...

Friday, May 24, 2013

Senyum, Meluntur Ego Yang Menggunung ?


Setiap senyuman yang terukir dibibir seseorang sudah cukup membuatkan hati orang yang melihatnya gembira dan senang untuk bergaul mesra dengannya. Senyuman jugak kadangkala boleh menenangkan sedikit hati orang yang sedang ditimpa kesusahan. Orang yang sangat murah dengan senyuman selalu dianggap orang yang peramah, baik hati, senang diajak bersosial dan sekutu dengannya. Tapi ! Boleh ke kita menilai seorang tu berdasarkan sikap dia yang suka sangat senyum kat orang lain? Contohnya, kalau si Faqiah suka senyum kat orang kita anggap dia baik. Tapi, kalau si Azuwa ni memang jenis tak suka senyum lah kan, boleh ke kita terus direct cakap dia sombong belagak? Padahal kita tak tahu yang hati Azuwa ni lebih baik daripada Faqiah ? Haha. Contoh nama tak boleh belahh


Allah SWT jadikan setiap orang itu berbeza-beza perangai dan sikapnya. Ada yang macam ni, ada yang macam tu, ada yang camgini, ada yang camgitu. Mana ada semua manusia tu sama kecuali memang dah takdir Allah. Nak buat macam mane kan.  Hehe :D


Qutaibah telah menceritakan kepada kami Ibnu Lahi'ah dari 'Ubaidullah bin Al Mughirah dari Abdullah bin Harits bin Jaz'i dia berkata,

        "Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyumannya selain Rasulullah SAW"

[Hadis Riwayat Tirmidzi]


Hadith kat atas tu menganjurkan kita untuk sentiasa tersenyum dan senyum walau ape pon yang kita hadapi dalam hidup ini. Rasulullah SAW sentiasa menggalakan kita utuk ringankan bibir ni senyum bila kita bersama atau berjumpa dengan saudara kita. Tak kiralah jumpa kawan ke, cikgu-cikgu ke, ahli keluarga, pakcik kebun sekolah, makcik tukang basuh tandas sekolah, orang-orang awam yang lain, maklong kantin dan lain-lain. Yang maklong kantin tuu hanya ada kat sekolah aku je. Tapi kalau makcik kantin korang bukan nama maklong pon kena senyum jugak sebab tu kan saudara sesama Islam kita. Kalau taknak senyum, takpe. Suka hati. Tapi jangan pulak muka tu masam mencuka tambah asid hydrochloric. Kimia tibe tibe


Hekelehmek..! Aku ni cakap je orang suruh senyum bagai tapi aku sendiri yang hampeh susah nak senyum. Nilah yang dinamakan beriye-yek-yek. Hohohoh. Takdelah, aku taip entri ni sebab saje-saje. Nak kongsikan tentang perangai aku sejak azali lagi dijadikan Allah malas senyum. Tapikan, aku sebenarnya bukan nye tak nak senyum langsung. Masam memanjang, muka teging gila. Haha. Aku ada jugak senyum kat orang takdelah sampai tak pernah langsung. Gila macam tu jadinya. Kadang-kadang ada faktor tertentu yang membuatkan aku susah sikit nak memperbanyakkan senyuman dikhalayak ramai. Ceh ! Ayat macam semua orang kempunan sangat dengan senyuman aku ni kan. Kekekeh. Perasan. Tapi ada jugak orang bila jumpa dengan aku nanti dia cakap, "Azwa, senyum." , "Eh, cube senyum sikit." Yang lagi kurang ajorr, dia cakap "woi, senyum woii. tak payah nak teging sangat muka tu." Haah... perkataan tu selalunya akan diucapkan oleh dua kawan aku yang galak dan tersangat poyo iaitu Faqihah dan Intan. Ada jugak kadang-kadang si Faqihah ni guna bahasa isyarat. Face language gitulah. Buat lukisan separa bulat kat muka. Faham-faham jelah maksud separa bulat tu apa. Teruk sangat ke muka tu kalau tak senyum ?



                                                                      


Nak kata teruk muka tu kalau tak senyum memang lah teruk. Tapi sekarang ni ada ke aku kesah muka aku teruk bila tak senyum? Hehe. Cakap macam takde perasaan je. Kurang ajorr gila aku. Haha.


Dari Abu Dzarr ra berkata, Rasulullah saw bersabda,

                "Senyummu kepada saudaramu merupakan sedekah. Engkau memerintahkan yang ma'ruf dan melarang dari kemungkaran juga dianggap sedekah, engkau menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga sedekah, engkau menuntun orang yang penglihatan kabur juga sedekah, menyingkirkan batu, duri, dan tulang dari jalan merupakan sedekah dan engkau menuang air dari emberu ke ember saudaramu juga sedekah."

[Hadis Riwayat Tirmidzi]


Rasulullah SAW seorang insan dan kekasih Allah yang sangat baik akhlaknya. Semua orang kat dunia ni malah di alam ghaib pon dah tahu tentang perkara tu. Akhlak dan peribadi baginda memang terlalu sangat mulia dan baginda lah merupakan sebaik-baik manusia yang diciptakan Allah SWT. Kalau nak diceritakan semua sikap mulia Rasulullah memang takkan pernah habis. Yelah, dah nama pon kekasih Allah, Habibullah. Memang terrrlalu mulia akhlaknya. Sayang sangat kita tak pernah jumpa Rasulullah. Takpe, mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Kita berdoalah semoga Allah izinkan kita untuk bersama baginda di syurga Firdaus-Nya di akhirat nanti. Insya-Allah. Aminn.

Baginda Rasulullah SAW insan yang suka sangat senyum kat orang. Bila baginda bertemu sahabat, baginda yang akan mulakan dulu memberi salam, menghulurkan tangan untuk berjambat dengan para sahabat serta mukanya sentiasa ceria dan tersenyum penuh ikhlas dan mesra kepada saudara-saudaranya. Sampaikan ada orang kafir yang memeluk Islam disebabkan terpikat dengan sikap Rasullah yang sangat mulia ini.

Al-Husein Radiallahu'anhu, cucu Rasulullah SAW menuturkan keluhuran budi pekerti beliau. Dia berkata,

               "Aku bertanya tentang adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang bergaul dengan beliau. Ayahku menuturkan, baginda SAW sntiasa tersenyum, berbudi pekerti lagi rendah hati, beliau bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa sahaja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas."

[Hadis Riwayat At-Tirmidzi]









Senyuman yang diukir penuh keikhlasan mampu menambat hati orang yang melihatnya untuk berfikiran positif terhadapnya. Bila aku fikir-fikir balik setiap teguran yang diorang selalu bagi kat aku tu aku rasa aku perlu ubah balik sikap aku ni. Memang tak dinafikan yang aku ni memang selalu berkerut dahi kalau aku tengah berjalan depan orang ramai. Haha. Terasa galak pulak bila fikirkan balik. Poyo gila nak buat muka serius. Hohoho. Aku pon tak tahu kenapa aku suka sangat buat muka macam tu. Dah biasa lepas tu dah tak boleh nak ubah. Lagi-lagi kalau lelaki ada, hahh! Memang tak lah muka aku memang serius gila. Haha. Tapi tu dulu. Sekarang ni aku try ubah sikit demi sikit perangai pelik aku tu. Hehe :D

Aku ni memang susah sikit nak bercakap dengan lelaki apatah lagi bergaul dengan lelaki. Memang taklah kan. Tapi sekarang ni aku tengah try lah kan nak biasakan diri cakap, bergaul dan boleh bekerjasama dengan lelaki. Maksud bergaul dengan lelaki dalam hal ni bukanlah bergaul sampai tak ikut limit antara lelaki dan perempuan.


A030






Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.

[Surah Annur, ayat 30]



وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ 


 مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ 


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka"

[Surah Annur, ayat 31]








Bila dah duduk kelas pertama mestilah perasaan bangga tu ada dalam diri kita kan. Nak tak nak memang perasaan tu ada tanpa kita sendiri kadang-kadang tak dapat nak kawal. Bila beratur kat perhimpunan, semua orang akan tahu barisan hujung sekali tu budak-budak kelas 5 sains 1. Kadang-kadang ada budak yang tak puas hati dengan kitorang sebab diorang ingat kitorang pandai lepas tu sombong dengan diorang. Bagi aku yang diorang-diorang tu nak cakap kitorang belagak mungkin sebab muka kitorang kot yang nampak macam belagak dan ditambahkan lagi sikap kitorang yang tak 'berkembang'. Faham kan maksud 'berkembang' tu apa. Kitorang memang jarang sangat bertegur dengan budak kelas lain bukan disebabkan kitorang sombong tapi aku rasa budak kelas aku dan termasuk aku sekali memang perangainya camgitu. Bukan nak belagak. Tapi serius kitorang tak pernah pilih kawan. Kalau ada budak lain tegur memang kitorang akan layan. Senang cerita kitorang ni pasif. Hahh.








Bila dah ada perasaan ujub atau dah rasa diri ni lebih pandai atau lebih cantik atau lebih kaya atau lebih popular, kita kena cepat-cepat buang perasaan tu sebab perasaan sombong dan belagak tu sikap syaitan dan boleh merosakkan amal ibadah kita. Al-Quran ada cakap,


A018

        "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia,
         dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak 
        suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri."

[Surah Luqman, ayat 18]


A008

"Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya, oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

[Surah Al Jaathiyah, ayat 8]



Memang susah nak buang perasaan bangga dan ujub dalam hati ni tapi ustazah aku cakap kalau perasaan tu datang cepat-cepat lah kita buang dan fikir benda lain supaya kita lupa dengan perasaan tu. Ikut pendapat aku, kalau nak buang perasaan belagak, bangga dan ujub ni salah satu caranya ialah dengan sentiasa tersenyum dengan sesiapa saje tanpa kita tengok status dia. Orang tu kaya ke, miskin ke, pandai ke, tak pandai ke, cantik ke, hensem ke, tak cantik ke, cantik ke, semuanya kita patut senyum dan bermanis muka. Hehe. Kadang-kadang aku pilih orang jugak. Kalau aku tahu orang ni cepat perasan bila aku senyum dekat dia, aku terus tak senyum, nanti dia perasan aku suka kat dia. Aku memang suka fikir benda bukan-bukan. Tapi pernah terjadi kat kawan aku, mase tu dia tengah angkat meja nak bawak naik kelas. Lepas tu ada sorang laki dari pakistan ni tolong dia. Biasa lah sekolah aku kan sekolah antarabangsa, semua orang luar negara sekolah situ. :D Lepas dah sampai kat kelas tu, si kawan aku ni boleh tersenyum-senyum manja pulak kat mamat pakistan tu cakap terima kasih. Perangai dia memang macam tu. Memang tak lah kan, laki tu pon dah cair dengan dia dan terus jatuh cinta seterusnya meminta couple dengan kawan perempuan aku ni melalui kawan sekelas kitorang. Haha. Dah macam masuk meminang pulak. Hohoho. Geli aku.


Rupa-rupanya kalau senyum lebih-lebih pon bahaya jugak. So, sebelum nak senyum tu fikir-fikir lah dulu macam mana respon atau anggapan orang yang kita senyum tu. Kalau tak nanti jadi macam kawan aku tu. Haha. Siapa nak anak ala pakistan boleh lah buat macam tu. Haha geli gila.


Beberapa khasiat senyum dalam Islam :

  • Senyum dapat membaiki hubungan baik antara manusia dengan Tuhan. Orang yang menjaga hubungan dengan sesama manusia bererti menyambung silaturahim dan Allah menjaga hubungan dengan hamba-Nya yang menyambungkan tali silaturahim itu.

  • Senyum dapat menambah daya tarikan seseorang. Orang yang tersenyum tampak mempunyai karisma tersendiri dan lebih ramah.

  • Senyum dapat menjaga dan memulihkan kesihatan seseorang. Tentu saje orang yang murah dengan senyum akan jauh dari stress, jantungnya berdetak normal dan peredaran darahnya jugak mengalir baik.

  • Senyum dapat memadam kemarahan. Senyuman seseorang dapat meluluhkan emosi orang yang tengah marah. 














Sebuah senyuman yang dilukis dibibr sudah memadai dijadikan permulaan untuk jalinan ukhuwah yang murni sesama manusia. Tidak kira dengan orang Islam atau bukan Islam. Allah SWT sentiasa merahmati setiap ikatan baik yang dijalinkan. Allahurahman Allahurahim. Bila kita senyum kerana Allah pasti hati kita tenang dan mengajar kita menjadi orang yang lebih sabar dan sentiasa rendah diri bila berada di khalayak ramai. Bila kita senyum jugak secara tidak langsung kita telah ikut sunnah Nabi Muhammad SAW yang terlalu suka sangat senyum. Mesti comel gila baginda senyum ! Alalalah  :)


Menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka yang masam mebuat orang curiga kepadanya. Kita tengok tokoh Islam yang beranai dan gagah pulak, Saidina Umar alKhattab. Walaupun beliau seorang yang selalu digeruni oleh orang ramai ketika zaman nabi, walaupun beliau seorang khalifah yang berwibawa. Namun pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum dan berseri-seri. Tidak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah yang paling murah tetapi paling besar pahalanya.
























Hanya dengan senyuman akaun pahal kita berganda-ganda ditambah Allah SWT. Insya-Allah aminn. Dengan senyuman jugak boleh mengubah persepsi kita pada orang yang berstatus tinggi. Jelas lah disini, senyuman boleh meluntur ego yang memuncak tinggi bak gunung Everest dalam diri kita. Setiap perkataan dalam entri ni adalah mengikut pendapat aku. Kalau ada yang silap, kemaafan dipinta zahir dan batin. Dah macam hari raya sudah. Akhir kata, semoga entri ni berguna untuk kita. dan berguna jugak untuk aku. Insya-Allah. Jangan lupa senyum selalu. Yeahh !


















                           









Your smile look so adorable on you !
You shoul wear it more often.


Senyum Lillahita'ala,
Amira Azwa Amir.









Sunday, May 19, 2013

Sabar Itu Perit Namun Hikmahnya Paling Terindah.



Bila kita pergi satu majlis kematian atau pon paling senang bila kita sendiri yang mengalami kematian orang tersayang atau pon kita sendiri yang sedang berduka, mesti kawan-kawan kita, cikgu-cikgu kita, jiran-jiran kita dan orang-orang lain akan cakap "sabar yee, ini ujian Allah. kamu mesti banyak bersabar.." atau pon "sabarlah, semua ni mesti ada hikmah..." tak pon kalau nak lebih menenangkan hati orang yang ditimpa musibah itu, diorang akan cakap "Allah bagi ujian ni kat kamu sebab Allah tahu kamu kuat. Allah sentiasa bersama orang yang sabar, ok."

Kat dunia ni mana ada orang yang tak ditimpa masalah. Mana ada manusia kat dunia ni yang selalu bahagia dan tenang je hidup dia. Bila kita ingat balik sirah-sirah Rasulullah SAW, baginda pon selalu sangat ditimpa kesusahan. Lebih payah daripada kita yang manusia biasa ni dipandangan Allah. Allah ciptakan dunia ada sebab. Allah ciptakan akhirat pon ada sebab. Dan setiap perjalanan kita kat dunia mesti ada banyak halangan dan liku-liku berduri untuk kita sampai ke akhirat dengan tujuan yang suci dalam keadaan yang diredhai Allah SWT. Aku selalu ingat ustazah cakap, "Mana ada orang yang takde masalah. Saya sendiri ni pon ada masalah." Kata-kata ustazah ni membuatkan aku sentiasa berfikir yang hidup ni memang selalu akan diuji. Tak kiralah orang tu alim mana, jahil mana sekalipon memang akan diuji. Memang tak boleh lari daripada ujian dan masalah.





Kadang-kadang aku terfikir, mulut orang atau mulut kita sendiri memang senang nak ucapkan kata sabar tu pada orang yang tengah susah tapi sebenarnya nak lalui perkara perit tulaahh hanya orang yang ditimpa musibah tu jelah yang tahu sakitnya. Jika orang beriman, dia akan sentiasa bergantung dan percaya janji  Allah walaupon hati dia sedang berduka menangis meratapi nasib yang melanda diri kala itu.

Rasulullah SAW bersabda,


" إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط "

   Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala' yang menimpa. Dan 
   sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. 
   Oleh sebab itu barangsiapa yang  redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh  
   keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak  maka padanya kemurkaan Allah.

  [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakan sebagai hasan dalam Sahih dan Dhai'if Sunan al-Tirmidzi.]


