...

Saturday, December 14, 2013

Itu Yang Terbaik Dari-Nya.



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan yang paling mulia, Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang tinggi ilmunya.

Selamat Kembali !

Haihh! Rasanya nak masuk tiga minggu SPM tamat bagi pelajar kelas sains. Dan dalam tiga minggu tu jugak aku takde buat apa-apa pon kat rumah selain kena kemas rumah tiap pagi, kemas bilik, cat bilik sendiri, cat bilik ibu, makan, tidur, tengok cerita korea. Tu je yang aku buat setelah SPM 2013 tamat. Rasanya sebelum SPM dan selepas SPM sama je kot. Takde rasa best sangat lah sebab boring duduk rumah takde buat apa. Nak tidur sampai pukul 12 pon tak best sebab aku ni jenis orang yang cepat rasa penat bila tidur dari pagi lama sangat.

 Lagipon aku tahu ibu aku mesti tunggu aku setiap pagi sebab nak suruh sapu rumah. Eleh... eleh... macamlah aku tak tau. Kadang-kadang geram jugak sebab asyik aku je yang kena sapu. Kakak aku tu membuta je. Dia tu macam takde je dalam rumah ni walaupon dia tengah cuti sem sekarang ni. Tapi kalau dah pasal ibu memang taklah kan aku nak biarkan rumah bersepah. Takpelah. Aku fikir keuntungan daripada Allah je. Kalau kita berbakti pada ibu bapa memang ganjaran pahala tu tak boleh nak dikata. Besar teramat. Dan boleh menyelamatkan diri kita daripada azab api neraka nanti kat akhirat. Best kan? Tapi tulah aku ni kadang-kadang terlepas marah jugak depan ibu aku. Kalau dah malas memang malas lah kan. Sekarang baru aku faham kenapa dalam buku agama ada ajar cara-cara beradab dengan ibu bapa. Lepas tu buku tu ada cakap sebagai anak kita kena sabar melayan perangai ibu dan ayah kita. Bila aku dah tau pasal tu terus aku asyik ingat je apa yang buku tu cakap bila aku tengah malas nak buat apa yang ibu aku suruh. :) Nanti rasa rajin tu akan datang sendiri.
    
Surah Al-Isra' ayat 23 dan 24 yang bermaksud :

             "Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah daripad keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, sayangilah mereka berdua sebagaimana mereka menyayangi aku ketika kecil."


Lepas dah habis SPM ni, bila aku buat apa-apa mesti aku rasa buang masa sebab otak aku asyik set kena baca buku je sebelum SPM habis ni. Padahal SPM dah habis dah tapi aku tetap rasa yang aku kena baca buku. Kalau tak aku rasa lain macam. Hahahahaha. Bila orang suruh SPM kau malas nak baca buku buat ulangkaji. Sekarang ni dah habis SPM kau sibuk pulak nak baca buku. Poyo betul. :))


Bila dah habis SPM aku baru rasa yang selama ni aku banyak buang masa. Aku rasa sangat sangat sangat menyesal sebab buat ulangkaji last-last minit nak SPM! Buat adik-adik yang nak ambek SPM tahun depan dan kepada sesiapa yang baru nak naik form4 tahun depan, meh sini dengar tips yang sangat berguna untuk korang yang akan mula bermain-main dengan SPM tak lama lagi.

Cerita daripada pengalaman :

Masa aku baru naik form4, aku memang dah confirm yang aku akan masuk kelas sains. Ceh! Belagaklah tu. Hehehehe. Takdelah. Bukannya aku belagak tapi masa form3 aku rasa aku boleh dapatkan 5A dalam PMR dan akhirnya memang aku dapat 5A cuma tambah 1A je. So dapatlah 6A. Disebabkan keputusan PMR yang agak memberangkan lah kan, aku pon try isi borang pilihan untuk masuk ke kelas sains. Akhirnya aku dapat. Yeahh!

Sebelum naik form4. Banyak betul aku dengar budak-budak senior ni kata physics, kimia, biology dengan add math tu susah. Bila aku dengar semua tu daripada kakak-kakak dan abang-abang senior termasuklah daripada mulut kakak aku sendiri, mind set aku terus set kan semua subjek tu susah. Aku pon awal-awal dah target physics tu aku tak kan boleh dapat A sebab diorang cakap antara empat subjek tambahan yang susah tu physics lah yang paling susah gila. So bila belajar physics dalam kelas memang aku susah gila nak faham. Bila otak dah cakap susah memang susahlah kita nak dapat setiap apa yang kita belajar. 

