah-mentah diploma sains sebab dalam kepala otak aku masa tu bila pas habis diploma aku kena jadi cikgu sains. Sengal kan saya hahaha. Tak semestinya kena jadi cikgu tapi boleh jadi benda lain. Benda kau hahaha. Diploma sains boleh sambung degree dalam medic, farmasi, dentistry, pakar nutrisi dan lain lagi. Tau-tau jelah kan aku nak jadi doktor. Hahaha malu sebenarnya nak cakap cita-cita saya kat sini. Lepastu aku minta pendapat kakak sedara aku yang dok belajar kat UM sekarang ni amek degree sekarang dalam biotech rasanya lah. Dia sarankan aku masuk matrik sebab jimat masa. Kalau asyik nak samakan diri kita dengan orang lain sampai bila nak berjaya. Janganlah anggap kita akan jatuh bila ada beribu orang yang jatuh di lorong yang sama dengan kita. Maksudnya, bila ramai orang yang kata matrik susah and nanti kene lelong. Janganlah kita fikir and set kan mind set kita yang kita pon akan senasib dengan diorang. Walaupun spm kita taklah straight A dan taklah sehebat mana tapi tu semua bukan penentu nasib kita di matrik. Just buat yang terbaik. Memang lah orang kata matrik ni susah sebab nak kena rushing tapi bila kita sedar hakikat kejayaan itu sebenarnya datang dari Allah bukan dari usaha kita sebenarnya, in shaa Allah lama-lama kita boleh dan bersedia menempuh dugaan demi merebut kejayaan. Ceewaahhhh. Ibu banyak pesan, banyakkan istighfar, banyakkan doa. Ingat aku duduk sini suka-suka. Memang taklah. Homesick wei hahaha. Banyak kali badmood sebab homesick. Aku banyak kali fikir asal lah kita kena sambung belajar. Kenapa mesti dan wajib sambung belajar?!!!!!!!!! Soalan yang tak relevan betol. Aku malas nak cerita kehidupan kat matrik. Tau-tau je lah camne kan. Rushing memang rushing tapi nak buat cammane. Dah nasib badan. KMM dihatiku trademark matrik melaka. Bila cikgu suruh sebut ayat tu masa orientasi memang taklah kan aku nak sebut because I'm not ready yet for a new life in new place. Hahaha kuangajo. 



Bila cerita pasal matrik melaka mesti semua dah terbayang bangunan dia yang ala-ala retro dan unikksss tu kan. Hahaha retro sangat kan. Penuh batu bata dan besi. Berbukit bukau. Siapa yang teringin nak badan kurus silalah mohon matrik melaka yee sebab serius boleh tercabut kaki aku urat saraf aku asyik turun tangga lari turun bukit naik bukit masa orientasi. Aku benci gila time orientasi sebab semua nak rushing sampai solat pon tonggang langgang. Bila dah habis orientasi pon rushing jugak. Rushing nak habis kan syllabus. Bila dah masuk matrik melaka ni aku perhatikan suasananya taklah seteruk dalam gambar yang ramai orang post kat blog. Boleh tahan lah landskap dia. Cantik sebab berbukit bukau. Tapi penat sikit sebab hari-hari nak kena mendaki bukit dan anak tangga. Dulu masa isi borang matrik, aku ingat gila yang aku tak pernah sekali mohon matrik melaka. TAK PERNAH. OUT FROM MY LIST. Hahaha sebab aku ingat aku reject kmm sebab aku ternampak bangunan blok lelaki kot tak silap lah dari jalan raya masa nak hantar kakak aku balik kolej dia. Serius dari jauh dah nampak buruk. Hahaha kuangajo gile. So bila aku dah nampak blok yang kelihatan amat usang dan dikelilingi hutan-hutan hijau yang menakutkan so aku cakap dengan ibu aku nasib baik tak pilih matrik melaka. Kuangajo kan. Sekali kau, hmmmm dapat jugak matrik melaka. Nasib lahhhhhhhhh. Aku redho daripada tak dapat. Lagi merana aku hahahaha.