Masa kecik-kecik dulu, aku selalu tertanya-tanya, kenapa orang Islam kena takut Allah? Padahal aku tak rasa apa-apa pon. Bila ada orang tanya aku takut Allah ke tak. Aku just cakap takot sebab aku tahu memang orang Islam takut dengan Allah. Kalau aku cakap tak karang diorang cakap aku ni jahat sebab tak takut Allah. Time tu aku dah mula rasa yang aku ni kurang ajorr gila sebab tak rasa takut dengan Allah. Dan time tu jugak aku mula cuba rasakan dalam hati ni untuk takut dengan Allah. Malangnya tak berjaya dan aku pon buat dekk jelah dengan perkara tu. Yelah, dah tak takut. Nak buat macam mana kan. Dah paksa takut pon tak boleh. Memang parah lahh. Tapi... tu time aku kecik-kecik dulu. 


saya nak solat sebab saya takut pada Allah SWT



Bila dah semakin besar, dah baligh, kematangan semakin bercambah dalam diri ini. Dengan pelbagai masalah , dugaan dan ujian yang aku tempuh, aku baru tahu kenapa umat Islam terutamnya orang beriman selalu takut dengan Allah dan ada yang sentiasa menangis sebab takut gila-gila pada Allah SWT. Perasaan takut kan Allah aku sendiri rasa dan memang sangat takut. Kita sebenarnya tak takut Allah tapi takut dengan balasan Allah. Tu kenyataan yang tersirat yang orang bukan Islam kurang faham. Disebalik rasa takut tu aku jugak kadang-kadang tak menghiraukan perasaan tu dan terus melakukan dosa. Tu memang namanya manusia. Tu lagi kurang ajorr daripada masa kecik-kecik dulu sebab tak takot Allah. ayat bebelit.


Semakin lama, bila banyak sangat ujian dahsyat yang Allah bagi kat aku semakin aku tahu banyak hal tentang agama. Dan semakin banyak aku rasa dengan apa yang aku tak rasa selama ni. Masa kecik-kecik aku paling tak suka mengaji. Siap sampai satu hari tu aku kena marah dengan ayah aku sebab taknak pergi mengaji. Amek kau. Menangis-nangis tepi tingkap aku mase tu. Hahah. Aku pernah tipu ibu, cakap Makcik yang ajar aku ngaji tu takde. Padahal makcik tu siap telefon ibu aku kenapa aku tak datang ngaji. Memang kantoi masa tu. Plan tak strategik. Biasalah, budak kecik mana ada pemikiran yang cerdik untuk menipu. Hohohoho 



kalam Allah SWT

Tapi sekarang ni aku baru rasa yang mengaji tu memang sangat menyeronokkan. Kadang-kadang pon ada ter-skip mengaji jugak. Hihihi. Tapi seronok-seronok pon takdelah sampai tajwid pon langgar. Aku tak macam tu. Aku ikut tajwid. Nasib baiklah aku ada ibu yang sentiasa pakar bab tajwid ni. Ibu selalu pergi kelas mengaji dan aku rasa ibu buat macam tu sebab ibu nak anak-anak dia pandai mengaji. Beruntung kami berempat. :)



                                                  ayah tibe-tibe je beriye. Hahah :D








Manusia bila dah ditimpa susah mula menjadi lemah, stress, putus asa, dan mulalah menjadi tidak tentu arah. Putus harapan dengan rahmat Allah. Allah ada berfirman,







   "Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Alaah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[Surah Az-Zumar, ayat 53]

Ramai yang kadang-kadang terlepas pandang dengan ayat Allah ni. Ada jugak yang dah tahu tapi meragukan  janji Allah ni. Bila syaitan sudah datangkan was-was memang susah hati nak tenang. Aku selalu terkena was-was syaitan laknatullah ni. Bila dah banyak buat dosa, mulalah rasa Allah dah tak sayang, Allah dah taknak dengar doa-doa aku. Tu yang selalu buat jiwa stress. Syaitan memang kurang ajorr. Tak puas hati je memanjang. Tapi kita ikut jugak si syetan-syetan tu. Ya.aku pon terikut jugak syetan-syetan tuu kadang-kadang

Banyak cara nak pujuk hati kita ni supaya redha dengan dugaan Allah. Salah satunya, kita mesti ajar hati kita  untuk sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai apa jua dugaan kerana otak kita dah simpan memori bahawa selagi kita hidup kita akan sentiasa diuji. Selain tu jugak kita perlu berubah daripada tak baik jadi baik. Daripada sudah baik menjadi lebih baik. Mula berubah dengan perlahan-lahan. Sesetengah orang memang susah nak berubah mendadak. Insya-Allah, Allah faham. Lepas tu kita kena paksa diri, ubah diri ni yang hanya pandai tahu cakap tapi tak buat. Ubah niat kerana Allah. Orang yang nak berubah kerana Allah semata-mata nanti Allah akan hadirkan orang yang baik-baik je dekat dengan dia. Lepas tu kita kena kuat pada matlamat yang kita nak berubah !!! Taknak lagi tinggal solat ! Taknak lagi abaikan waktu solat !! Taknak lagi remehkan solat !!! Mintak petunjuk Allah dan yang pasti jangan pernah berhenti berdoa walaupun hanya berdoa
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّر
Insya-Allah, Allah akan bantu kita. Yeahh !










A006 A005  A004
                                                                                                                                                       
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu. kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

[Al-Insyirah, ayat 4-6]























Entri ni ditulis untuk berkongsi suka duka yang aku alami dalam hidup. Memang takde manusia yang sempurna macam Rasulullah zaman ni yang boleh memberi nasihat kepada manusia lain. Kalau nak tunggu ada manusia yang sempurna  bagi nasihat dan berkongsi ilmu dengan kita memang sampai bila-bila kita tidak akan bergerak daripada kejahilan hidup. Aku pon banyak buat dosa, banyak buat salah dan sedang dalam proses membaiki hati dan jiwa yang telah hancur lupus dikerjakan syaitan. Tapi ingat kata Nabi SAW

Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash ,

             "Sampaikanlah dariku walaupun hanya sepotong ayat."

[ Riwayat Al-Bukhari]








Kita memang tak pernah lari dari dosa. Tapi semua tu tak menjadi penghalang kita untuk menyampaikan ilmu agama walaupun ilmu itu tidak seberapa.Yang paling penting, kita sendiri kena sedikit demi sedikit berubah dan cuba paksa diri kita untuk patuh pada arahan Allah dan tinggalkan apa yang Allah tak suka. Kadang-kadang sesusatu yang pada mulanya dibuat hanya kerana terpaksa lama kelamaan hati sendiri akan ikhlas melakukannya kerana Allah. Insya-Allah. Kita doakan yang terbaik untuk sesama kita sebab orang yang mendoakan perkara baik untuk saudaranya tanpa saudaranya ketahui maka malaikat akan mendoakan perkara yang sama untuknya. Insya-Allah, aminn.




Senyumlah 
walau kehilangan sesuatu yang amat kamu sayang
 kerana akhirnya kamu akan sedar
 betapa Allah  mencintaimu lebih daripada apa yang engkau perlukan. 



Salam Maghfirah,
Amira Azwa Amir.







Thursday, May 09, 2013

Ya Allah, Serius Aku Malas !



Hari ni aku nak taip blog sebab aku malas gila nak belajar! Padahal minggu ni tengah periksa setengah tahun. Boleh lagi aku main-main ek. Dah setengah tahun ni satu hapak pun aku belum buat revison betul-betul untuk SPM nanti. Haaahh ! Memang tak lah kan.  -_____-







Semuanya disebabkan malas yang gila-gila melampau. Aku bukannya tak cuba nak ubah perangai yang boleh dikatakan menzalimi diri sendiri tu tapi bila aku dah punya semangat gila nak belajar, dah ambik buku dah ni, pensel dah kat tangan dah ni, buku dah terbuka , tang tang kepala otak aku belum bersedia nak belajar. Boleh pulak gitu . :)  Tah pape merepek yang keluar kat kepala otak aku ni. Aku fikir beger Mcd lah, mister potato lah, Magnum lah , eeh memang tak lah kan ! Yang tak boleh belah semua yang aku fikir tu makanan . Ya Allah, bantulah aku untuk buang penyakit malas ni. Aku kena belajar !



 makanan yang diidamkan bila nak belajar



Aku rasa aku ni belum sedar kot yang tahun ni aku nak SPM. Konon nak jadi pediatrik tapi belajarnya hampeh. Bila bukak buku je fikiran mulalah jadi macam-macam. Sebenarnya , apa yang menjadi masalah aku sekarang ni ialah aku terlalu fikirkan macam mana nak betul-betul faham segala subjek sains tulen yang aku ambek. Walaupon kaunselor dah nasihat kan aku supaya aku tak payah nak sibuk-sibuk fikirkan benda tu tapi bila aku fikirkan balik , aku nak kena jugak fikir benda tu! Heh , banyak betul nak kena fikir kan . Lepas tu , ditambahkan lagi dengan aku memikirkan kelas tuisyen physisc, kimia dan jugak addmths yang sampai sekarang aku tak jumapa-jumpa lagi ! Aku bukannya tak nak pergi tuisyen dekat pusat tuisyen yang ada kat sini tapi aku rasa dan aku yakin yang aku tak akan faham sangat apa yang cikgu ajar nanti. Sama je nanti hasilnya bila belajar kat dalam kelas. Bila nak tanya je malu ! dannnn lagi satu hal aku tak suka tuisyen ramai-ramai macam dalam kelas sebab aku ni kan lembap sikit so, bila aku tanya cikgu satu benda tu aku nak kena fahamkan benda yang aku tak faham tu , mengambil masa yang lama untuk aku faham kan. Haaah , ayat dah bebelit , ni pon nak kena faham kan betol-betol.








Bila stress dan tekanan melanda diri , mulalah aku termenung. Termenung untuk transform diri ni jadi transformer yang sangat rajin belajar bukan saje untuk SPM atau exam-exam biasa tapi belajar untuk masa depan. Kalau kita belajar hanya untuk pass exam je baik tak payah belajar sebab lepas habis exam je kita dah lupakan apa yang kita dah penat-penat hafal dan ingat dan faham. Aku cakap orang , aku pon same je. Lepas exam terus lupa. Macam dah merdeka sangat je.

Bila aku tengah termenung tu , semangat nak belajar tu terus jadi sangat berkobar-kobar. Ceh ! tapi tu sekejap je. Lepas dah habis stress aku malas lagi. Sebab tu aku selalu stress dengan diri aku ni yang tak pernah tetap dengan matlamat. Ya Allah, ampunkan aku.

Haahhhhhhhhhhhhhh ....!! esok exam fizik paper 1 and 3 . tadi paper2 and agame 2. memang asyik tersengeh jelah dengan kawan sebelah sebab nak jawab fizik paper2 . Boleh lagi Cikgu Murugan cakap kat kiteorang, "You all jawab exam relax and be enjoy. Jangan stress-trsee. Kalau you stress , soalan yang you boleh jawab pon you tak boleh buat. Pada siapa yang boleh jawab tu, jawab. kalau yang tak boleh jawab, tak payah jawab. Tapi tak boleh jawab nak cuba jawab jugak memang you tak cukup masa." Aku dengan Intan dah pandang-pandang. Muka tak faham. Cikgu buat lawak orang tak faham. Entahpape. :)

Bila naik form5 ni kan semua exam paper2 mesti susah. Ni belum jawab kimia2 lagi. Tu memang hancur kepala, otak terbakar, air mata darah tak henti-henti mengalir. lepas dah habis jawab tu , boleh gelak-gelak pergi belakang lepak dengan kawan-kawan , macam tadi tak ada apa-apa berlaku. Padahal dalam hati tadi dah mengutuk-ngutuk kertas pekse yang mengada gila susah.  Biasalah , orang duduk depan mase pekse hanya boleh melihat cikgu saje di depan matanya. Kawan-kawan dibelakng tidak dapat ku lihat dan aku join mereka 'berpayung-payungan' bersama teman-teman yang lain. Faham-faham jelah maksud payung tu ape.  Nak mintak jawapan kawan sebelah takot cikgu nampak pulak. so, ikhtiar jelah. Takpe , ni latihan untuk aku nak jawab SPM nanti. Biarlah dapat markah teruk kerana usaha sendiri , asalkan jangan markah tinggi kebabom sebab meniru buku.  Tu lagi terok kot aku rasa.

Okayyy , saya nak belajar sebab esok nak periksa fizik kertas 1 dan kertas 3. Kalau tak belajar nanti jadi macam kat sekolah pagi tadi. Biar cakap guna ayat skema asalkan belajar. (takde kena mengena)




Ya Allah, kuatkan aku untuk berusaha demi ibu dan ayah ku 





Salam Belajar,
Amira Azwa Amir.

salam perjuangan untuk batch SPM 2013