...

Tuesday, June 25, 2013

Panduan Qiamullail.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam keatas junjungan mulia dan tertinggi Rasulullah SAW dan kepada ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.

Selamat Tengah Hari ! dan Salam Zohor :D


Syukur dan sangat bersyukur kerana aku masih lagi berkesempatan untuk hidup di muka bumi Allah ini dan juga berpeluang lagi untuk menaip blog dengan niat hanya ingin berkongsi ilmu yang tak seberapa. Alhamdulillah. Kurniaan daripada Yang Maha Esa sangat tidak dapat terhitung dan justeru itu kita semua harus bersyukur dan sentiasa berfikir untuk merancang strategi bagi membaiki kelemahan diri dan sentiasa jugak berdoa pada-Nya agar diberi magfirah serta kekuatan untuk sentiasa istiqomah pada jalan-Nya. Petunujuk daripada-Nya jugak sangat diperlukan untuk memandu diri yang tersangat lemah mencari arah yang sebenar-benarnya agar dapat kembali kepada-Nya dengan hati dan jiwa yang tenang serta berjaya.

Sekarang ni kat tempat aku sedang ada musibah alam seperti yang sering ditayangkan dalam berita beberapa hari ni. Jerebu. Mula-mula aku tak sedar yang sekarang ni betul-betul tengah berlaku jerebu kat tempat aku, aku ingatkan pakcik rumah bawah ni yang bakar sampah. Punyelah marah dengan mulut membebel masa tu. Yelah, pakcik bawah ni suka sangat bakar sampah. Kan dah kena hentam dengan aku. Kekekekeh. Sorry. Tapi bila akak aku cakap bukan asap bakar sampah tapi jerebu, aku dah terpinga-pinga. Biasalah baru bangun tidur masa tu. Orang tak sekolah memang camtu, bangun lambat. Lambat sikit je. Lagi satu bukan sebab ponteng sekolah tapi ada alasan peribadi. *hanya Allah tahu  Aku ingatkan jerebu kejap je macam biasa tapi sampai sekarang ni tak baik-baik lagi. Dah kena pakai mask pergi sekolah. Jadilah doktor sementara, KONONNYA lah kan doktor. Tapi lepas SPM nanti insya-Allah jadi doktor betul-betul yang diiktiraf. Aminn.

Menurut Al-Quran, jerebu adalah 10 tanda besar kiamat. Al-Quran ada memperuntukkan satu surah khas mengenai jerebu surah yang ke 44. Imam Muslim meriwayatkan dari Hudzaifah r.a.

          "Kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat 10 tanda. Lalu baginda menyebut antaranya jerebu."

[Muslim]

Kata Imam Nawawi dalam syarhannya, jerebu yang menandakan kiamat akan berlangsung selama 40 hari ia membawa kesan selsema dan sesak nafas kepada orang mukmin dan menimpakan musibah besar kepada kaum kuffar dan haiwan. (syarh Muslim oleh Nawawi jilid 18). Kita berdoa semoga jerebu yang melanda negara kita dan negara-negara lain yang terlibat akan cepat pulih. Aminn Ya Rabb.

Berbalik pada tajuk asal diatas setelah mukadimah panjang lebar sudah selesai dibebelkan, hari ni saya ingin kongsikan panduan-panduan untuk kita orang Islam berqiamullail. Jadi baik sikit guna saya, yelah, tajuknyee pon untuk melakukan amalan yang baik dan disukai Allah. Tak manis lah pulak guna aku-aku ni. Kononnya.  :) Semoga boleh membantu kita-kita yang hendak bangun berqiamullail semata-mata untuk menghinakan diri depan Allah SWT. Insya-Allah.

  • Bangun pagi, sapu muka dan berdoa.

  • Bersugi.

  • Antara solat sunat yang boleh dikerjakan seperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan ditutup dengan solat sunat witir.
                                 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
         "Solat yang paling baik dikerjakan selepas solat fardu ialah solat sunat tahajud pada waktu malam."

[Riwayat Muslim] 

                                  Allah SWT berfirman yang bermaksud :
         "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu . Semoga Allah membangkitkan dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak."

[Surah al-Isra' 17: 79]

  • Memperbanyakkan istigfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab berdoa.

  • Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.

  • Merintih dan menangis di hadapan Allah.

  • Sementara menunggu waktu Subuh, bolehlah diisi dengan membaca Al-Quran dan berzikir.

  • Amalan tidak semestinya perlu banyak, yang penting istiqamah !




























































Yaa Allah, jadikanlah aku cederung untuk 

melakukan ketaatan dan menjauhi

kemaksiatan.













Selamat berQiamullail,
Amira Azwa Amir.


Majalah Gen-Q



Friday, June 14, 2013

Kata-Kata Imam Syafie Tentang Kehidupan.



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan yang terpuji, Nabi Muhammad s.a.w dan para ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.

Salam Jumaat :)

Dengan masa yang semakin suntuk lebih kurang 4 bulan sebelum menghadapi satu peperiksaan penting dalam hidup seorang pelajar tingkatan 5, aku mencuri sikit masa untuk menulis blog dengan niat untuk berkongsi sikit ilmu. Tajuk telah ter-taip di atas dan izinkan saya untuk menyebarkan dan menghebah-hebahkan kata-kata yang penuh hikmah dan penuh manfaat daripada Tokoh Ilmuan terkenal dengan gelaran Bapa Ushul Fiqh.


Rasulullah SAW bersabda :

               "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, dia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."


Kata-kata mutiara Imam Syafie tentang kehidupan :


  • Belajarlah ilmu fiqh sebelum menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.

  • Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.

  • Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaan.

  • Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa yang hendak pada akhirat juga hendaklah dia mencari ilmu.

  • Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menutut ilmu semasa dalam kemiskinan.

  • Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpa berbuat demikian maka kehalusan ilmu akan hilang.

  • Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.

  • Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.

  • Bersahabat dengan orang yang tidak takut dengan keaiban akan mendapat malu di akhirat.

  • Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.

















































                        Ya Allah.... 
Bukakanlah jiwaku ini kepada perkara-perkara yang baik- baik sahaja. aminn 





Salam Jumaat,
Amira Azwa Amir.


Sumber Ilmiah, Majalah Gen-Q.




Saturday, June 08, 2013

Pediatrician !


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan yang terpuji Rasulullah SAW dan kepada ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda. Sebelum memulakan cerita panjang lebar lagi untuk entri ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah, ibu dan ayah kita sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Semoga kita digolongkan dalam kalangan orang-orang yang diberi keampunan Allah SWT. Aminn.

Tajuk kali ini, seperti yang ditunjukkan oleh kura² kecil yang sentiasa bergerak-gerak tu, merupakan tajuk yang sangat menarik bagi yang menyimpan cita-cita seperti aku lah. Yang tak sama cita-cita dengan aku tu, mungkin entri ni tak menarik bagi korang. Tapi takpe, tak kesah.






Pediatrik. Nama saintifik bagi para doktor yang pakar dalam merawat kanak². Senang cerita pediatrik ni ialah pakar kanak². Para pediatrik merawat kanak² dari sejak mereka bayi lagi sehinggalah mereka remaja berumur 18 tahun. Menurut sumber yang insya-Allah boleh dipercayai, nak jadi pediatrik mesti pakar bab-bab tulang sebab dalam wikipedia yang aku search kat google haritu dia kata aducation required : doctor of medicine and doctor of osteophatic medicine. Lepas tu aku search lagi kat google, nak dapat kepastian lah kan takut salah bagi infomartion pulak nanti. Aku search makna osteophatic tu. Keluar lah macam-macam yang mengarut. Aku bukak google translate lagi memang tak. Dia bagi makna sama jugak bile translate dalam bahasa melayu. Last-last aku jumpa jugak kat wikipedia. Dahlah bahasa inggeris, jenoh aku nak faham kan. Masa aku baca tu dia ada cakap tentang tendon² lah, ligament lah. Tu semua kan ada kena mengana dengan tulang.



Sebelum aku tetapkan cita² nak jadi pediatrik tu, aku ingatkan nak jadi doktor pakar mata sebab aku tertarik dengan pakar motivasi yang makin popular sekarang ni, Prof. Dr. Muhaya. Kan comel je kan bila kita pandang Dr. Muhaya tu. Tenang je muka Dr. Muhaya bila kita pandang, macam takde masalah je. Biasalah, orang yang taat pada Allah memang akan nampak tenang walaupon dalam masalah yang rumit.




Tokoh yang tetap menjadi idola dalam menggapai cita-cita



Tapi semakin lama aku dah kurang minat nak jadi doktor pakar mata. Tak tau kenapa. Satu hari tu, masa tengah belajar fizik, tiba-tiba je aku terus cakap kat kawan aku, apa nama saitifik doktor yang pakar dengan kanak-kanak? Dia tak tau lepas tu dia tanya aku asal? So, aku cakaplah yang aku nak tukar cita-cita aku.