Ok stop cerita pasal keunikan matrik melaka. Sekarang ni nak cerita pasal bulan Ramadhan dan Syawal yang telah sebulan dua bulan berlalu. Time puasa haritu ibu aku masuk hopital pakar sebab kena segera operate. Ibu aku sakit fabroid. Boleh search sendiri fabroid tu benda alah ape. Yang aku tahu sikit fabroid tu lebihan daging pada rahim. Dia boleh membesar dalam rahim kira dan nampakkan perut kita macam orang mengandung padahal tak mengandung pon. Fabroid bukan ketumbuhan malahan bukan juga sejenis kanser. Ayat power kan. Dia bukan kanser dan ketumbuhan tapi yee TAPI boleh menjadi kanser sekiranya fabroid itu menjadi serius. So, sebabtu ibu aku terpakasa operate. Sebenarnya ibu taknak operate tapi bila doktor cakap camtu terpaksa jugaklah kena buang benda alah tu. Bagi perempuan yang belum kahwin atau masih muda yang mempunyai peluang besar untuk mengandung, doktor takkan buang rahim dan ovary dia tapi doktor just buang lebihan daging tu kotlah kalau tak silap. Kalau macam ibu aku ni yang dah beranak empat kali, doktor terus buang rahim and ovary kot lah buang rahim sekali kot sebab sebenarnya kalau tak buang semua benda alah tu kemungkinan fabroid tu datang balik. So ibu dah malas nak ada anak lagi so buang lah ovary dan rahim. Tak datang haid lagi lah. Takpelah, Allah nak suruh focus on ibadah. Kann hehehe. 



Masa ibu masuk hospital, ibu tak bagitahu langsung kat aku dan kakak sebab ibu taknak kitorang risau and terganggu nak belajar. Aku tahu ibu masuk hospital bila ada jiran kitorang kat rumah tanya kakak aku kenapa ibu masuk hospital. Padahal kakak aku tak pernah tahu ibu aku masuk hospital time tu. Lepastu mula lah kakak aku sibuk korek rahsia dari ayah so akhirnya ayah bagitahu jugak. Lepas ibu operate aku minta kebenaran balik kecemasan dari matrik sebab time tu tak boleh balik bermalam. Ibu susah nak jalan lepas operate. Kena pimpin. Nak mandi nak buang air kena ada  orang tolong. Aku nak je jaga ibu time tu tapi aku kena juga balik matrik ahad sebab tak boleh nak skip kuliah dan kelas hari isnin. Sedihhhh. So bila aku dan kakak aku takde, ayah dan dua adik laki aku kena pandai lah berdikari. Ibu sakit tak boleh masak tak boleh kemas rumah. Semuanya bergantung pada ayah dan adik-adik aku. Ayah aku pandai-pandailah nak uruskan adik-adik aku pergi sekolah. Dahla dua ekor tu susah gile nak uruskan. Comel gila bila aku tengok ayah aku jaga ibu aku tengah sakit. Hahaha. Sakit-sakit pon gelak-gelak lagi tapi tak boleh gelak kuat sangat sebab sakit kat tempat bedah tu kan hahaha. Time tu time puasa so memang dugaan betol lah bagi aku sekeluarga terutamanya ayah aku. Yelah kena guna duit banyak, uruskan adik-adik aku time nak buka, lepastu rumah nak kena kemas sebab dah nak raya. Kesian ayah aku. Itu lah pengorbanan seorang ayah hehehe.



Masa raya just ala kadar je. Ibu tak  buat kuih raya pon. Selalu masa raya ibu buat tart nanas tapi ibu dah sakit ni takde buat kuih pon. Just beli. Baju-baju orang tempah jahit pon ibu pulangkan balik sebab ibu tak larat nak siapkan. Kesian ibu. Raya tahun ni just biasa je tapi syok. Aku dapat rasa kan kasih sayang ibu and ayah bila time pagi raya tu. Hahaha maksud aku bukan selama ni aku tak cukup kasih sayang tapi bile time raya haritu hubungan ibu ayah dan anak macam makin rapat lah sejak ibu sakit. Kelengkapan raya ayah aku sediakan buat adik aku dua orang tu. Kemain sakan beli apa yang diorang nak. Memang taklah aku kata. Ayah aku pon ikut je apa yang diaorang nak beli. Sampai rumah habis lah ibu aku membebel. Sakit-sakit pon kuat lagi dah membebel ibu aku ni hahahaha.




























































































Setakat ni jelah cerita yang dapat dikongsikan bersama. Cehh ayat kau hahaha. Takde benda sangat nak cerita. Just saje nak update blog yang sudah lama ditinggalkan. Sebelum terlupa, Salam Aidil Adha. Jangan lupa buat korban esok. Heehehehe. 

























































Salam Qorban,
Amira Azwa Amir.









Sunday, January 19, 2014

Haduh ! Bagaimana mahu istiqamah dalam ketaatan pada-Nya?



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan yang terpuji, Rasulullah S.A.W. dan kepada ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.

Hari ini nak kongsikan sikit tips macam mana nak istiqamah dalam beribadah pada Allah Azzawajallah. Setiap manusia tak kiralah dia baik atau dia jahat, dia alim atau dia jahil, pastinya jauh dalam sudut hati mesti kita ada berniat atau terniat nak berhijrah dan berubah menjadi lebih baik terutamanya berubah untuk meningkatkan lagi ketaatan dan ibadah pada Allah.

Perubahan atau penghijrahan seseorang mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mata-mata sekeliling yang melihat. Itu sudah dianggap perkara biasa. Tetapi penghijrahan itu mungkin akan menjadi perkara luar biasa bila seseorang itu kuat menahan nafsu dan tetap istiqamah dengan taubat dan penghijrahannya. Nak berubah memang senang tapi bila nak istiqamah tulah yang payah bebenoh. Sebab itu kita mudah jatuh pada lubang yang sama. Allah Allah Allah ... Kenapa susah sangat nak istiqamah ni ?! *Hati membentak :'(


Daripada Abu 'Amru Sufian ibn Abdullah r.a., beliau berkata.
               
                        "Aku bertanya pada Rasulullah, 'Wahai Rasulullah, ajarkan untukku dalam Islam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu.' Baginda bersabda : 'Ucapkanlah, Aku beriman kepada Allah kemudian engkau beristiqamah.''              
                                                                                                               
-HR. al-Imam Muslim-

Maksud Istiqamah menurut segelintir para ulama :

Ibn al-Qaiyim menegaskan makna istiqamah dengan kata-katanya sendiri. Iaitu berdiri di hadapan Allah dengan sebenar-benar kejujuran dan pelaksanaan. Istiqamah itu berkaitan dengan perkataan, perbuatan, keadaan dan niat.


Walaupun banyak perbezaan pendapat daripada para ulama tentang maksud istiqamah namun semuanya masih tetap sama meluahkan istiqamah itu menyuruh kita melakukan perintah Allah secara konsisten dan berterusan. Ramai yang tertipu apabila mereka berpendapat kuantiti ibadah itu lebih diutamakan Allah berbanding kualiiti ibadah itu sendiri. Bila mana pada awalnya kita sangat bersungguh-sungguh dalam mengerjakan ibadah, contohnya dalam sehari nak mengaji 3jam. Sehari dua hari tiga hari, okeylah boleh buat. Tapi bila nak masuk 4 hari terus kita dah rasa bosan dan malas nak buat. Akhirnya terus tinggalkan. Kita tak nak jadi macam tu.


Kita susah nak istiqamah kerana kita susah nak lawan nafsu kita sendiri. Tanpa kita sedari kita sebenarnya takut dengan nafsu sendiri. Benda lagho yang kita selalu buat itu sebenarnya akhlak kita sebab perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi diri kita. Contohnya bila selalunya kita solat lambat. Nak berubah menjadi solat pada awal waktu pada mulanya memang sulit tapi kita cuba juga untuk melawan rasa sulit tu dan terus ke bilik air untuk mengambil wuduk bila azan dah berkumandang. Lepas 3 hari kita dah malas nak solat awal waktu sebab kita fikir solat pada tengah-tengah waktu pon tak apa. Sampailah hari seterusnya kita selalu lewat-lewatkan solat sampai kadang-kadang tertinggal waktu. Dah nak habis waktu solat baru nak terhegeh-hegeh ambil wuduk dan solat. Haih... nilah padah lambat-lambatkan solat. Ibu cakap bila lambatkan waktu solat lama-lama kita jadi malas terus tak nak solat.


