...

Saturday, December 14, 2013

Itu Yang Terbaik Dari-Nya.



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan yang paling mulia, Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang tinggi ilmunya.

Selamat Kembali !

Haihh! Rasanya nak masuk tiga minggu SPM tamat bagi pelajar kelas sains. Dan dalam tiga minggu tu jugak aku takde buat apa-apa pon kat rumah selain kena kemas rumah tiap pagi, kemas bilik, cat bilik sendiri, cat bilik ibu, makan, tidur, tengok cerita korea. Tu je yang aku buat setelah SPM 2013 tamat. Rasanya sebelum SPM dan selepas SPM sama je kot. Takde rasa best sangat lah sebab boring duduk rumah takde buat apa. Nak tidur sampai pukul 12 pon tak best sebab aku ni jenis orang yang cepat rasa penat bila tidur dari pagi lama sangat.

 Lagipon aku tahu ibu aku mesti tunggu aku setiap pagi sebab nak suruh sapu rumah. Eleh... eleh... macamlah aku tak tau. Kadang-kadang geram jugak sebab asyik aku je yang kena sapu. Kakak aku tu membuta je. Dia tu macam takde je dalam rumah ni walaupon dia tengah cuti sem sekarang ni. Tapi kalau dah pasal ibu memang taklah kan aku nak biarkan rumah bersepah. Takpelah. Aku fikir keuntungan daripada Allah je. Kalau kita berbakti pada ibu bapa memang ganjaran pahala tu tak boleh nak dikata. Besar teramat. Dan boleh menyelamatkan diri kita daripada azab api neraka nanti kat akhirat. Best kan? Tapi tulah aku ni kadang-kadang terlepas marah jugak depan ibu aku. Kalau dah malas memang malas lah kan. Sekarang baru aku faham kenapa dalam buku agama ada ajar cara-cara beradab dengan ibu bapa. Lepas tu buku tu ada cakap sebagai anak kita kena sabar melayan perangai ibu dan ayah kita. Bila aku dah tau pasal tu terus aku asyik ingat je apa yang buku tu cakap bila aku tengah malas nak buat apa yang ibu aku suruh. :) Nanti rasa rajin tu akan datang sendiri.
    
Surah Al-Isra' ayat 23 dan 24 yang bermaksud :

             "Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah daripad keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, sayangilah mereka berdua sebagaimana mereka menyayangi aku ketika kecil."


Lepas dah habis SPM ni, bila aku buat apa-apa mesti aku rasa buang masa sebab otak aku asyik set kena baca buku je sebelum SPM habis ni. Padahal SPM dah habis dah tapi aku tetap rasa yang aku kena baca buku. Kalau tak aku rasa lain macam. Hahahahaha. Bila orang suruh SPM kau malas nak baca buku buat ulangkaji. Sekarang ni dah habis SPM kau sibuk pulak nak baca buku. Poyo betul. :))


Bila dah habis SPM aku baru rasa yang selama ni aku banyak buang masa. Aku rasa sangat sangat sangat menyesal sebab buat ulangkaji last-last minit nak SPM! Buat adik-adik yang nak ambek SPM tahun depan dan kepada sesiapa yang baru nak naik form4 tahun depan, meh sini dengar tips yang sangat berguna untuk korang yang akan mula bermain-main dengan SPM tak lama lagi.

Cerita daripada pengalaman :

Masa aku baru naik form4, aku memang dah confirm yang aku akan masuk kelas sains. Ceh! Belagaklah tu. Hehehehe. Takdelah. Bukannya aku belagak tapi masa form3 aku rasa aku boleh dapatkan 5A dalam PMR dan akhirnya memang aku dapat 5A cuma tambah 1A je. So dapatlah 6A. Disebabkan keputusan PMR yang agak memberangkan lah kan, aku pon try isi borang pilihan untuk masuk ke kelas sains. Akhirnya aku dapat. Yeahh!

Sebelum naik form4. Banyak betul aku dengar budak-budak senior ni kata physics, kimia, biology dengan add math tu susah. Bila aku dengar semua tu daripada kakak-kakak dan abang-abang senior termasuklah daripada mulut kakak aku sendiri, mind set aku terus set kan semua subjek tu susah. Aku pon awal-awal dah target physics tu aku tak kan boleh dapat A sebab diorang cakap antara empat subjek tambahan yang susah tu physics lah yang paling susah gila. So bila belajar physics dalam kelas memang aku susah gila nak faham. Bila otak dah cakap susah memang susahlah kita nak dapat setiap apa yang kita belajar. 

Masa dah masuk form 5 pulak, aku dah pening kepala fikir SPM. Aku dah kusut sebab aku tak tahu berapa A lah yang boleh aku target. Semua mata pelajaran dah semakin tough sekalipun itu hanyalah BAHASA MELAYU. selalunya bahasa melayu ni ramai yang pandang sebelah mata. Katanya senang sebab bm je kot. Tapi hamek kau, bm tu jugaklah susah nak dapat A+. Nak dapat A- pun tercungap-cungap. Apatahlagi A+. Paling tak lah pon dapat B+. Tengok, susah kan!

Kalau dah cerita mata pelajaran yang teras pun susah, tak tengok lagi subjek tambahan. ADD MATH, BIOLOGY, CHEMISTRY, PHYSICS. Hanya Allah jelah yang tahu.


Bila Form 5, semakin cuba pujuk diri belajar! 

Masa form 4 lagi aku dah malas gila belajar. Sebab apa? Sebab aku fikir semua subjek susah dan memang taklah kan aku nak dapat banyak A. :) Tapi bila dah sampai bulan 6 gitulah, aku cuba pujuk diri bukak buku bio, chemist, physisc dengan addmath. Memanglah mula-mula cepat fade-up sebab kita susah nak faham apa yang kita study balik. Yelah, dah basic pon tak kukuh. Macammane kan.

Kimia lah antara satu subjek yang aku asyik gagal. Haishh! Aku try cari cikgu tusyen kimia sebab nak fahamkan balik kimia dari asas. Last last cikgu kimia pon aku tak dapat cari. Tusyen kimia pon aku tak ada sampai SPM. Ramai orang cakap kimia ni kita kena tusyen. Kalau tak tusyen susah nak score. Lagilah aku susah hati. Takkan SPM nak ada gagal? Ya Allah... sedih. 

Lama-lama tu aku dah fade-up. Aku buat muhasabah diri kejap. Ceh, muhasabah lah sangat kan! Aku fikir balik semua benda yang aku dah belajar. Aku tukar mind set aku yang tak ada benda yang susah melainkan Allah yang bagi susah. Tak de yang susah melainkan kita yang rajin nak usaha. Dan tak de yang senang kalau kita sendiri yang malas dan cepat putus asa. Lepas tu aku pun fikir time tu, sekarang ni aku tak de tusyen kimia kat luar. Aku skarang bergantung pada Cikgu Cheng dalam kelas dan kelas tambahan kat sekolah. Aku kena fokus gila-gila bila cikgu ajar. Kelas tambahan mesti kena pergi walaupon penat dan sakit punggung duduk dekat kerusi makmal kimia dua jam. Ahh nasiblah! Nak buat macam mnae lagi kan. Redo jelah.

Mula-mula aku ingatkan cara macam tu dah tak berkesan untuk masa-masa terakhir nak SPM ni tapi bila aku yakinkan diri aku yang Allah ada. Allah akan tolong aku. Allah lah yang paling tere kimia. Akhirnya aku suka gila belajar kimia daripada bio yang sebelum ni aku minat. Seriusly! Semua asas yang aku tak tau sebelum ni, lepas study balik semua aku tau. Tapi ada sikit blurr jugak lah tapi alhamdulillah aku banyak jugaklah tahu pasal kimia. Sebelum SPM aku berjaya khatam buku kimia form4. tapi bab garam susah. Ramai cakap macam tu. Bukan susah apa nye, cuma kat bab tu banyak sangat nak menghafal. Serius banyak. Aku bayangkan kalaulah aku dari form4 belajar betul-betul mesti aku dah expert macam cikgu Cheng. Hahahahaha. 

