...

Friday, June 14, 2013

Kata-Kata Imam Syafie Tentang Kehidupan.



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan yang terpuji, Nabi Muhammad s.a.w dan para ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.

Salam Jumaat :)

Dengan masa yang semakin suntuk lebih kurang 4 bulan sebelum menghadapi satu peperiksaan penting dalam hidup seorang pelajar tingkatan 5, aku mencuri sikit masa untuk menulis blog dengan niat untuk berkongsi sikit ilmu. Tajuk telah ter-taip di atas dan izinkan saya untuk menyebarkan dan menghebah-hebahkan kata-kata yang penuh hikmah dan penuh manfaat daripada Tokoh Ilmuan terkenal dengan gelaran Bapa Ushul Fiqh.


Rasulullah SAW bersabda :

               "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, dia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."


Kata-kata mutiara Imam Syafie tentang kehidupan :


  • Belajarlah ilmu fiqh sebelum menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.

  • Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.

  • Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaan.

  • Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa yang hendak pada akhirat juga hendaklah dia mencari ilmu.

  • Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menutut ilmu semasa dalam kemiskinan.

  • Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpa berbuat demikian maka kehalusan ilmu akan hilang.

  • Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.

  • Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.

  • Bersahabat dengan orang yang tidak takut dengan keaiban akan mendapat malu di akhirat.

  • Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.

















































                        Ya Allah.... 
Bukakanlah jiwaku ini kepada perkara-perkara yang baik- baik sahaja. aminn 





Salam Jumaat,
Amira Azwa Amir.


Sumber Ilmiah, Majalah Gen-Q.




13 comments:

blog usang said...

terima kasih folo blog saya..

AZ Collection said...

Hai.. Salam kenal..
Kalau sudi follow sy balik ye.. =)

http://azcollection93.blogspot.com/

nura_mirazwa said...

blog usang : okayy. same2. :)
Az Collection : Salam perkenalan jugak. Insya-Allah nanti sy follow blog awk. :D

syuk shusuke said...

kata2 nasihat tu mohon copy ye kat fb :)
btw done follow.
follow back ya
blackisswhite.blogspot.com

nura_mirazwa said...

okayy. trime kasih sebab sebarkannya kt fb. memang ilmu kena disebar-sebarkan walaupun sedikit. Insya-Allah nnti sy akn follow blog awk :D

Ummu Amar said...

Alhamdulillah, moga impian dan hala hati sentiasa dalam perlindunganNya..:)

salam ziarah, mailah singgah di http://ummuamar.blogspot.com

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

bunda singgah sini..

nura_mirazwa said...

trime kasih semua. nanti sy follow balik blog ummu amar. trime kasih bunda. :)

dhom nalza said...

salam

suka saya baca post awak dekat blog awak .... saya nak minta izin copy dan "paste"kan dekat FB ya..

nura_mirazwa said...

trime kasih. kongsilah kalau rase berguna .Insya-Allah :))

Anonymous said...

comey blog :D

Anonymous said...

Subhanallah..

nura_mirazwa said...

:)terima kasihhh