...

Saturday, June 08, 2013

Pediatrician !


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan yang terpuji Rasulullah SAW dan kepada ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda. Sebelum memulakan cerita panjang lebar lagi untuk entri ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah, ibu dan ayah kita sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Semoga kita digolongkan dalam kalangan orang-orang yang diberi keampunan Allah SWT. Aminn.

Tajuk kali ini, seperti yang ditunjukkan oleh kura² kecil yang sentiasa bergerak-gerak tu, merupakan tajuk yang sangat menarik bagi yang menyimpan cita-cita seperti aku lah. Yang tak sama cita-cita dengan aku tu, mungkin entri ni tak menarik bagi korang. Tapi takpe, tak kesah.






Pediatrik. Nama saintifik bagi para doktor yang pakar dalam merawat kanak². Senang cerita pediatrik ni ialah pakar kanak². Para pediatrik merawat kanak² dari sejak mereka bayi lagi sehinggalah mereka remaja berumur 18 tahun. Menurut sumber yang insya-Allah boleh dipercayai, nak jadi pediatrik mesti pakar bab-bab tulang sebab dalam wikipedia yang aku search kat google haritu dia kata aducation required : doctor of medicine and doctor of osteophatic medicine. Lepas tu aku search lagi kat google, nak dapat kepastian lah kan takut salah bagi infomartion pulak nanti. Aku search makna osteophatic tu. Keluar lah macam-macam yang mengarut. Aku bukak google translate lagi memang tak. Dia bagi makna sama jugak bile translate dalam bahasa melayu. Last-last aku jumpa jugak kat wikipedia. Dahlah bahasa inggeris, jenoh aku nak faham kan. Masa aku baca tu dia ada cakap tentang tendon² lah, ligament lah. Tu semua kan ada kena mengana dengan tulang.



Sebelum aku tetapkan cita² nak jadi pediatrik tu, aku ingatkan nak jadi doktor pakar mata sebab aku tertarik dengan pakar motivasi yang makin popular sekarang ni, Prof. Dr. Muhaya. Kan comel je kan bila kita pandang Dr. Muhaya tu. Tenang je muka Dr. Muhaya bila kita pandang, macam takde masalah je. Biasalah, orang yang taat pada Allah memang akan nampak tenang walaupon dalam masalah yang rumit.




Tokoh yang tetap menjadi idola dalam menggapai cita-cita



Tapi semakin lama aku dah kurang minat nak jadi doktor pakar mata. Tak tau kenapa. Satu hari tu, masa tengah belajar fizik, tiba-tiba je aku terus cakap kat kawan aku, apa nama saitifik doktor yang pakar dengan kanak-kanak? Dia tak tau lepas tu dia tanya aku asal? So, aku cakaplah yang aku nak tukar cita-cita aku.


Lepas dah habis kelas fizik, lepas tu ada subjek b.m. Lepas masa b.m rehat. Masa time rehat aku dengan kawan-kawan aku pergilah bilik kaunseling. Saje-saje lepak. Lepastu aku pergi ambek buku tentang maklumat kerjaya. Aku cari-cari pekerjaan yang aku minat tu sekali aku dapat tau yang nama khusus untuk doktor pakar kanak-kanak ni pediatrik. Teruja gila aku. Kekekehh. Jakonn.






Aku rasa aku suka bila tengok baby, kanak-kanak lagi-lagi kalau budak tu budak yang berpenyakit. Macam sindrom down ke autism ke. Rasa comel je bila tengok diorang. Lgai best bila kita tengok diorang senyum ketawa-ketawa disebabkan kita sendiri yang buat diorang gelak n gembira. Ya Allah, serius hati kita nanti rasa macam seronok sangat-sangat n tersentuh sampai boleh menangis tengok perangai diorang.




Mereka tak sempurna tapi istimewa !




Secara tak langsung kita akan berasa sangat bersyukur dengan rahmat dan kurniaan Allah atas pancaindera dan akal yang sempurna yang dianugerahkan-Nya pada kita. Yelah, diorang tak sempurna tapi istimewa ! tapi yang paling best, diorang yang kurang upaya dari sejak lahir atau pon sejak kecil sebelum sempurna akallagi, kalau meninggal memang dah sah-sah lah masuk syurga. Yelah kan takde buat salah apa-apa. Kalau buat pon, diorang mana tahu apa yang diorang buat. Untung-untung... So, kita yang sempurna lah sangat ni berbanding diorang tak payahlah nak rasa bangga dan mengutuk mencaci menghina diorang sepatutnya kita jeles sebab diorang ahli syurga dan dengan rahmat Allah diorang boleh terus je masuk syurga. Yang kita ni belum tentu lagi dapat masuk syurga. Tapi selagi nyawa dikandung badan selagi tulahh kita masih berpeluang bertaubat dan beramal ibadah pada Allah SWT sebanyak mungkin bagi menggapai Jannah Allah SWT. Insya-Allah, aminn !


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

               "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah SWT."

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Zaman sekarang ni doktor wanita sangat diperlukan. Lagipon Islam lebih menggalakkan umatnya membantu sesama manusia dan salah satu caranya ialah dengan menjadi doktor. Doktor merawat pesakit yang tak kira jantina, agama dan negara. Tapi doktor perempuan sekarang ni jarang nak dapat. Kalau nak ambil doktor perempuan pon mesti kena bayar lebih sikit kalau yang sepatutnya rawat kita tu doktor lelaki. Contohnya, kalau kita ada masalah peribadi yang yang melibatkan tempat-tempat sulit ke kan, takkan lah kita tak malu nak kasik doktor lelaki yang rawat? Mesti malu kan. Sudah nagara kita kekurangan doktor wanita, terpaksalah kita menyimenkan muka ni sebab kita akan dirawat oleh doktor lelaki. Kalau masalah demam panas je tuu takpelah jugak. Ni kalau kita ada masalah kat tempat-tempat sulit. Memang taklah kan. Tapi kalau dah terpaksa, insya-Allah takpe. Jangan main-main, ingat takde ke kes macam ni. Pesakit perempuan kena rawat dengan doktor lelaki. Lagi-lagi masa tengah bersalin. Memang kadang-kadang doktor lelaki lebih ramai yang ada kat wad bersalin berbanding dengan doktor wanita.