Susah nak istiqamah juga disebabkan faktor persekitaran. Bila kita kat surau, apa yang kita fikirkan dalam otak ni adalah nak mengaji, nak solat sunat, nak pegang tasbih berzikir banyak-banyak. Tapi bila kita sampai rumah. Masuk bilik sorang-sorang, baring-baring, dengar azan kita terus rasa malas. Sebab apa? Sebabnya bila dekat surau kita dikelilingi orang-orang yang sentiasa beribadah pada Allah. Dalam surau pula memang mempunyai aura unttuk buat kebaikan. Dalam bilik, dahla sorang-sorang. Mestilah sah-sah syetan yang keliling kita. Bisik perkara yang tak baik. Ditambahkan lagi dalam bilik tu ada aircond, katil, batal peluk yang bacin, memang susah lah nak bangun pergi ambil wuduk nak solat. Betul kan?




                                                   
                                       Dari kejahatan syaitan pembisik yang biasa bersembunyi
                                                                                                                             
                                                                                                                 
-Surah an-Nas ayat 4-



 Sebab itu aku tak suka duduk rumah sangat. Maksudnya aku lebih suka keluar atau duduk rumah kawan. Hehehe. Bukan nak bertapa kat rumah orang tapi bila kita dekat rumah orang automatik kita malas nak lengah-lengahkan solat sebab kita tau dekat rumah orang kita tak boleh baring suka hati. So bila takde benda yang nak dibuat, cepat-cepat kita mintak izin kawan nak tumpang solat. Kan senang kalau dah solat dulu sebelum balik sebab kita tau kita ni jenis orang yang suka lengahkan solat.


 Sabar itu separuh dari Iman. Kita tak sabar maka kita susah nak istiqamah. Kita tak sabar untuk sentiasa berterusan melakukan solat pada awal waktu. Kita tak sabar menjaga nafsu kita lantas jatuh dalam lubang dosa yang sama. Kita tak sabar untuk melawan rasa malas pada malam-malam buta semata-mata nak berqiamulail. Kita tak sabar untuk tiap-tiap malam mengaji dan membaca tafsir ayat al-Quran. Kita tak sabar untuk melawan ego demi memperbaiki hubungan sesama manusia. Kita tak sabar kerana tak sanggup nak buang perasaan dengki pada orang lain. Kita tak sabar dalam menghadapi dugaan yang Allah bagi kerana kita lupa semakin kita dekat pada Allah semakin besar ujian yang menimpa kita. Kita juga lupa Allah berfirman siapa yang sabar maka dia diangkat darjatnya dan sentiasa dalam reda Allah.
















Kita susah nak istiqamah sebab kita selalu riak dengan perubahan diri sendiri. Kita ujub bila kita rasa kitalah paling baik dalam dunia. Kita rasa kita bagus bila kita mempersoalkan bila orang lain nak berubah macam kita. Sedangkan kita sendiri belum tahu sampai tahap mana sabar kita, perubahan kita. istiqamah kita akan bertahan. Para ilmuan kata, bila kita pandang orang yang buat maksiat kata dalam hati mungkin dia ada kesempatan nak bertaubat. Sedangkan kita? Bila kita pandang budak kecil, kata dalam hati diorang tu masih suci sebab tak pernah lagi buat dosa. Sedangkan kita? Bila kita pandang orang jahat, fikirlah mungkin satu hari nanti dia akan berubah dan menjadi lebih baik lagi daripada kita. Bila kita pandang orang kafir, fikirlah mungkin satu hari nanti mereka akan masuk Islam dengan hidayah Allah.


Jadi, bagaimana nak istiqamah ?

Setiap kesulitan pasti ada kemudahannya. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya kerana Allah itu tidak akan memberi ujian melainkan ada penawarnya, ada ubatnya, ada penyelesaiannya. Nak istiqamah, serius memang susah kecuali kalau ada niat sungguh-sungguh dalam hati.