Masa dah masuk form 5 pulak, aku dah pening kepala fikir SPM. Aku dah kusut sebab aku tak tahu berapa A lah yang boleh aku target. Semua mata pelajaran dah semakin tough sekalipun itu hanyalah BAHASA MELAYU. selalunya bahasa melayu ni ramai yang pandang sebelah mata. Katanya senang sebab bm je kot. Tapi hamek kau, bm tu jugaklah susah nak dapat A+. Nak dapat A- pun tercungap-cungap. Apatahlagi A+. Paling tak lah pon dapat B+. Tengok, susah kan!

Kalau dah cerita mata pelajaran yang teras pun susah, tak tengok lagi subjek tambahan. ADD MATH, BIOLOGY, CHEMISTRY, PHYSICS. Hanya Allah jelah yang tahu.


Bila Form 5, semakin cuba pujuk diri belajar! 

Masa form 4 lagi aku dah malas gila belajar. Sebab apa? Sebab aku fikir semua subjek susah dan memang taklah kan aku nak dapat banyak A. :) Tapi bila dah sampai bulan 6 gitulah, aku cuba pujuk diri bukak buku bio, chemist, physisc dengan addmath. Memanglah mula-mula cepat fade-up sebab kita susah nak faham apa yang kita study balik. Yelah, dah basic pon tak kukuh. Macammane kan.

Kimia lah antara satu subjek yang aku asyik gagal. Haishh! Aku try cari cikgu tusyen kimia sebab nak fahamkan balik kimia dari asas. Last last cikgu kimia pon aku tak dapat cari. Tusyen kimia pon aku tak ada sampai SPM. Ramai orang cakap kimia ni kita kena tusyen. Kalau tak tusyen susah nak score. Lagilah aku susah hati. Takkan SPM nak ada gagal? Ya Allah... sedih. 

Lama-lama tu aku dah fade-up. Aku buat muhasabah diri kejap. Ceh, muhasabah lah sangat kan! Aku fikir balik semua benda yang aku dah belajar. Aku tukar mind set aku yang tak ada benda yang susah melainkan Allah yang bagi susah. Tak de yang susah melainkan kita yang rajin nak usaha. Dan tak de yang senang kalau kita sendiri yang malas dan cepat putus asa. Lepas tu aku pun fikir time tu, sekarang ni aku tak de tusyen kimia kat luar. Aku skarang bergantung pada Cikgu Cheng dalam kelas dan kelas tambahan kat sekolah. Aku kena fokus gila-gila bila cikgu ajar. Kelas tambahan mesti kena pergi walaupon penat dan sakit punggung duduk dekat kerusi makmal kimia dua jam. Ahh nasiblah! Nak buat macam mnae lagi kan. Redo jelah.

Mula-mula aku ingatkan cara macam tu dah tak berkesan untuk masa-masa terakhir nak SPM ni tapi bila aku yakinkan diri aku yang Allah ada. Allah akan tolong aku. Allah lah yang paling tere kimia. Akhirnya aku suka gila belajar kimia daripada bio yang sebelum ni aku minat. Seriusly! Semua asas yang aku tak tau sebelum ni, lepas study balik semua aku tau. Tapi ada sikit blurr jugak lah tapi alhamdulillah aku banyak jugaklah tahu pasal kimia. Sebelum SPM aku berjaya khatam buku kimia form4. tapi bab garam susah. Ramai cakap macam tu. Bukan susah apa nye, cuma kat bab tu banyak sangat nak menghafal. Serius banyak. Aku bayangkan kalaulah aku dari form4 belajar betul-betul mesti aku dah expert macam cikgu Cheng. Hahahahaha. 

Addmt pulak susah gila aku nak lulus. Ya Allah.. aku tak taulah kenpa addmt aku bongok sangat. Padahal dia sama sikit macam math modern. Tapi tak taulah kenapa aku ni ngok sangat bila buat addmt. Aku pelik bio, physisc dengan kimia aku tere sikit daripada addmt. Ceh. Tere tu taklah sampai dapat A+ jee bila time exam. Hehehehe. Addmt lah aku paling down. Hhuuhh... mengeluh panjang. :(


Natijah daripada SPM :

The end of SPM. Apa yang aku rasa lepas tamat je SPM 2013 ni bukanlah rasa gembira yang teramat sebab dah merdeka. Puii! Tak de makna semua tu kalau result yang keluar nanti corot morot.  Apa yang aku rasa adalah menyesal yang teramat dan semua tu dah tak berguna lagi, ok. Tapi aku nak cakap sikit.

