...

Friday, April 26, 2013

Mengubati Penyakit Dengki.


Perasaan dengki memang selalu ada dalam hati manusia yang sering cemburu melihat kelebihan orang lain. Namun bila kita cuba mengubati penyakit ini, makin menjadi-jadi dia menggasak hati kita. Beberapa panduan boleh kita ikuti untuk melenyapkan perasaan yang tidak baik ini :

  • Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT pinjamkan. Biasanya kalau tak bersyukur nanti ada rasa tak puas hati tengok kejayaan orang lain.

  • Selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan. Biasanya kalau tak beramal soleh nanti maksiat pula yang datang dekat kita.

  • Perlu ingat setiap masa bahawa rasa dengki itu akan merosakkan amal kebajikan. Biasanya kalau tak ingat begitu nanti kita lebih suka buat maksiat daripada amal kebajikan.

  • Tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. Biasanya kalau berusaha mencari sesuatu yang haram nanti kita terjerumus ke lembah hina.

  • Berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakan. Biasanya kalau kita berburuk sangka nanti orang lain akan menjauhi kita.

  • Selalulah mengikat silaturahim dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Biasanya kalau tidak berbuat begitu nanti takde siapa nak kawan dengan kita.

  • Sentiasalah menjaga perkataan dan perbuatan daripada menyinggung perasaan orang lain. Biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan hilang kawan dan saudara mara.

-Majalah GenQ-



Waktu Pagi Lebih Indah Disinari Nikmat Duha.


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

"Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat duha."
                                                                                                                (Riwayat Abu Dzar)

Nikmat solat sunat duha :

1. Tidak termasuk dalam golongan yang lalai.

2. Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikkan.

3. Diperkenankan doa selepas solat sunat Duha.

4. Dimurahkan rezeki.

5. Dipelihara oleh Allah SWT.

6. Dihapuskan dosa.

 -Majalah GenQ-

Andai Kasihkan Rasulullah Ucapkan Selawat.

Tempat dan waktu yang dianjurkan berselawat :

1. Sesudah laungan azan.

2. Ketika hendak masuk dan keluar masjid.

3. Dalam solat jenazah.

4. Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat.

5. Dalam takbir-takbir hari raya.

6. Pada awal dan akhir bacaan doa.

7. Pada malam dan siang hari Jumaat.

8. Dalam khutbah dan dalam bacaan qunut.

9. Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW.

10. Tiap pagi, petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain.

-Majalah GenQ-