Dalam Islam, kerjaya sebagai seorang doktor ni tak kiralah pediatrik ke, dentist ke, semuanya dianggap fardhu kifayah. Imam Ghazali menganggap profesion perubatan sebagai fadhu kifayah. Satu tugas yang mesti dilakukab oleh sesetengah ahli di dalam satu-satu masyarakat. Amalan ini lazim dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas. Jika kesihatan terjejas, apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati.



Setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah kerana Allah SWT. Kalau kita dah niat kerana Allah, sudah semestinya kerja yang kita lakukan tu dikira ibadah kepada Allah.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn Al Kattahab r.a berkata,
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

        "Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya hanya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang dia inginkan."

[Hadis Riwayat oleh Bukhari dan Muslim]



Untuk SPM tahun ni, Insya-Allah aku akan buat sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang insya-Allah, walaupon baru sekarang ni aku buat revision serius-serius, tak macam dulu. Boleh lahh buat masa sekarang ni. Tengah usaha n didik diri ni yang pemalas sangat. Slow-slow tapi penuh fokus dan faham. Insya-Allah ! Doa-doakan lah yee.




Universiti menjadi pilihan untuk melanjutkan pelajaran






Salam Usaha,
Amira Azwa Amir.


21 comments:

blog usang said...

teruskan berusaha moga tercapai apa2 yg dicitakan..InsyaAllah..

nura_mirazwa said...

Insya-Allah. aminn .doa-doakanlah yee. trima kasih :D

kacang buncis said...

semoga berjaya dlm cita2

nura_mirazwa said...

insya-Allah. doa-doakanlah yee. doakan untuk spm tahun ni. trime kasih :)

Shiqin Sunshine said...

insyaAllah mencuba untuk mencapai azam yang baik pada bulan Ramadhan ini... semoga berjaya dgn cemerlang dalm spm begitu juga dalm hidup... =)

nura_mirazwa said...

insya-Allah. semoge awk jugak sentiasa berjaya dan cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat. insya-Allah. terima kasih ! :)

atikah muhamad said...

hurm, awak,, nak tanya pendapat awak la kan, antara dc pediatrik n physiotherapy kan, mne lgi okay utk kaum hawa ?

nura_mirazwa said...

saya pon tak berape nk pasti sangt. tp bg sy lah kan, mana2 pon sesuai untuk perempuan ceburi. asalkan kite sendiri yg ada minat nak buat kerja tu.

Siti Nurnajihah said...

boleh x beri tokoh dalam bidang doktor pediatrik?

Al Lyn said...

wah.. kita ada cita2 yg samalah! Semoga Allah permudahkan perjalanan awak menuju cita2 awak tu... aminn ^^

nura_mirazwa said...

Siti, saya tak tahu lah tokoh doktor dlm pediatrik field. sory

Al Lyn, saya dah tukar cita2. hahahah :D

Syifa Dhiya said...

In Shaa Allah,, :D Semoga cita cita saudari utk menjadi pediatrician tercapai! Saya pun nak jadi pediatrician juga.. nmpknya..cita2 kte brdua samalah kan..boleh saya tahu keputusan SPM utk mlykkn jadi pediatrik?kalau kelas akauntan boleh jadi pediatrik tak?

nura_mirazwa said...

Nak jadi pediatrik bukan kerja yg mudah. SPM ofkos kene straight A. nak dpatkan course medik sukar apatahlagi nak jadi seorg pediatrik. Apa yang saya tahu syarat first untuk course medik kene dari kelas sains. Ape pun gud luck :)

sarah amar said...

nama fb awak apa?

nura_mirazwa said...

Saya takde fb. Knpe yee ?

nura_mirazwa said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum, kak mira..hehe..sy muda stahun rsanya..sy skarang dkat matrik batch 15/16..module 3 n brcita2 nk jad paediatrician..hekhekhek..nk tnya akak, pointer akak sem 1&2 brapa yg blh dpt ukm tu?waaa bestnyaa ukm..pointer sy sem 1 dh pncit smpai kempis..huhuu..skrg tgh struggle sem 2 bersama2 organic chemm..sadis..harap akak dpt respon..or, nk no fon blh?who knows we could be friends..;D
Farha

nura_mirazwa said...

Waalaikumussalam. Terima kasih dik sebab sudi baca blog saya yg tak berapa nak menarik ni haha. Nak cerita kat sini lah, dulu pointer sem1 saya di matrik 3.24 n then sem2 pulak malu nak bagitahu hehe yg penting not more 2.5. malu gila hahaha. nak tahu pasal ukm, boleh email saya amiraazwa96@gmail.com. tak boleh bagi no fone kat sini, open sangat walaupun tahu takde peminat hehehe

suhaimi said...

Moga btrambah Dr Paediatrics kt Malysia ni...amin

Anonymous said...

Assalammualaikum kak, saya student asasi sains skrg ni, dah nak masuk sem2, saya nak tanya,kalau nak jadi paediatric,further degree still kena belajar semua kan? I mean before specific jadi paediatric. Boleh akak jelaskan?

Alin Sabry said...

salam kenal