Lepas dah habis kelas fizik, lepas tu ada subjek b.m. Lepas masa b.m rehat. Masa time rehat aku dengan kawan-kawan aku pergilah bilik kaunseling. Saje-saje lepak. Lepastu aku pergi ambek buku tentang maklumat kerjaya. Aku cari-cari pekerjaan yang aku minat tu sekali aku dapat tau yang nama khusus untuk doktor pakar kanak-kanak ni pediatrik. Teruja gila aku. Kekekehh. Jakonn.






Aku rasa aku suka bila tengok baby, kanak-kanak lagi-lagi kalau budak tu budak yang berpenyakit. Macam sindrom down ke autism ke. Rasa comel je bila tengok diorang. Lgai best bila kita tengok diorang senyum ketawa-ketawa disebabkan kita sendiri yang buat diorang gelak n gembira. Ya Allah, serius hati kita nanti rasa macam seronok sangat-sangat n tersentuh sampai boleh menangis tengok perangai diorang.




Mereka tak sempurna tapi istimewa !




Secara tak langsung kita akan berasa sangat bersyukur dengan rahmat dan kurniaan Allah atas pancaindera dan akal yang sempurna yang dianugerahkan-Nya pada kita. Yelah, diorang tak sempurna tapi istimewa ! tapi yang paling best, diorang yang kurang upaya dari sejak lahir atau pon sejak kecil sebelum sempurna akallagi, kalau meninggal memang dah sah-sah lah masuk syurga. Yelah kan takde buat salah apa-apa. Kalau buat pon, diorang mana tahu apa yang diorang buat. Untung-untung... So, kita yang sempurna lah sangat ni berbanding diorang tak payahlah nak rasa bangga dan mengutuk mencaci menghina diorang sepatutnya kita jeles sebab diorang ahli syurga dan dengan rahmat Allah diorang boleh terus je masuk syurga. Yang kita ni belum tentu lagi dapat masuk syurga. Tapi selagi nyawa dikandung badan selagi tulahh kita masih berpeluang bertaubat dan beramal ibadah pada Allah SWT sebanyak mungkin bagi menggapai Jannah Allah SWT. Insya-Allah, aminn !


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

               "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah SWT."

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Zaman sekarang ni doktor wanita sangat diperlukan. Lagipon Islam lebih menggalakkan umatnya membantu sesama manusia dan salah satu caranya ialah dengan menjadi doktor. Doktor merawat pesakit yang tak kira jantina, agama dan negara. Tapi doktor perempuan sekarang ni jarang nak dapat. Kalau nak ambil doktor perempuan pon mesti kena bayar lebih sikit kalau yang sepatutnya rawat kita tu doktor lelaki. Contohnya, kalau kita ada masalah peribadi yang yang melibatkan tempat-tempat sulit ke kan, takkan lah kita tak malu nak kasik doktor lelaki yang rawat? Mesti malu kan. Sudah nagara kita kekurangan doktor wanita, terpaksalah kita menyimenkan muka ni sebab kita akan dirawat oleh doktor lelaki. Kalau masalah demam panas je tuu takpelah jugak. Ni kalau kita ada masalah kat tempat-tempat sulit. Memang taklah kan. Tapi kalau dah terpaksa, insya-Allah takpe. Jangan main-main, ingat takde ke kes macam ni. Pesakit perempuan kena rawat dengan doktor lelaki. Lagi-lagi masa tengah bersalin. Memang kadang-kadang doktor lelaki lebih ramai yang ada kat wad bersalin berbanding dengan doktor wanita.










Dalam Islam, kerjaya sebagai seorang doktor ni tak kiralah pediatrik ke, dentist ke, semuanya dianggap fardhu kifayah. Imam Ghazali menganggap profesion perubatan sebagai fadhu kifayah. Satu tugas yang mesti dilakukab oleh sesetengah ahli di dalam satu-satu masyarakat. Amalan ini lazim dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas. Jika kesihatan terjejas, apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati.



Setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah kerana Allah SWT. Kalau kita dah niat kerana Allah, sudah semestinya kerja yang kita lakukan tu dikira ibadah kepada Allah.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn Al Kattahab r.a berkata,
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

        "Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya hanya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang dia inginkan."