1. Berdoa pada Allah. 

Kekuatan itu datang daripada Allah. Kita tahu kita ni terlalu lemah dan kita sangat memerlukan kekuatan dan bantuan daripada Dia dalam istiqamah mengerjakan ibadah pada-Nya. Allah Al-Jabbar. Allah itu Maha Kuat. Maka kekuatan yang sering kita perlukan adalah daripada Allah. Jadi berdoalah dan seringlah kita memohon kekuatan daripada-Nya agar segala urusan kita di dunia dan di akhirat sentiasa berjalan lancar dan dipermudahkan.



                           "Tiada daya upaya melainkan dengan bantuan Allah yang Maha Agung."


Mu'az bin Jabal r.a. menceritakan bahawa suatu hari Rasulullah saw memegang tangannya seraya mengucapkan, "Hai Mu'az, demi Allah sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu. Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu." Lalu beliau bersabda, "Aku mewasiatkan padamu hai Mu'az, jangan kamu tinggalkan bacaan setiap kali di akhir solat hendaknya kamu berdoa, 'Allahumma a'in ni 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik.' Mafhumnya, Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah dengan baik pada-Mu.            -HR. Abu Daud.-


Doa tersebut adalah mustajab untuk memohon pada Allah agar sentiasa memimpin diri kita yang lemah ini dalam melakukan ketaatan pada Dia Yang Satu. Bila kita lihat baginda sering bengkak-bengkak seluruh badan sebab sentiasa beribadah pada Allah dan bersujud lama pada Allah di setiap akhir solat baginda kerana berdoa sebaik mungkin agar Allah mengampunkan dosa-dosa baginda sedangkan Rasulullah telah dijanjikan Allah syurga. Baginda juga seorang yang maksum. Tiada satu pun dosa baginda pada Allah. Namun baginda tetap berdoa banyak kali agar Allah ampunkannya dan baginda sering solat malam untuk menambahkan ibadah. Baginda paling banyak beristigfar memohon ampun pada Allah sedangkan kita manusia yang lemah tidak tahu dimana tempat kita di akhirat nanti, pun malas nak berdoa, berzikir memohon ampun pada Allah Ya Ghaffar. Astagfirullah :(


2. Hati sentiasa hadir bersama Allah dalam beribadah.

Kebanyakan di kalangan kita menjadikan ibadah itu sebagai adat dan kebiasaan, melakukannya kerana sudah dirutinkan dan diprogram di dalam aktiviti harian kita. Ini menyebabkan kita beribadah sekadar untuk melepaskan diri daripada kewajipan,seterusnya ibadah itu berlalu tanpa memberikan kesan ke dalam hati kita. Ibadah demi ibadah dilakukan, tetapi hati tetap jauh dari Allah SWT.

Kita selalunya menunaikan solat sekadar mana yang boleh melepaskan diri kita dari kefardhuannya. Maka, solat yang dilakukan tidak sempurna, fikiran jauh melayang entah ke mana, semua masalah datang di dalam fikiran di dalam solat, difikirkan masalah tersebut hingga tamat solat dalam keadaan kita tidak sedar langsung apakah perbuatan yang kita lakukan sepanjang solat sebentar tadi. Adakah sempurna rukun dan syaratnya? Apatah lagi perkara sunat di dalam solat, langsung tidak dilakukan, berpada dengan perkara wajib sahaja.

Hendaklah kita melakukan solat itu seperti para sahabat dan tabiin, bukan sekadar melaksanakan rakaat demi rakaat. Malah, setiap rakaat itu memberikan bekas ke dalam hati kita dan meningkatkan iman kita. Kita perlu menghadirkan ke dalam hati kita bahawa kita sedang menyembah Allah, Tuhan sekelian alam, Raja segala raja. Berdirinya kita sebagai hamba yang pandangan sentiasa tunduk ke bawah, tanda akur dengan kebesaran dan kekuasaan Allah. Rukuk kita dengan perasaan takzim kepada Allah, Tuhan yang Maha Agung. Sujud kita dengan perasaan penuh kehambaan dan kehinaan di hadapan Allah Yang Maha Tinggi.

