...

Sunday, January 27, 2013

Ya Hannana, Nabi Muhammad.


12 Rabiulawal tahun gajah.
Tarikh kat atas tu sentiasa menjadi penantian bagi setiap orang yang sangat mencintai Muhammad bin Abdullah. Muhammad bin Abdullah ni bukannya artis yang harini disanjung-sanjung tapi beliau ialah nabi dan rasul kita yang terakhir. Muhammad bin Abdullah atauponn lebih dikenali dengan nama panggilan Rasulullah s.a.w. merupakan seorang insan yang diangkat martabatnya sebagai kekasih ALLAH. Subbahanallah. :) Baginda ialah manusia yang diutuskan ALLAH sebagai hadiah bagi kita iaitu umat Muhammad. Kenapa baginda diiabaratkan seperti hadiah untuk kita? kerana baginda lahir ke dunia ni bersama cahaya iman dan rahmat yang menuntun kita ke jalan ALLAH yang lurus lagi benar.

Sebenarnya, kita adalah satu-satunya umat yang paling beruntung sebab kita ditakdirkan ALLAH untuk menjadi umat Nabi Muhammad. Walauponn kita hidup kat akhir zaman macam ni tapi sebenarnya banyak perkara special yang kita tak tahu apabila kita menjadi umat nabi yang paling dicintai ALLAH ini.
Bila ALLAH sudah mencintai dan sayang kepada baginda sehingga diangkat martabat baginda menjadi kekasih ALLAH, maka sudah tentu kita sebagai umat baginda turut mendapat keutamaan yang lebih dari ALLAH berbanding umat-umat nabi terdahulu. Sebagai contoh, pernah tak kite terfikir kenape ALLAH bagi umur kite sampai 70 atau 80 je? Kalau lebih pon 100 tahun gitulah. Lepas tu dah K.O. Tahu tak kenape? Sebenarnye aku ponn tak tahu. :) sebab bende tu tak penting untuk kite fikir. Tapiiiiiii yang penting sekarang ni ialah macam mana carenya kite nak kumpul ibadah banyak-banyak dalam umur kite yang singkat ni.

Haaahh...! ingat tak Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan? Lailatul Qadar ni hanya ada khas untuk kita sebagai umat Muhammad je. Umat sebelum kita mana ade dapat rase Lailatul Qadar. Bile datangnye malam Lailatul Qadar, sesiape yang beribadah pada malam itu maka amal ibadahnya menyamai 1000 bulan beribadah. Gile untungkan kite? tapi hanye beberape kerat je yang manfaatkan malam tu tak terkecuali aku. :D So, kite tak payahlah nak pening-pening, jeles-jeles dengan umat-umat sebelum kite yang hidup beratus-ratus tahun tu sebab ALLAH sendiri dah bagi peluang simple but maximum rewards :D pada kite untuk banyakkan ibadah sebelum menghadap Dia, Ya Khaliq.

Bukan Lailatul Qadar je yang ALLAH bagi, sebenarnya berlambak kelebihan yang ALLAH bagi kat kita sebagai umat Rasulullah. Macam, telaga kauthar didalam syurga yang hanya boleh diminum oleh umat baginda saje, syafaat pada hari kiamat dan akhirat, solat lima waktu yang menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan macam-macam lagilah. Banyak sangat, tak boleh fikir.
Jadi, semestinya kita adalah umat yang paling paling paling paling beruntung kerana penghulu kita ialah Nabi Muhammad s.a.w. Bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan baginda, jomlah kite same-same meraikan Maulidur Rasul setiap tahun kerana sesiapa yang berkumpul bersama meraikan hari lahir nabi maka itu sebagai bukti dia mencintai baginda. Tak kesahlah kan sambut kat masjid ke, kat sekolah ke, kat mane-mane jelah tak kesah. Semua tu tak jadi masalah. Walauponn 12 Rabiulawal dah 3 hari berlalu. Kita masih boleh meraikan hari kelahiran insan yang bergelar kekasih ALLAH ini. :) dan tak boleh nak sambut jugak, cukup dengan selawat sebagai hadiah kita pada baginda.

Barangsiapa yang berselawat pada baginda 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang maka dia akan mendapat syafaat nabi pada hari kiamat nanti. Untungkan? :) tak rugi air liur ponn. Malah syafaat dari nabi tulah yang sangat kita perlukan bila kiamat dan hari akhirat tiba nanti. So, marilah kita sama-sama berselawat agar kebahagiaan dan keselamatan kita di dunia dan akhirat terjamin dengan adanya syafaat dari Muhammad s.a.w. insya-Allah. Aminn Ya Rab. :’)




No comments: