...

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem.



Dengan nama Allah Yang Maha Pengsih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan yang terpuji dan tertinggi Rasulullah SAW dan para ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.


Bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah dan kurnia-Nya yang masih mengizinkan aku untuk meneruskan perjalanan yang mungkin masih panjang di muka bumi Allah ini. Bila kita fikir kenapa orang yang baik-baik atau yang soleh dan solehah ni selalu meninggal dunia cepat ialah salah satu sebabnya Allah terlalu menyayangi mereka dan bila kita fikir lagi kenapa Allah masih bagi lagi kesempatan untuk kita hidup kat dunia ni ialah kerana Allah nak kita berubah dan Dia bagi kita masa untuk kita bertaubat pada-Nya. Sebab Dia tahu yang kita boleh berubah dan menjadi hamba-Nya yang terbaik walaupun tak sempurna macam kekasih-Nya. Astagfirullah... :')


Hari ini kita sambut bulan Ramadhan. Bulan yang paling dinanti-nantikan oleh manusia yang tidak sabar hendak tingkatkan ibadah dan menghambakan diri pada penciptanya. Bulan Ramdhan bukanlah di-aim kan hanya untuk menyeru manusia menjalankan ibadah puasa semata-mata tapi bulan Ramadhan merupakan bulan yang tersangat istimewa dan bulan yang sentiasa memberi sinar harapan kepada hamba-hamba Allah menggapai magfirah-Nya dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh bagi menggandakan akaun pahala masing-masing.








Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda ,

                 "Allah berfirman, 'Semua amal anak Adam untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya."

Makna ungkapan 'Puasa untuk-Ku', maksudnya adalah puasa itu termasuk ibadah yang paling Allah cintai dan paling mulia di sisi Allah SWT. Ibnu Abdul Bar berkata, cukuplah dengan ungkapan 'Puasa untuk-Ku menunjukkan keutamaan dibandingkan ibadah-ibadah lainnya. Diriwayatkan oleh An-Nasa'i dari Abu Umamah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda,

               "Hendaklah kalian berpuasa kerana tidak ada yang menyamainya."

[Disahihkan oleh Al-Albany dalam shahih Nasai]


Bulan Ramadhan bulan paling mulia. Di antara persiapan menyambut Ramadhan adalah dengan berazam untuk menjadi lebih baik. Bila dulu kita tak solat maka bila mulanya Ramadhan kita jugak mula lah bersolat 5 waktu cukup. Jika dulu kita freehair, bila mulanya Ramadhan esok kita cuba tutup rambut kita walaupun tak pakai tudung dengan sempurna tapi at least kita cuba untuk tutup aurat. Lepas tu kita cubalah try sikit-sikit untuk melabuhkan tudung tu dan tutup aurat kita yang lain dengan sempurna. Insya-Allah. Nanti dah habis bulan puasa janganlah pulak kita tinggalkan semua yang kita amalkan mase bulan Ramadhan kerana pada hakikatnya apa yang kita buat pada bulan Ramadhan itu merupakan satu latihan pada diri untuk menjadi hamba Allah yang terbaik sehingga akhir hayat. Mase bulan Ramadhan kita berkobar-kobar nak tingkatkan amal ibadah. Apabila di setiap nafas kita jadikan zikir mengingati Allah, apabila tidur kita korbankan semata-mata untuk berqiamullail di sepertiga malam kerana Allah. Semua tu kita lakukan kerana kita tahu bila tibanya bulan Ramadhan setiap amalan mesti digandakan kepada 10 dan seterusnya boleh digandakan kepada 700 pahala.


























Menurut dalil al-Quran,

                      "Bandingkan pahala orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tipa satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatkan gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas Rahmat kurnia-Nya lagi meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya."

[Surah al-Baqarah, ayat 261]


Bulan Ramadhan juga merupakan bulan turunnya al-Quran. Allah SWT menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang penuh kemuliaan dan kesejahteraan iaitu pada malam al-Qadr (Lailatul Qadr).
Hal ini berdasarkan daripada firman Allah SWT,


A003


               "Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba kami ditimpa azab)

[Surah Ad-Dukhaan, ayat 3]











Bila masuknya bulan Ramadhan, apa yang menjadi dambaan para mukmin selain beribadah sebanyak mungkin pada Allah adalah menanti malam Lailatul Qadr. Lailatul Qadr ini ialah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan yang lain.



A001

A002

A003

A004


A005

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadr (1)  Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadr itu? (2) Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan.(3) Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut) (4)  Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (5)"

[Surah Al-Qadr, ayat 1 hingga 5]


Adanya malam Lailatul Qadr ini sebenarnya salah satu tanda kasih sayang Allah SWT kepada kita umat Muhammad SAW. Kenapa pulak tanda kasih Allah pada umat Muhammad? Kerana malam Lailatul Qadr ini hanya ada semasa zaman kehidupan umat Rasulullah. Umat-umat nabi lain mana ada dapat rasa Lailatul Qadr. Kita je yang dapat. Dan bila kita beribadah pada malam Lailatul Qadr ianya dianggap lebih baik daripada 83 tahun. Satu malam beribadah pada malam itu sahaja dikira seumpama beribadah selama 83 tahun. Zikir pada malam itu je dah dikira berzikir seumpama 83 tahun. Subahanallah ! 


Allah SWT tahu ada sebahagian umat Rasulullah ni jeles dengan umat nabi terdahulu yang dapat hidup 1000  tahun lebih. Jeles bukan sebab apa. Jeles sebab umat nabi lain yang panjang umur boleh beribadah sebanyak mungkin kepada Allah sedangkan kita yang hidup singkat ni setakat mana je mampu habiskan masa yang singkat ni nak beribadah pada Allah. Adanya masa lebih banyak dihabiskan untuk bekerja, menguruskan rumah tangga, hal keluarga, belajar, beriadah dan sebagainya. Setakat 15 minit paling lama lahh kita ambil untuk menunaikan solat fardhu. Lepas habis solat terus buat aktiviti keduniaan yang perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan asas dan hidup sebagai manusia normal di muka bumi Allah SWT ini.






















Sebab tulah Allah adakan malam Lailatul Qadr supaya kita sentiasa bersemangat utnuk beribadah pada bulan Ramadhan khususnya pada 10 terakhir Ramadhan. Lailatul Qadr boleh di cari pada tarikh-tarikh ganjil pada akhir Ramadhan iaitu pada 21, 23, 25, 27, 29 Ramadhan. 

Hadith tentang tanda-tanda Lailatul Qadr :

             "Sesungguhnya aku diperlihatkan Lailatul Qadr kemudian dilupakan dariku dan ia ada disepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tiadak pula sejuk, seakan-akan didalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar."

[HR. Ibn Khuzaimah]

                   
      "Sesungguhnya tanda Lailatul Qadr adalah malam yang bersih dan cerah, sekan-akan didalamnya bulan terang tenang, tidak sejuk dan tidak  juga panas dan tidak boleh bintang dijatuhkan didalamnyasampai pagi. Dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan syaitan tidak boleh keluar bersamaan dengannya pada malam itu.

[HR. Ahmad]


Apabila kita berjumpa dengan Lailatul Qadr, kita digalakkan memeperbanyakkan amalan sunat seperti berzikir, membaca al-Quran, solat sunat Tahajjud, solat sunat taubat, berdoa banyak-banyak dan bersungguh-sungguh dan sebagainya.

                       
              عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
      
             "Barangsiapa yang menghayati malam Lailatul Qadr dengan mengerjakan sembahyang
 (dan ibadah yang lain) sedangkan ia beriman dan mengharapkan Rahmat Allah SWT, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."


Antara doa yang nabi ajarkan pada Saidatina Aisyah r.anh sekiranya berjumpa dengan Malam Lailatul Qadr ini adalah dengan memperbanyakkan bacaan doa yang selalu dibacakan semasa rakaat ke-4 terawih :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

       "Ya Allah, sesungguhnya Engkau sentiasa mengampunkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka mengampunkan, oleh itu ampunkanlah salah silapku."













Antara Kebaikan Bulan Ramadhan : 

Dari Abu Hurairah r.a , Rasulullah SAW bersabda :

         "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat (syurga) dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)"

[HR. Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

              "Apabila bermula, malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah malaikat, katanya : 'Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampilah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya.' Seruan dan keampunan yang demikian diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)

[HR. Tirmizi dan Nasa'i]


Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :

                   "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."

[HR. At-Tirmidzi]



9 Amal Ibadah Utama di Bulan Ramadhan :

  • Berpuasa.
  • Tarawih.
  • Sedekah.
  • Bersungguh-sungguh dalam membaca al-Quran.
  • Duduk di masjid sehingga matahari terbit.
  • Iktikaf.
  • Mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan.
  • Menghidupkan Lailatul Qadr.
  • Memperbanyakkan zikir dan beristigfar.











Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik dan sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya. Bayangkan andai ini adalah Ramadhan terakhir kita, layakkah kita untuk bersuka-suka menunggu ketibaan lebaran? Pasti kita sentiasa menghiasi Ramadhan pada kali ini dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan ikhlas tawaduk tanpa ada perasaan riak, ujub dan bangga walau sekecil zarah sekalipun kerana perkara itu hanya akan merosakkan amalan dan mungkin jauh sekali untuk diterima Allah SWT. Yang paling penting sekali, apa yang kita harapkan adalah maghfirah, kasih sayang dan jugak redha-Nya kerana cinta-Nya sahaja yang mampu membawa kita menggapai kemenangan abadi iaitu meraih Jannah Allah, Syurga Allah SWT. Diharapkan agar Ramadhan kali ini dan seterusnya menjadi semangat bagi kita dan juga latihan pada kita untuk membaiki kelemahan diri dan memandu diri menjadi hamba yang cemerlang, soleh solehah dan hamba yang sentiasa berada dalam dakapan kasih sayang dan keampunan Allah SWT. Insya-Allah. Allahu Rahman Allahu Rahim. Aminn Yaa Rabb. :')
















Selamat 

Menyambut 

Ramadhan Al-Mubarak ...















Salam Ramadhan,
Amira Azwa Amir.

6 comments:

ejulz said...

Salam Ramadhan..

nura_mirazwa said...

salam ramadhan jugak .

Sizzling Suzai said...

salam ramadhan jua..smoga kt sama2 berusaha mncari mlm itu iAllah ;) selamat berbuka!!

hardy bonvisa said...

follow juga ya blog saya http://hardy-bonvisa.blogspot.com/

bella said...

terima kasih kerana follow saya. perkongsian yg sgt bermanfaat ^_^ teruskan usaha ye awak. btw, sgt comel blog. ;-)

nura_mirazwa said...

trime kasih semua. selamat berpuasa dan selamat hari raya. :D