Kalau kita dah ditakdirkan Allah untuk masuk kelas sains atau kelas apa je tapi terutamanya untuk kelas sains lah. Kita jangan sesekali rasa cepat fade-up dan putus asa sebab kita dah rasa susah dengan semua subjek terutama sekali empat subjek tambahan tu. Nak bagi peringatan! Jangan sesekali dengar cakap orang lain termasuklah cakap cikgu sendiri. Hehehehe. Bukan nak kata cikgu tu downkan kita atau nak bohong dengan kita. Tapi kita jangan dengar kalau ada orang cakap yang fizik, kimia, biology dengan addmt tu sush gila nak mati. Biarkan je orang cakap macam tu selagi kita ada usaha sendiri nak study, buat ulangkaji. Insya-Allah Allah akan tolong kita. Gerenti! Seriusly! Tak percaya cuba buat. Tulah yang aku rasa bila dah habis SPM. Menyesal pon dah tak berguna. 

Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita dan Dia jugak lagi tahu apa kemampuan kita. Allah tahu yang kita boleh handle subjek sains. So sebab tu Dia letakkan kita kat kelas sains. Kalau tak, tak de nye kita boleh masuk kelas sains. Lagi satu, walaupon tanpa tusyen tambahan kat luar, kita pon boleh berjaya, boleh dapat A+ dalam apa subjek pon termsuk empat subjek tambahan tu. Memanglah cikgu cakap kalau tak tusyen susah sikit nak faham. Tak pelah. Kita belajar dulu slow-slow kat rumah kalau tak faham kita pergila kejar cikgu jumpa cikgu lepas tu tanya. Aku selalu buat macam tu bila study kimia sorang-sorang kat rumah. Mengharapkan buku teks, buku rujukan dan Allah jelah. Kat sekolah pergi tanya cikgu Cheng. Secara tak langsung cikgu tu sendiri akan rasa teruja dan gembira bila dia dapat tahu pelajar dia ni ada buat ulangkaji mata pelajaran dia. Kan, bangga tu. Hahahaha. Nanti cikgu tu secara tak sengaja terus doakan kita berjaya dalam SPM. 

Ayat cikgu Cheng yang aku takkan lupa sampai mati, bila masa tu aku turun pergi bilik guru sorang, jumpa dengan cikgu Cheng. Nak tanya pasal kimia. Masa tu baru habis exam pertengahan tahun kalau tak silap. Aku tunjuk cikgu buku rujukan aku, tunjuk mana yang nak ditanya. Sekali cikgu macam marah kat aku. Aku dah takut. Tersengih-sengih cover malu. Hahahaha.  Sekali aku yang salah dengar rupanya. Mule-mule aku ingatka cikgu cakap, "Eh, Amira dah habis periksa baru nak baca buku?!" Nampak sangat ayat cikgu tu macam menyindir aku. Yelah, bila rasa susah time exam barulah lepas exam terhegeh-hegeh nak bukak buku baca balik. 

Tapi sebenarnya cikgu kata, "Eh, Amira dah habis exam pun buat ulangkaji lagi! Bagus-bagus!" Hhuhh...! Kecut perut aku dengar. Dalam masa yang sama aku gembira gila dengar cikgu cakap macam tu. Dahlah cikgu cakap macam nak jerit. Hihihihihi. Seronok bila dengar cikgu cakap macam tu. Daripada aku tak rapat dengan cikgu Cheng aku terus rapat sebab asyik jumpa cikgu tanya pasal kimia. Daripada aku takut gila dengan cikgu Cheng terus aku berani dengan dia. Tapi kalau tak buat kerja dia memang aku tak berani. Masa buat experiment, lagi aku tak berani. Angin cikgu Cheng lain sikit bila tengah buat experiment. :D


























