...

Saturday, February 09, 2013

Kehebatan Ayat Seribu Dinar.



sumber Buku Ilmiah 'Ya ALLAH, makbulkan doa-doa ku.'

Menurut para ulama, termasuk ulama-ulama besar dalam ilmu tafsir, terdapat banyak sekali faedah atau fadilat  yang diperoleh oleh orang yang mengamalkan Ayat Seribu Dinar, antara lain ialah :

1. Mendapat rezeki tanpa diduga.

                 "Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar,"

bermaksud bahawa orang tersebut mengetahui bahawa Allah memberi apa yang dikehendaki-Nya dan menghalang dari sesuatu yang dikehendaki-Nya juga;

                 "Menurut cara dan jalan yang sama sekali tidak diketahui;"

tidak dapat dikesan dan difahami oleh akal manusia.

2. Melenyapkan segala bentuk kesusahan.

     Orang yang beramal dengan pengertian serta tuntutan Ayat Seribu Dinar ini akan dihilangkan apa juga bentuk kesusahan dan kesempitan serta gangguan-gangguan jiwa sebagaimana disebut oleh ar-Rabi' bin Khaitham berikut ini;

                 "Allah menjadikan jalan keluar baginya,"

maksudnya ialah jalan keluar dan penyelesaian dari segala kesusahan serta yang menyempitkan hidup dan perasaan manusia.

3. Dijauhkan dari keraguan dan kesusahan maut


Sebenarnya, terdapat banyak lagi kelebihan dan fadhilat yang terkandung dalam Ayat Seribu Dinar ini tetapi ketiga-tiga khasiat yang disebutkan diatas sudah mencukupi untuk menjadikan ayat ini sebagai wirid dan amalan. :)

No comments: