...

Saturday, February 09, 2013

Kelebihan Surah al-Mulk.




sumber : Buku Ilmiah 'Ya Allah, makbulkanlah doa-doaku' dan Amalan Surah-surah Pilihan.


Surah al-Mulk ialah surah 67 atau dikenali juga sebagai surah Tabarak, mempunyai 30 ayat dan tergolong surah Makiyyah. Surah ini mengandungi pelbagai kahsiat dan kegunaan jika diamalkan atau dijadikan wirid.

Antara kenyataan sahih tentang surah al-Mulk ini :

1. Daripada Abi Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: 

         "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberikan shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk (Tabaarakal-Lazi)"

2. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda,

           "Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali 'Tabaarakal Lazi'. Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu, sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan aku tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya aku tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia dan kepada aku kemudharatan atau kemanfaatan. sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat pada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah SWT. Dan mintalah shafaat daripadanya. Maka surah itu menemui Allah SWT. Dan berkata:"Wahai Tuhanku, si fulan ini (si mati) memilih aku dalam kitab-Mu dan dia pelajari aku serta membacaku. Bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal aku di dalam dadanya? Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, padamlah aku dari kitab-Mu. Dan Allah SWT berfirman : "Aku nampak kau marah." Allah SWT berfirman : "Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada mu dan kamu menjadi shaafaat ke atasnya." Lalu surah itu datang pada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati. 

                  Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membacanya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaganya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membacanya. Maka surah itu bersama si mati agar dia (si mati) tidak merasa kesunyian."
                                                                                            (HR. Ibnu Katsir).

3. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Rasulullah SAW telah bersabda : 
                               
                 "Satu surah di dalam al-Quran menghujah kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga, iaitu (Tabaraakal Lazi).
                                                                                        (HR. Riwayat At-Tabarani).

4. Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: 
                   
                    Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepda anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu. Sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah SWT dan menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur.
                      
              Dan Nabi SAW bersabda: "Aku suka kalau surah ini dalam hati tiap-tiap insan dari umatku."
                                                                                              (HR. Ibnu Katsir).

5. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, yang maksudnya;

                   "Sesiapa membaca surah al-Mulk setiap malam, dia akan tenang ketika menjawab soalan malaikat di dalam kubur dan dijauhkan dari sebarang fitnah sebelum meninggal dunia."


6. Bahkan menurut hadis lain yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

                "Sesiapa yang membaca surah al-Mulk dan surah as-Sajdah pada waktu malam, tidak ubah seperti orang yang mendapat Lailatul qadar."


7. Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata:

                    "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk."


Selain itu, orang yang menjadikan surah al-Mulk ini wirid selepas menunaikan sembahyang, Allah akan memudahkan rezeki baginya. Setiap usaha atau pekerjaan yang dia lakukan akan diberi berkat dan kemudahan sehingga dia dapat mengerjakan dengan baik hingga selesai.

Bagi sesiapa yang ingin membaca surah al-Mulk ini, sila rujuk al-Quran surah 67 dalam juz 29. :)

2 comments:

Jom Kenal Islam said...

Perkongsian yg berguna..cantik blog ini dan terima kasih krn sudi berkunjung ke blog sy serta follow :) teruskan berdakwah.. :D

amira_azwa said...

alhamdulillah. insya-Allah. trima kasih dan cantik jugak blog anda . teruskan berdakwah jugak! aminn