Sebelum buat apa-apa perancangan, cek balik semua subjek yang kita ambil. Kalau kita rasa semua subjek kita boleh buat, ok lah macam tu. Kalau kita rasa ada subjek yang terlalu tough untuk kita, kita target subjek yang kita boleh buat je. Sebaraikan dan fokus paling banyak kat subjek tu. Yang paling penting usaha! Jangan menyesal tak guna macam aku. Addmath. Tulah subjek yang paling aku takut sampai nak menangis bila time nak buat masa SPM. Sekali hamek kau, memang susah pon addmt masa SPM haritu. Tu pon sebab semua salah aku. Aku yang taknak study awal-awal. Malam lepas buat addmt tu, aku badmood gila. Lepas solat maghrib terus tidur. samapi solat isyak pon aku lambat gila. Dah nak dekat subuh baru nak solat. Kuangaja kan.

Physiscs is the most easier berbanding bio, kimia dengan addmath. Ramai orang kata fiziklah paling susah nak lulus. Tapi seriusly jangan dengar. Tu semua gosip. Rumour belaka. Ceh speaking bagai. Fizik paling senang kita nak score. Kertas 3 fizik, Ya Allah...! Senang gila tapi cuma kena pandai-pandai letak unit, titik perpuluhan. Kalau satu salah semua habis hancur. Kalau satu betul semua insya-Allah terjamin. Senang cerita kertas3 ni senang dapat markah dan senang hilang markah. Paper2 fizik, bahagian A memanglah payah sikit. Tapi essay, superb! Boleh tahan senang kalau kita tau cara nak jawab. Tapi serius senang gila. Bila time SPM aku buat bahagian essay tu dulu sebab takut tak cukup masa. Buat mana yang kita rasa senang dulu. Cikgu fizik aku baik gila-gila. Dia tak pernah mintak duit dari kita orang kalau nak bagi bahan tambahan. Semua dia fotostet sendiri. Guna duit cikgu sendiri. Baik gila. Aku sedih sebab aku buat main-main fizik bila exam biasa. Sebab aku rasa fizik susah sekali tak delah sangat. Kan aku dah cakap mind set kita ni mempengaruhi otak kita. Aku sayang gila cikgu Azilah. Dialah yang buatkan fizik tu senang bagi kelas kita orang. Walaupon suaranya slow macam tengah bisik dengan orang sebelah, tapi serius dia banyak bagi tips nak menjawab. Sebab tu aku boleh buat sikit fizik walaupon tak banyak yang boleh jawab.

Biology. Tak payah cakap apa-apa. Ambek buku, ngadap 24 jam. Hafal. Tu je yang kena buat kalau nak A+ dalam biology. Biology best sangat sebab dia kaji pasal diri kita. Tapi aku tak suka bab tumbuhan. Maleh eh. Aku skip bila ada bab tumbuhan. Time jawab kertas1 bab tumbuhan aku hentam kalau dah tak boleh jawab sangat. Bio kalau kita faham dan kita dah hafal gerenti A+ dalam tangan. Nak nak bila buat essay. Fuhh... sedap je tangan menulis. Lepas tu bajet dengan orang sebelah, mintak kertas lebih. Tak cukup kertas nak jawab essay. Padahal banyak buat salah. Sebab tu kertas tak cukup. Hahahahah.


























Walau apepon, kita jangan cepat putus asa. Jangan dengar cakap orang sebelum kita sendiri yang cuba. Try dan usaha sebaik mungkin. Percaya dan yakin Allah itu tahu segala-galanya. Bayangkan je Allah tengah ajar kita. Contoh addmt. Addmt bagi aku susah sebab aku lembap bab kira-kira. Bayangkan lah Allah tengah ajar kita addmath. Insya-Allah kita boleh. Tak faham pon tak pe asalkan kita ada usaha nak buat. Takde lah bila nak jawab tu blurr. Tak tau langsung nak jawab. Aku bukannya pandai macam Khadila, budak sekolah tun habab tu, nak bagi nasihat kat kau orang. Tapi cuma nak kongsi apa yang aku rasa. Aku tak nak kau orang yang nak ambek SPM tahun depan ke atau bila-bila nanti menyesal sebab tak buat yang terbaik dalam SPM macam aku. 