[Hadis Riwayat oleh Bukhari dan Muslim]



Untuk SPM tahun ni, Insya-Allah aku akan buat sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang insya-Allah, walaupon baru sekarang ni aku buat revision serius-serius, tak macam dulu. Boleh lahh buat masa sekarang ni. Tengah usaha n didik diri ni yang pemalas sangat. Slow-slow tapi penuh fokus dan faham. Insya-Allah ! Doa-doakan lah yee.




Universiti menjadi pilihan untuk melanjutkan pelajaran






Salam Usaha,
Amira Azwa Amir.


Saturday, June 01, 2013

Yaa Allah....



Yaa Allah, jauhkan aku daripada kelekaan dan kealpaan sehingga terlupa menyebut nama-Mu.

Daripada Jabir r.a dia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

            "Jika ada seseorang yang memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah SWT pada saat memasukinya dan pada saat makan, maka syaitan akan berkata kepada rakan-rakannya : 'Tidak ada tempat menginap bagi kamu semua dan tidak ada juga makan malam untuk kamu semua.' Dan jika masuk rumah lalu dia tidak menyebut nama Allah SWT pada saat memasukinya, maka syaitan akan berkata : 'Kamu semua boleh menginap disini.' Dan jika tidak menyebut nama Allah pada saat makan juga maka syaitan akan berkata : 'Kamu semua boleh menginap dan juga dapat makan malam.'

[Riwayat Muslim]










sumber : Majalah GenQ




Hati Ini Milik Allah.



                             يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
                   "Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku didalam agamu-Mu."


Menururt satu hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, hati dinamakan 'qalb' kerana sifatnya yang cepat berubah. Hati jugak dianggap seperti bulu ayam tergantung di atas sebuah pokok, yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas. Rasulullah SAW turut mengatakan bahawa hati anak cucu Adam lebih cepat berubah daripada periuk yang berisi air yang mendidih. Daripada semua kenyataan yang kukuh ni, kita semua tahu yang hati setiap manusia akan terus berbolak balik. Itu memang lumrah dan fitrah hati sang manusia. 


Hati yang sentiasa berbolak balik melakarkan mood seseorang. Bila hatinya ceria gembira maka wajahnya akan sentiasa tersenyum dan tenang je bila orang lain pandang. Tapi bila hati tengah resah gelisah, tak tahu kenapa. So, muka kita pon akan jadi ketat semacam. Orang lain pon takut nak pandang. Orang selalu cakap hal macam ni disebabkan mood berubah-ubah. Biasalah tengah dalam proses memasuki alam remaja, katanya. Tapi sebenarnya yang mengubah-ubahkan mood kita ni ialah hati. Hati adalah Raja bagi tubuh badan kita.

Abu Hurairah melaporkan dalam sebuah hadis,

                   "Hati adalah umpama raja dan anggota adalah sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, maka pengawalnya tentu bertugas dengan baik. Apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik maka sudah tentu pengawalnya pun begitu juga."


Bila hati sudah menjadi raja, sudah tentu ia menjadi sasaran syaitan dan sekutunya untuk sentiasa berusaha gigih penuh jitu merosakkan raja tersebut. Bila si raja sudah dihapuskan maka rakyatnya menjadi huru hara dan sering melakukan kezaliman sesama sendiri. Sama jugak macam hati kita. Bila hati kita dah rosak dikerjakan syetan laknatullah, habislah tubuh badan kita melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

     Rasulullah  besabda yang bermaksud,
         
         "Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar." Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ?" Baginda menjawab, "Peperangan melawan hawa nafsu."

[Riwayat Al Baihaqi]



caligraphySebagai manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang kuasa luar biasa, kita kerap kali tewas dengan peperangan melawan nafsu yang semakin lama semakin meliar membelasah hati kita. Bila dah tewas, graf dosa pulak yang meningkat akhirnya. Kenyataannya, memang kita manusia yang terlalu lemah. Dan kerana itu jugak Allah bersifat As Samad yang menjadi tempat meminta dan bergantung oleh manusia. Allah itu Maha Melindungi. Tetapi perlu diingat, jihad melawan hawa nafsu itu wajib.


Hati yang berbolak balik jugak boleh mengubah niat kita yang ingin bertaubat pada Allah SWT. Jauh di sudut hati kita ni sebenarnya kita selalu cuba ubah diri kita yang mungkin semakin menjauh dari Allah, macam aku. Itu yang aku rasa. Yaa Allah... susah sangat nak ubah diri yang selalu membuat sikap lagho ni. Setiap hari aku akan selalu try niat untuk sembahyang awal tapi bila dah time masuk waktu tu penyakit malas tiba-tiba datang. Dan aku pon menangguh-nangguhkanlah sesi perjumpaan aku dengan Allah.  Aku ni memang taklah kan, kata nak berubah. Tapi sekarang ni aku tengah kawal nafsu malas aku ni sikit-sikit. Insya-Allah boleh.










Kalau dah habis sembahyang, rasa menyesal dalam diri ni memang melonjak-lonjak. Terpasanglah segala niat murni dan suci abadi. Contohnya, nak sentiasa berzikir ingat Allah, nak solat taubat, nak qada' solat-solat yang dulu ditinggalkan dan sebagainya. Bila berdoa tu, bersungguh-sungguh mintak maaf pada Allah, cakap taknak buat lagi tapi last-last bila dah bangun dari sejadah terus semua niat tu makin pudar dari hati. Dan lama kelamaan aku pon lupa nak buat semua yang aku niat tu. Terbukti hati kita memang macam bulu ayam yang tergantung kat atas pokok rambutan. Tapi salah aku jugak, siapa suruh ikot sangat nafsu tu. Nampak sangat iman aku ni memang hujung-hujung tanduk biri-biri. Bila ditiup terus terkulai rebah.


Sebab-sebab hati menjadi keras :

  • Banyak melalukan larangan Allah dan sering meninggalkan perintah-Nya.
  • Menjauhi diri dari ulama'.
  • Sering ketawa.
  • Mengambil makanan yang haram.

Penawar untuk hati yang keras macam batu belah batu bertangkup :

  • Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT sedalam-dalamnya.
  • Membaca al-Quran dan mendalami maknanya.
  • Mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan-amalan sunat.
  • Khusyuk dalam solat.
  • Memperbanyakkan zikir dan memohon ampun daripada Allah.
  • Melakukan amal kebajikan dan kebaikan hanya kerana-Nya.
  • Melakukan qimullail dan berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
  • Sentiasa melakukan muhasabah.
  • Memperuntukkan masa untuk Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
  • Sentiasa menziarahi kubur dan mengingati mati.
  • Memastikan sumber makan, pakaian dan lain-lain daripada sumber yang halal.
  • Duduk dan bergaul dengan para soleh daln para ulama'.












Sesungguhnya setiap apa yang ada di muka bumi ini adalah milik Allah. Allah jualah pemilik tunggal dan mutlak hati para hamba-Nya. Setiap apa yang kita perlukan semuanya bersumberkan daripada Allah. Tapi kita selalu je mintak pada manusia lain yang sama je sifatnya dengan kita. Yang ada kelemahan dan jugak kekurangan. Bila kita nak ketenangan atau pon perlindungan hanya perlu tadah tangan, tak pon cakap je dengan Allah dalam hati. Allah Maha Mendengar. Insya-Allah, Allah akan bantu. 











Kita jugak kenalah sentiasa yakin yang Allah akan melindungi kita. Tapi bila dah dalam keadaan jiwa resah gelisah dikerjakan syetan, memang taklah kita nak yakin pada Allah. Maksud aku bukan tak percaya Allah tapi kita susah nak rasakan ketenangan yang diberi Allah pada kita kala itu. Aku selalu kena macam tu. Si syetan-syetan ni memang suka sangat kacau hati aku. Ustazah ada cakap, syaitan kalau tak dapat goda kita dengan mengajak kita melakukan dosa terang-terang, dia akan kacau atau usik atau main aca-aca dengan kelemahan kita. Macam aku ni memang lemah kalau bab hati dan kepercayaan. Senang cakap aku ni senang dapat was-was syetan-syetan ngek tu. Sebab tu dia paling suka buat aku stress. Mulalah melalak sorang-sorang.











Hidup ini kalau takde ujian memang takde warna dan rencah dalam hidup kita. Susah senang kita kena ingat Allah itu Tuhan kita. Kalau kita lari daripada ujian Dia, pasti ke kita selamat dunia akhirat? Yaa Allah... kuatkan aku !



"Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

























Yaa Allah... berikan kami kekuatan. 
     Sesungguhnya inilah yang terbaik untuk kami dipandangan-Mu. 
                    Maka jadikanlah ianya juga yang terbaik dipandangan kami 
supaya kami senang dan berasa ringan menempuhinya.


Salam Jihad,
Amira Azwa Amir.