...

Saturday, June 01, 2013

Hati Ini Milik Allah.



                             يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
                   "Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku didalam agamu-Mu."


Menururt satu hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, hati dinamakan 'qalb' kerana sifatnya yang cepat berubah. Hati jugak dianggap seperti bulu ayam tergantung di atas sebuah pokok, yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas. Rasulullah SAW turut mengatakan bahawa hati anak cucu Adam lebih cepat berubah daripada periuk yang berisi air yang mendidih. Daripada semua kenyataan yang kukuh ni, kita semua tahu yang hati setiap manusia akan terus berbolak balik. Itu memang lumrah dan fitrah hati sang manusia. 


Hati yang sentiasa berbolak balik melakarkan mood seseorang. Bila hatinya ceria gembira maka wajahnya akan sentiasa tersenyum dan tenang je bila orang lain pandang. Tapi bila hati tengah resah gelisah, tak tahu kenapa. So, muka kita pon akan jadi ketat semacam. Orang lain pon takut nak pandang. Orang selalu cakap hal macam ni disebabkan mood berubah-ubah. Biasalah tengah dalam proses memasuki alam remaja, katanya. Tapi sebenarnya yang mengubah-ubahkan mood kita ni ialah hati. Hati adalah Raja bagi tubuh badan kita.

Abu Hurairah melaporkan dalam sebuah hadis,

                   "Hati adalah umpama raja dan anggota adalah sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, maka pengawalnya tentu bertugas dengan baik. Apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik maka sudah tentu pengawalnya pun begitu juga."


Bila hati sudah menjadi raja, sudah tentu ia menjadi sasaran syaitan dan sekutunya untuk sentiasa berusaha gigih penuh jitu merosakkan raja tersebut. Bila si raja sudah dihapuskan maka rakyatnya menjadi huru hara dan sering melakukan kezaliman sesama sendiri. Sama jugak macam hati kita. Bila hati kita dah rosak dikerjakan syetan laknatullah, habislah tubuh badan kita melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

     Rasulullah  besabda yang bermaksud,
         
         "Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar." Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ?" Baginda menjawab, "Peperangan melawan hawa nafsu."

[Riwayat Al Baihaqi]



caligraphySebagai manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang kuasa luar biasa, kita kerap kali tewas dengan peperangan melawan nafsu yang semakin lama semakin meliar membelasah hati kita. Bila dah tewas, graf dosa pulak yang meningkat akhirnya. Kenyataannya, memang kita manusia yang terlalu lemah. Dan kerana itu jugak Allah bersifat As Samad yang menjadi tempat meminta dan bergantung oleh manusia. Allah itu Maha Melindungi. Tetapi perlu diingat, jihad melawan hawa nafsu itu wajib.


Hati yang berbolak balik jugak boleh mengubah niat kita yang ingin bertaubat pada Allah SWT. Jauh di sudut hati kita ni sebenarnya kita selalu cuba ubah diri kita yang mungkin semakin menjauh dari Allah, macam aku. Itu yang aku rasa. Yaa Allah... susah sangat nak ubah diri yang selalu membuat sikap lagho ni. Setiap hari aku akan selalu try niat untuk sembahyang awal tapi bila dah time masuk waktu tu penyakit malas tiba-tiba datang. Dan aku pon menangguh-nangguhkanlah sesi perjumpaan aku dengan Allah.  Aku ni memang taklah kan, kata nak berubah. Tapi sekarang ni aku tengah kawal nafsu malas aku ni sikit-sikit. Insya-Allah boleh.










Kalau dah habis sembahyang, rasa menyesal dalam diri ni memang melonjak-lonjak. Terpasanglah segala niat murni dan suci abadi. Contohnya, nak sentiasa berzikir ingat Allah, nak solat taubat, nak qada' solat-solat yang dulu ditinggalkan dan sebagainya. Bila berdoa tu, bersungguh-sungguh mintak maaf pada Allah, cakap taknak buat lagi tapi last-last bila dah bangun dari sejadah terus semua niat tu makin pudar dari hati. Dan lama kelamaan aku pon lupa nak buat semua yang aku niat tu. Terbukti hati kita memang macam bulu ayam yang tergantung kat atas pokok rambutan. Tapi salah aku jugak, siapa suruh ikot sangat nafsu tu. Nampak sangat iman aku ni memang hujung-hujung tanduk biri-biri. Bila ditiup terus terkulai rebah.