Hanya matrix yang aku harapkan sekarang ni. Tu pon kalau dapat. Walaupon banyak orang kata matrix tak baguslah, paling low lah. Tapi kalau dah rezeki kat matrix jugak, boleh berjaya jugak satu hari nanti. Aku hanya ingat dan yakin dengan kata-kata Kak Fatin Liyana dan Cikgu Ishak. Biarlah orang nak cakap tak bagus lah, suka hati aku lahkan. Aku tahu aku ni bukannya pandai sangat nak masuk U terus ambek asasi ke. Aku janji pada diri sendiri kalau aku dapat matrix aku memang takkan sia-siakan peluang tu. Aku akan buat yang terbaik. Insya-Allah! Doakan saya. Ok. :D

Try your best and good luck for your future SPM. :)









































Tak ada yang pandai dalm dunia ini melainkan ada yang rajin usaha dia menjadi pandai dan yang malas dia menjadi bodoh - Para Ilmuan.



















Salam Usaha,
Amira Azwa Amir.



35 comments:

genny da bomb said...

salam dik..akak baru berpeluang nk jengah blog adik ni.. :) thanks ya singgah blog akak..salam kenal :)

nura_mirazwa said...

waalaikumussalam. salam kenal juga... :D

Anonymous said...

Good writing kak!

Bagi saya semangat nak SPM 2014 . Tahun ni .

Doakan saya eh? ;)

nura_mirazwa said...

In shaa Allah, semoga berjaya :D

AHMAD alan said...

Saya spm 2015 tapi apa pon x ready... Tapi kak bagi semangat tuk saya belajar waktu cuti

nura_mirazwa said...

In shaa Allah boleh. Tahun depan dah nak dekat. At least try cover chapter form 4 punya. Kalau buat persediaan awal nanti tak lah menggelabah sangat. Hasilnya pon nanti mesti yang terbaik. In shaa Allah . Gud luck :)

Puteri said...

Sya suka physics. And rasa fizik snang. Tapi mrkah chem dgan bio slalu tinggi. Huish. Thanks tuk tips.

mrs bubbletea said...

assalamualaikum . Thanks sebab bagi semangat untuk saya belajar . Saya nie baru je mula form 4 , baru nak belajar subjek2 nie Saya paling risau bile semua orang cakap subjek2 nie susah giler, yela saya nie bukannye pandai sangat. PT3 pon, Allah yg tolong saya sampai boleh ambil aliran sains. saya doakan akak masok matrix ! ^^

nura_mirazwa said...

Waalaikumussalam. Terima kasih jugak sb sudi membaca entry yg macam merepek sikit ni. Saje je nk share pengalamn amek spm. Apepon tahniah sb dapt kelas sains. Buat yg terbaik. Jgn cepat putus asa . Mule2 memg la kite akan rse susah. Sb naik form 4 semuanye bnde baru bagi kite. Terima perlahan lahan bnde baru tu sb sbenarnye semua tu senang kalau kite ade usaha. Form 4 kukuhkan basic supaya mse form 5 kite x terkial-kial nk beljar lebih dalam lagi tentang subjek2 sains tu. In shaa Allah kalau yakin dengan rezeki, berjaya jugak dipenghujungnye. Gud luck yee 😄

little hana said...

may i know u?nk tnya macam2 nim... id wc: fizany96
no spam

nura_mirazwa said...

Sorry saya takde weechat

Aisyah Azman said...

Thanks kak share tips ni.. sy calon SPM 2015. Btul ap yg akak ckp fizik pling sng. Tp sy pling lemah subjek bio sllu je fail. :'( doakan sy berjaya ya kak.:)

Aisyah Azman said...
This comment has been removed by the author.
nura_mirazwa said...

Takpe... paling2 pon nt kalau spm dpt C. In shaa Allah boleh A jee A+ ape tah lagi boleh je in shaa Allah. Semoga berjaya yee :D

Atiqah Junior said...

