...

Sunday, May 19, 2013

Sabar Itu Perit Namun Hikmahnya Paling Terindah.



Bila kita pergi satu majlis kematian atau pon paling senang bila kita sendiri yang mengalami kematian orang tersayang atau pon kita sendiri yang sedang berduka, mesti kawan-kawan kita, cikgu-cikgu kita, jiran-jiran kita dan orang-orang lain akan cakap "sabar yee, ini ujian Allah. kamu mesti banyak bersabar.." atau pon "sabarlah, semua ni mesti ada hikmah..." tak pon kalau nak lebih menenangkan hati orang yang ditimpa musibah itu, diorang akan cakap "Allah bagi ujian ni kat kamu sebab Allah tahu kamu kuat. Allah sentiasa bersama orang yang sabar, ok."

Kat dunia ni mana ada orang yang tak ditimpa masalah. Mana ada manusia kat dunia ni yang selalu bahagia dan tenang je hidup dia. Bila kita ingat balik sirah-sirah Rasulullah SAW, baginda pon selalu sangat ditimpa kesusahan. Lebih payah daripada kita yang manusia biasa ni dipandangan Allah. Allah ciptakan dunia ada sebab. Allah ciptakan akhirat pon ada sebab. Dan setiap perjalanan kita kat dunia mesti ada banyak halangan dan liku-liku berduri untuk kita sampai ke akhirat dengan tujuan yang suci dalam keadaan yang diredhai Allah SWT. Aku selalu ingat ustazah cakap, "Mana ada orang yang takde masalah. Saya sendiri ni pon ada masalah." Kata-kata ustazah ni membuatkan aku sentiasa berfikir yang hidup ni memang selalu akan diuji. Tak kiralah orang tu alim mana, jahil mana sekalipon memang akan diuji. Memang tak boleh lari daripada ujian dan masalah.





Kadang-kadang aku terfikir, mulut orang atau mulut kita sendiri memang senang nak ucapkan kata sabar tu pada orang yang tengah susah tapi sebenarnya nak lalui perkara perit tulaahh hanya orang yang ditimpa musibah tu jelah yang tahu sakitnya. Jika orang beriman, dia akan sentiasa bergantung dan percaya janji  Allah walaupon hati dia sedang berduka menangis meratapi nasib yang melanda diri kala itu.

Rasulullah SAW bersabda,


" إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط "

   Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala' yang menimpa. Dan 
   sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. 
   Oleh sebab itu barangsiapa yang  redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh  
   keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak  maka padanya kemurkaan Allah.

  [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakan sebagai hasan dalam Sahih dan Dhai'if Sunan al-Tirmidzi.]


Masa kecik-kecik dulu, aku selalu tertanya-tanya, kenapa orang Islam kena takut Allah? Padahal aku tak rasa apa-apa pon. Bila ada orang tanya aku takut Allah ke tak. Aku just cakap takot sebab aku tahu memang orang Islam takut dengan Allah. Kalau aku cakap tak karang diorang cakap aku ni jahat sebab tak takut Allah. Time tu aku dah mula rasa yang aku ni kurang ajorr gila sebab tak rasa takut dengan Allah. Dan time tu jugak aku mula cuba rasakan dalam hati ni untuk takut dengan Allah. Malangnya tak berjaya dan aku pon buat dekk jelah dengan perkara tu. Yelah, dah tak takut. Nak buat macam mana kan. Dah paksa takut pon tak boleh. Memang parah lahh. Tapi... tu time aku kecik-kecik dulu. 


saya nak solat sebab saya takut pada Allah SWT



Bila dah semakin besar, dah baligh, kematangan semakin bercambah dalam diri ini. Dengan pelbagai masalah , dugaan dan ujian yang aku tempuh, aku baru tahu kenapa umat Islam terutamnya orang beriman selalu takut dengan Allah dan ada yang sentiasa menangis sebab takut gila-gila pada Allah SWT. Perasaan takut kan Allah aku sendiri rasa dan memang sangat takut. Kita sebenarnya tak takut Allah tapi takut dengan balasan Allah. Tu kenyataan yang tersirat yang orang bukan Islam kurang faham. Disebalik rasa takut tu aku jugak kadang-kadang tak menghiraukan perasaan tu dan terus melakukan dosa. Tu memang namanya manusia. Tu lagi kurang ajorr daripada masa kecik-kecik dulu sebab tak takot Allah. ayat bebelit.


Semakin lama, bila banyak sangat ujian dahsyat yang Allah bagi kat aku semakin aku tahu banyak hal tentang agama. Dan semakin banyak aku rasa dengan apa yang aku tak rasa selama ni. Masa kecik-kecik aku paling tak suka mengaji. Siap sampai satu hari tu aku kena marah dengan ayah aku sebab taknak pergi mengaji. Amek kau. Menangis-nangis tepi tingkap aku mase tu. Hahah. Aku pernah tipu ibu, cakap Makcik yang ajar aku ngaji tu takde. Padahal makcik tu siap telefon ibu aku kenapa aku tak datang ngaji. Memang kantoi masa tu. Plan tak strategik. Biasalah, budak kecik mana ada pemikiran yang cerdik untuk menipu. Hohohoho 



kalam Allah SWT

Tapi sekarang ni aku baru rasa yang mengaji tu memang sangat menyeronokkan. Kadang-kadang pon ada ter-skip mengaji jugak. Hihihi. Tapi seronok-seronok pon takdelah sampai tajwid pon langgar. Aku tak macam tu. Aku ikut tajwid. Nasib baiklah aku ada ibu yang sentiasa pakar bab tajwid ni. Ibu selalu pergi kelas mengaji dan aku rasa ibu buat macam tu sebab ibu nak anak-anak dia pandai mengaji. Beruntung kami berempat. :)



                                                  ayah tibe-tibe je beriye. Hahah :D








Manusia bila dah ditimpa susah mula menjadi lemah, stress, putus asa, dan mulalah menjadi tidak tentu arah. Putus harapan dengan rahmat Allah. Allah ada berfirman,







   "Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Alaah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[Surah Az-Zumar, ayat 53]

Ramai yang kadang-kadang terlepas pandang dengan ayat Allah ni. Ada jugak yang dah tahu tapi meragukan  janji Allah ni. Bila syaitan sudah datangkan was-was memang susah hati nak tenang. Aku selalu terkena was-was syaitan laknatullah ni. Bila dah banyak buat dosa, mulalah rasa Allah dah tak sayang, Allah dah taknak dengar doa-doa aku. Tu yang selalu buat jiwa stress. Syaitan memang kurang ajorr. Tak puas hati je memanjang. Tapi kita ikut jugak si syetan-syetan tu. Ya.aku pon terikut jugak syetan-syetan tuu kadang-kadang

Banyak cara nak pujuk hati kita ni supaya redha dengan dugaan Allah. Salah satunya, kita mesti ajar hati kita  untuk sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai apa jua dugaan kerana otak kita dah simpan memori bahawa selagi kita hidup kita akan sentiasa diuji. Selain tu jugak kita perlu berubah daripada tak baik jadi baik. Daripada sudah baik menjadi lebih baik. Mula berubah dengan perlahan-lahan. Sesetengah orang memang susah nak berubah mendadak. Insya-Allah, Allah faham. Lepas tu kita kena paksa diri, ubah diri ni yang hanya pandai tahu cakap tapi tak buat. Ubah niat kerana Allah. Orang yang nak berubah kerana Allah semata-mata nanti Allah akan hadirkan orang yang baik-baik je dekat dengan dia. Lepas tu kita kena kuat pada matlamat yang kita nak berubah !!! Taknak lagi tinggal solat ! Taknak lagi abaikan waktu solat !! Taknak lagi remehkan solat !!! Mintak petunjuk Allah dan yang pasti jangan pernah berhenti berdoa walaupun hanya berdoa
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّر
Insya-Allah, Allah akan bantu kita. Yeahh !










A006 A005  A004
                                                                                                                                                       
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu. kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

[Al-Insyirah, ayat 4-6]























Entri ni ditulis untuk berkongsi suka duka yang aku alami dalam hidup. Memang takde manusia yang sempurna macam Rasulullah zaman ni yang boleh memberi nasihat kepada manusia lain. Kalau nak tunggu ada manusia yang sempurna  bagi nasihat dan berkongsi ilmu dengan kita memang sampai bila-bila kita tidak akan bergerak daripada kejahilan hidup. Aku pon banyak buat dosa, banyak buat salah dan sedang dalam proses membaiki hati dan jiwa yang telah hancur lupus dikerjakan syaitan. Tapi ingat kata Nabi SAW

Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash ,

             "Sampaikanlah dariku walaupun hanya sepotong ayat."

[ Riwayat Al-Bukhari]








Kita memang tak pernah lari dari dosa. Tapi semua tu tak menjadi penghalang kita untuk menyampaikan ilmu agama walaupun ilmu itu tidak seberapa.Yang paling penting, kita sendiri kena sedikit demi sedikit berubah dan cuba paksa diri kita untuk patuh pada arahan Allah dan tinggalkan apa yang Allah tak suka. Kadang-kadang sesusatu yang pada mulanya dibuat hanya kerana terpaksa lama kelamaan hati sendiri akan ikhlas melakukannya kerana Allah. Insya-Allah. Kita doakan yang terbaik untuk sesama kita sebab orang yang mendoakan perkara baik untuk saudaranya tanpa saudaranya ketahui maka malaikat akan mendoakan perkara yang sama untuknya. Insya-Allah, aminn.




Senyumlah 
walau kehilangan sesuatu yang amat kamu sayang
 kerana akhirnya kamu akan sedar
 betapa Allah  mencintaimu lebih daripada apa yang engkau perlukan. 



Salam Maghfirah,
Amira Azwa Amir.







7 comments:

miLa saim said...

waa..suke bace entry ni..nice! :)

nura_mirazwa said...

terima kasih ! faham ke ? sorry kadang2 ayat bebelit sikit. hehe :D

Hami Alwi said...

Biasa laaaa terbaikk

Hami Alwi said...

Biasa laaaa terbaikk

nura_mirazwa said...

In shaa Allah. Terima kasih 😊

nura_mirazwa said...

In shaa Allah. Terima kasih 😊

Anonymous said...

terima kasih atas segala nasihat.