Membaca Al Quran itu bukan sekadar membaca huruf demi huruf dan ayat demi ayat. Malah menghayati setiap bacaan itu dengan penuh teliti. Jika seseorang itu memahami Bahasa Arab, maka hendaklah membaca Al Quran itu dengan penghayatan kepada maknanya dan apa yang diceritakan di dalamnya. Jika tidak memahami Bahasa Arab, lafazkan bacaan Quran itu dengan tartil, sempurna tajwid dan makhrajnya. Jika boleh membuat bacaan berlagu, maka lagukan bacaan Al Quran dengan baik. Setiap bacaan kita itu kita sedari bahawa kita sedang membaca kalam-kalam Allah, iaitu kalam yang teragung di seluruh alam semesta.

Diceritakan bahawa Saidina Ikrimah RA ketika ingin membaca Al Quran, selepas membukanya, terus masuk kebesaran dan keagungan Allah ke dalam hatinya. Lantas berkata "Ini kalam Tuhanku. Ini kalam Tuhanku. Ini kalam TuhanKu." Lantas beliau menangis lantaran rasa ketakutan dan bergetar hatinya terhadap kebesaran Allah walaupun belum membacanya lagi, kerana beliau dpaat merasakan bahawa kalam Allah berada di hadapanya dan ianya teramat agung.

Begitulah dengan ibadah lain, hendaklah dilakukan dengan menghadirkan hati kita bersama Allah. Benar, ianya bukan syarat sah ibadah, namun di situlah kesempurnaan ibadah. Ibadah yang sempurna sahaja yang dapat membina ikatan kukuh antara hamba dan Penciptanya. Manakala ibadah yang tiada penghayatan, umpama baju buruk yang bertampal sana sini. Cukup sekadar menutup aurat, namun kelihatan hodoh sekali

Menghadirkan hati bersama Allah di dalam ibadah sememangnya sukar dilakukan. Ia memerlukan mujahadah dan kesungguhan kita sebagai hamba Allah. Kemungkinan besar ianya tidak akan hadir semasa kita ingin membacanya pada hari ini, esok, lusa dan minggu hadapan. Namun, berkat usaha kita yang berterusan, Allah yang Maha Pemurah pasti akan memberikan nikmat ini kepada kita selepas kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Ianya berbeza kepada mereka yang malu kepada Allah tidak bertempat dan putus asa dengan rahmatNya, dengan tidak berusaha untuk mendapatkan nikmat ini, pastinya nikmat ini tidak akan hadir selamanya.


3. Meletakkan had minima dalam ibadah harian.

Meletakkan kadar minimum untuk setiap ibadah harian kita supaya ianya tidak berkurang dari had tersebut dan mengelakkan diri kita dari meninggalkannya terus. Ini merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan istiqamah. Ini adalah kerana di dalam konsep istiqamah, bukan kuantiti ibadah menjadi keutamaan, tetapi penerusan di dalam pengamalan walaupun sedikit.

Hendaklah kita meletakkan had pada ibadah kita seperti tidak akan meninggalkan sama sekali solat fardhu secara berjemaah. Lewat mana sekali pun kita solat, mungkin disebabkan urusan yang tidak dapat dilewatkan, maka hendaklah kita mengusahakan agar solat itu dilakukan secara berjemaah.

Kita boleh meletakkan had bahawa wajib untuk kita membaca Al Quran paling sedikit satu muka surat dalam sehari. Maka, apa jua perkara yang berlaku, pastinya kita membaca Al Quran setiap hari dan tidak melanggar had minima ini, dalam keadaan kita hendaklah sentiasa mencari peluang untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran dan tidak berpada dengan satu muka surat setiap hari.


4. Berusaha untuk khusyuk dalam solat.

Memang payah benoh nak khusyuk dalam solat ni. Cuma orang-orang yang kuat iman macam Rasulullah dan para sahabat sahaja yang boleh mencapai tahap khusyuk dalam solat. Kadang-kadang hati akan menjadi bosan bila kita masih tidak dapat mencapai khusyuk dalam solat. Bila hati dah bosan, kita akan putus asa untuk cuba lagi khusyuk dalam solat. Bila dah putus asa, lama kelamaan kita malas nak solat sebab kita tau kita tak akan khusyuk bila solat. Tapi sampai bila? Kita kena solat juga biarpun tak khusyuk asalkan kita cuba nak mengingati Allah dalam solat. Kalau nak tunggu kita khusyuk memang sampai mati lah kita tak solat! Memang taklah kan macam tu.

Mula-mula nak solat, kita kena ambil wuduk dengan sempurna. Kita hayati wuduk yang kita ambil. Hheheh. Aku pon kadang-kadang tak hayati jugak wuduk yang aku ambil tu. Tapi kita try hayati. Bayangkan setiap air wuduk yang kita ambil tu kan membersihkan diri kita yang kotor dengan dosa ni. Kita berharap dalam hati agar Allah mengeluarkan dosa-dosa dari badan kita dengan air wuduk yang kita ambil tu.

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir seginggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya," -HR Muslim-

Lepastu , sebelum nak solat kita iqamat dulu walaupon kita solat sorang-sorang. Doa dalam hati mintak pada Allah tolonglah bantu kita khusyuk dalam solat. Dan tolong kita jauh daripada was-was agar kita mudah nak khusyuk bila solat nanti. Insya-Allah. :)


Sebenarnya banyak lagi cara nak istiqamah. Tapi apapun caranya, sama-samalah kita kuatkan semangat dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri menjadi hamba Allah yang terbaik. Walaupun banyak sangat ujian yang Allah turunkan pada kita. Janganlah sesekali kita putus asa dan lemah. Okay!! Sentiasa ingat ujian itu tanda kasih Allah pada kita. Allah tegur kita melalui ujian. Dia nak suruh kita ingat Dia. Dia nak suruh kita balik semula pada jalan yang benar lagi lurus.

Bila hati rasa bersalah bila melakukan dosa dan maksiat, itu tanda hati kita tak mati lagi. Kita masih punya iman tapi iman kita kecil berbanding nafsu yang sedang bermaharajalela. Hah! Ambil kau! Nafsu besar tapi iman kecil kemetot. Patutkan macam tu? Seriously tak patut langsung.

Semua yang tertulis dalam post ni adalah untuk peringatan buat kita bersama terutamanya untuk diri aku yang selalu lemah dan putus asa. Niat dalam hati tetap sama, cuma hendak berkongsi dan meluahkan rasa dalam hati. Bukannya nak riak nak ujub nak bajet. Hahaha. Aku tak pernah anggap diri ni bagus walaupun banyak kali syetan bisik dalam hati biar kasik aku ni ujub dengan diri sendiri. Seriusly, aku masih banyak kekurangan. Terlalu terlalu terlalu banyak kekurangan, kejahilan. Bila aku taip blog, nilah cara aku nak sedarkan diri aku yang aku ni selalu berdosa pada Allah. Aku taknak orang ingat aku alim atau pandai agama. Pandai subjek agama tu senang. Baca buku terus dapat jawab. Insya-Allah. Tapi kalau pandai bab agama, bukanlah aku orangnya. Tak semua yang aku beritahu orang aku sendiri akan amalkan. Tapi aku try untuk buat walaupon tak banyak. Sesuai dengan hadis nabi, sampaikanlah walaupon sepotong ayat. Tulis blog demi mencari pahala yang berterusan. Allah Allah Allah... ampunkan aku sebab aku banyak cakap berbanding mengamalkan. Aku takde niat nak mengajar tapi nak berkongsi sahaja. Semoga kita sentiasa berada dalam reda-Nya. Insya-Allah. Aamiin.... :)

                                               































































Akal tahu apa yang Allah bagi semuanya yang terbaik untuk hamba-Nya. Seterusnya iman akan memujuk hati untuk cuba ikut apa yg Dia dah aturkan. Kaki melangkah ke hadapan namun sesekali rapuh sebab sudah tidak kuat untuk melangkah dan ingin kembali ke belakang bertemu dosa lalu. Itulah akibat nafsu lagi besar berbanding iman .




















Salam Istiqamah,
Amira Azwa Amir.