Assalamualaikum. Saya pun calon spm 2015. Saya selalu failed addmath, bio, kim & fiz. Mid exam baru-ii ni, saya lulus bio kim fiz tp got gred D. Addmath memang tak pernah lulus. Kadang termenung minit lamanya terasa nak menangis semua ada. Boleh sy tahu result akak berapa? Saya rsa mcm otak saya ni tak masuk langsung ilmu. Dah mcm storage penuh. Keadaan fizikal skrang paha patah dan sendi lutut lari mengakibatkan saya takboleh berjalan buat masa ini dan mungkin doktor cakap 3 bulan baru boleh jalan. Sekarang baru sebulan. Belajar pun mcm malas-ii skrang. Sekarang sy takboleh pi sekolah dn terpaksa belajar kat rumah. Bljr pun tak smpai satu jam. Duduk pun takleh lama-ii. Saya sedih sgt sbb saya calon spm tahun ni. Byk lg sy kna usaha. Ada tak tips nak bg snang fhm untuk subj kim fiz addmth trutama skali bio. Sekali baca terus masuk. Baca blog akak buat sy rasa bersemangat sikit. Akak boleh email sy kat miesabah@icloud.com . Sgala pertolongan akak, saya bsyukur sgt. Harap akak baca. Terima kasih :). Saya nuratiqah.

umiera_miza said...

thanks kak..saya pon dah nak rasa fed up ni..sebab dah nak spm..lepas sya baca blog akak sya macam ada semangat balikk :)

nura_mirazwa said...

Buat yg terbaik ok jangan putus asa dan semangat. Doa banyak banyak in shaa Allah pasti berjaya :D

Aiman said...
This comment has been removed by the author.
Aiman said...

assalamualaikum, sya sngt tertarik dgn cerita awk. semua yg awk ceritakan semuanya terjadi pada diri saya. semoga dgn cerita awk tu dapat motivate sya untuk dpat 9A SPM pada thun ni. btw, saya pun nak mohon masuk matrix jugak:)

nura_mirazwa said...

Alhamdulillah... :) Terima kasih sebab sudi baca blog sy yg tah pape ni hahaha. Good luck untuk SPM yg tak lama lagi ni hahah in shaa Allah, result terbaik akan awk perolehi. Kena yakin dan banyak doa ye! Hihi in shaa Allah matrik pun boleh dapat. Tp kalau awk result gempak mesti dapat asasi lagi ok dri matrik. Tp belajar mana2 semuanye sama just bergantung pada diri sendiri. :D

Anonymous said...

Assalamualaikum .saya amira form 4 thn ni. thanks sbb naik kn semangat saya. Saya tk beranggapan yg fizik tu susah seperti diperkatakn senior2. Tapi saya selalu dpt markah 41-45%. Pdhl saya byk put effort for this subject. Saya utama kn subject ni sbb saya lemah dlm fizik.

nura_mirazwa said...

Waalaikumussalam. Baguslah kalau amira tak fikir yg fizik tu susah. In shaa Allah apa2 akan jadi mudah kalau kita ada usaha untuknya. Takpela. Mungkin Allah nak uji awak. Bagi markah yang tak seberapa dlu time exam biasa. Tapi nanti bila time spm awk akan dapat A+ ke kan!! Mana tahu hehehe at least pun A- in shaa Allah okeyyy! :) Jangan risau. Just pegang satu ni, setiap kebaikan Allah takkan sia-siakan. Means, awak usaha skg tp still dpt markah tak seberapa kan, kena yakin mybe masa spm Allah nak balas usaha awk tu. Macam sy la. Dulu sbelum spm chemist asyik gagal. Bila time spm sy dpt B. Okey la alhamdulillah at least lepas dri gagal dan C hehe walaupun tak dpt A. Takpelah rezeki masing2. Pling penting usaha. dan tawakkal :) Gud luck yeeee :)

Siti Nor Asma said...

ermm..thanks kak bg smgat tok org yg suka study last minit mcm sye ni hehe...

Anonymous said...

Addmath tu time latihan boleh la buat...time priksa susah gilaa

Miss Dealova said...

Saya pelajar ting 4 tahun ni dan ambil aliran sains. Sya pt3 5A je. Orang kata addmath fizik kimia susah nk score. Mula2 sekarang sya rasa susah sngt. Sya jadi blur. Mngkin betul cakap akak yg apa yg kita ucap dgn fikir mempengaruhi hati kita. Mungkin sya kena selalu cakap benda2 yg positif yg boleh buat sya jadi lebih bersemangat nk belajar. Akak tahun depan sya form 5 doakan sya berjaya dn mndapat keputusan yg cemerlang dlm SPM 2017. Sya akan berusaha sbaik mungkin.

Miss Dealova said...

Saya pelajar ting 4 tahun ni dan ambil aliran sains. Sya pt3 5A je. Orang kata addmath fizik kimia susah nk score. Mula2 sekarang sya rasa susah sngt. Sya jadi blur. Mngkin betul cakap akak yg apa yg kita ucap dgn fikir mempengaruhi hati kita. Mungkin sya kena selalu cakap benda2 yg positif yg boleh buat sya jadi lebih bersemangat nk belajar. Akak tahun depan sya form 5 doakan sya berjaya dn mndapat keputusan yg cemerlang dlm SPM 2017. Sya akan berusaha sbaik mungkin.

nura_mirazwa said...

to siti nor asma : sama2 dik. Yang penting kita sama, suka study last minit. HEHE piss

to anonymous : Hahah bisalah addmath. Sape tak kenal dengan perangai addmath ni hehe. mathmode jalan nye direct tapi addmath jalannya berliku tapi tujuannya sama je macam mathmode. Faham tak? Rasa macam merepek jawapan saya ni hehe. Btw saya memg tak suka math tp jangan ikut saya hehe

to Miss Dealova : Betul lah tu. Apa yang kita fikir n ucapkan tu semuanya mempengaruhi hati kita. Saya pun bila masuk u saya selalu kata malas la nak buat itu ini dan selalu merungut. Tapi bila fikir banyak kali kita ni sebenarnya tak bersyukur dan pemalas nak usaha. Memang prmulaan susah lama2 in shaa Allah senang. Banykkan doa dan yakin Allah ada. Allah akan bantu kita. Yang penting jngan putus asa. Study je awal2 nt nk spm taklah kelam kabut. Memang akan ada orang kata "study awal nanti lupa gak." Lantak la dengan kenyataan tu hehe sebab langkah awal kita tu dah dikira kita berusaha untuk mencapai kejayaan dripada kita tak usaha langsung bila gagal lagi ah kita sakit. Memang la study awal nanti lupa jugak kan tapi kita kenalah pandai2 gak usha2 balik bab2 yang kita dah study awal tu. buat rivision sikit kan. hehe in shaa Allah :)

aiman ridzuan said...

terima kasih sangat2 akak.....sebab akak saya dah rasa yakin nak masuk kelas sains.....alhamdulilah ya allah.....doakan saya Berjaya :)

nura_mirazwa said...

Sama2 dik. In shaa Allah adik akan berjaya. Jangan putus asa okeyy study smart. In shaa Allah ������

nasha chemo said...

Terima kasih sebab beri semangat kepada saya kak. Saya amik spm tahun 2017. Fuhh. Fizik susah lah nak score. Biologi pulak, malas nak hafal.

Sofiyah Aniwahyuni said...

Thnkyy bgii semngat . Hope sngat spm nxt year dpat uat yg terbaik . Fizik kimia addmth dah lah susah gila nak score . Doakan saya dpat jwab untok spm 2017 😊

nur nazifa said...

salam akak sya nk tnya sya bru ja msuk ting4 dan saya dpt klas akaun tpi dari dlu lgi sya tringin nk msuk klas sains tpi bila saya fikir blik saya takuy sua tk boleh nk bawak subjek bio kimia fizik smua tu tambah2 bnyak fakta yg kena hafal. skrng ni sya tktahu nk tukar aliran ke sains ataupun tidak. akak rasa mcm mna ?

nur nazifa said...

*takut
*saya

Anonymous said...

Saye SPM 2017 , terpakse korbankan fizik sebab mmg tak boleh bawak , semua salah diri sendiri tak study , study bila nak exam je , buang mase , but sekarang aku dah tau ape itu erti penyesalan , hope kepada sesiapa jgn jd macam aku , kita as students aliran sains kene kuat mental dan fizikal yg penting jgn give up , aku pon dah menyesal habis sekarang , spm tanpa fizik , setahun lebih aku belaja fizik dah , aku tak paham ape sebab aku tak cuba untok memahami , bila nak cover balik mungkin dah terlambat skg so terpakse drop , taknak sebab satu sub , bg tekanan kat aku kat sub sub lain... And lagi satu , jgn ade sifat overconfident, nanti jd macam aku , study mase exam je , skg aku kene cover semua sub dari form 4 kecuali fizik , good luck geng , doakan spm aku tahun ni , dapat result cemerlang, Amin.

uchiha sasuke said...

Good luck SPM tahun ni. Wish me luck for SPM 2018 :D Moga sama² berjaya, Inshaa Allah. Man jadda wajada.