Sebab-sebab hati menjadi keras :

  • Banyak melalukan larangan Allah dan sering meninggalkan perintah-Nya.
  • Menjauhi diri dari ulama'.
  • Sering ketawa.
  • Mengambil makanan yang haram.

Penawar untuk hati yang keras macam batu belah batu bertangkup :

  • Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT sedalam-dalamnya.
  • Membaca al-Quran dan mendalami maknanya.
  • Mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan-amalan sunat.
  • Khusyuk dalam solat.
  • Memperbanyakkan zikir dan memohon ampun daripada Allah.
  • Melakukan amal kebajikan dan kebaikan hanya kerana-Nya.
  • Melakukan qimullail dan berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
  • Sentiasa melakukan muhasabah.
  • Memperuntukkan masa untuk Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
  • Sentiasa menziarahi kubur dan mengingati mati.
  • Memastikan sumber makan, pakaian dan lain-lain daripada sumber yang halal.
  • Duduk dan bergaul dengan para soleh daln para ulama'.












Sesungguhnya setiap apa yang ada di muka bumi ini adalah milik Allah. Allah jualah pemilik tunggal dan mutlak hati para hamba-Nya. Setiap apa yang kita perlukan semuanya bersumberkan daripada Allah. Tapi kita selalu je mintak pada manusia lain yang sama je sifatnya dengan kita. Yang ada kelemahan dan jugak kekurangan. Bila kita nak ketenangan atau pon perlindungan hanya perlu tadah tangan, tak pon cakap je dengan Allah dalam hati. Allah Maha Mendengar. Insya-Allah, Allah akan bantu. 











Kita jugak kenalah sentiasa yakin yang Allah akan melindungi kita. Tapi bila dah dalam keadaan jiwa resah gelisah dikerjakan syetan, memang taklah kita nak yakin pada Allah. Maksud aku bukan tak percaya Allah tapi kita susah nak rasakan ketenangan yang diberi Allah pada kita kala itu. Aku selalu kena macam tu. Si syetan-syetan ni memang suka sangat kacau hati aku. Ustazah ada cakap, syaitan kalau tak dapat goda kita dengan mengajak kita melakukan dosa terang-terang, dia akan kacau atau usik atau main aca-aca dengan kelemahan kita. Macam aku ni memang lemah kalau bab hati dan kepercayaan. Senang cakap aku ni senang dapat was-was syetan-syetan ngek tu. Sebab tu dia paling suka buat aku stress. Mulalah melalak sorang-sorang.











Hidup ini kalau takde ujian memang takde warna dan rencah dalam hidup kita. Susah senang kita kena ingat Allah itu Tuhan kita. Kalau kita lari daripada ujian Dia, pasti ke kita selamat dunia akhirat? Yaa Allah... kuatkan aku !



"Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

























Yaa Allah... berikan kami kekuatan. 
     Sesungguhnya inilah yang terbaik untuk kami dipandangan-Mu. 
                    Maka jadikanlah ianya juga yang terbaik dipandangan kami 
supaya kami senang dan berasa ringan menempuhinya.


Salam Jihad,
Amira Azwa Amir.


9 comments:

Gucciey Lavender said...

hyee . assalamualaikum awak :')

nice entri . seronok membacanya . alhamdulillah :)

Gucciey Lavender said...

hyee . assalamualaikum awak :')

nice entri . seronok membacanya . alhamdulillah :)

Gucciey Lavender said...

hyee . assalamualaikum awak :')

nice entri . seronok membacanya . alhamdulillah :)

nura_mirazwa said...

waalaikumussalam. trime kasih banyak2 ! :D

Anonymous said...

terime kasih....saya mengalami masalah yang sama...

nura_mirazwa said...

:)

Najwaa Frahann said...

Assalamualaikum , please update lagi :(((

nura_mirazwa said...
This comment has been removed by the author.
nura_mirazwa said...

Waalaikumussalam. :D lama sangat dah x update blog 2 tahun dah hahah terima kasih sudi membaca dan memberi semangat untuk update blog balik :)