Addmt pulak susah gila aku nak lulus. Ya Allah.. aku tak taulah kenpa addmt aku bongok sangat. Padahal dia sama sikit macam math modern. Tapi tak taulah kenapa aku ni ngok sangat bila buat addmt. Aku pelik bio, physisc dengan kimia aku tere sikit daripada addmt. Ceh. Tere tu taklah sampai dapat A+ jee bila time exam. Hehehehe. Addmt lah aku paling down. Hhuuhh... mengeluh panjang. :(


Natijah daripada SPM :

The end of SPM. Apa yang aku rasa lepas tamat je SPM 2013 ni bukanlah rasa gembira yang teramat sebab dah merdeka. Puii! Tak de makna semua tu kalau result yang keluar nanti corot morot.  Apa yang aku rasa adalah menyesal yang teramat dan semua tu dah tak berguna lagi, ok. Tapi aku nak cakap sikit.

Kalau kita dah ditakdirkan Allah untuk masuk kelas sains atau kelas apa je tapi terutamanya untuk kelas sains lah. Kita jangan sesekali rasa cepat fade-up dan putus asa sebab kita dah rasa susah dengan semua subjek terutama sekali empat subjek tambahan tu. Nak bagi peringatan! Jangan sesekali dengar cakap orang lain termasuklah cakap cikgu sendiri. Hehehehe. Bukan nak kata cikgu tu downkan kita atau nak bohong dengan kita. Tapi kita jangan dengar kalau ada orang cakap yang fizik, kimia, biology dengan addmt tu sush gila nak mati. Biarkan je orang cakap macam tu selagi kita ada usaha sendiri nak study, buat ulangkaji. Insya-Allah Allah akan tolong kita. Gerenti! Seriusly! Tak percaya cuba buat. Tulah yang aku rasa bila dah habis SPM. Menyesal pon dah tak berguna. 

Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita dan Dia jugak lagi tahu apa kemampuan kita. Allah tahu yang kita boleh handle subjek sains. So sebab tu Dia letakkan kita kat kelas sains. Kalau tak, tak de nye kita boleh masuk kelas sains. Lagi satu, walaupon tanpa tusyen tambahan kat luar, kita pon boleh berjaya, boleh dapat A+ dalam apa subjek pon termsuk empat subjek tambahan tu. Memanglah cikgu cakap kalau tak tusyen susah sikit nak faham. Tak pelah. Kita belajar dulu slow-slow kat rumah kalau tak faham kita pergila kejar cikgu jumpa cikgu lepas tu tanya. Aku selalu buat macam tu bila study kimia sorang-sorang kat rumah. Mengharapkan buku teks, buku rujukan dan Allah jelah. Kat sekolah pergi tanya cikgu Cheng. Secara tak langsung cikgu tu sendiri akan rasa teruja dan gembira bila dia dapat tahu pelajar dia ni ada buat ulangkaji mata pelajaran dia. Kan, bangga tu. Hahahaha. Nanti cikgu tu secara tak sengaja terus doakan kita berjaya dalam SPM. 

Ayat cikgu Cheng yang aku takkan lupa sampai mati, bila masa tu aku turun pergi bilik guru sorang, jumpa dengan cikgu Cheng. Nak tanya pasal kimia. Masa tu baru habis exam pertengahan tahun kalau tak silap. Aku tunjuk cikgu buku rujukan aku, tunjuk mana yang nak ditanya. Sekali cikgu macam marah kat aku. Aku dah takut. Tersengih-sengih cover malu. Hahahaha.  Sekali aku yang salah dengar rupanya. Mule-mule aku ingatka cikgu cakap, "Eh, Amira dah habis periksa baru nak baca buku?!" Nampak sangat ayat cikgu tu macam menyindir aku. Yelah, bila rasa susah time exam barulah lepas exam terhegeh-hegeh nak bukak buku baca balik. 

Tapi sebenarnya cikgu kata, "Eh, Amira dah habis exam pun buat ulangkaji lagi! Bagus-bagus!" Hhuhh...! Kecut perut aku dengar. Dalam masa yang sama aku gembira gila dengar cikgu cakap macam tu. Dahlah cikgu cakap macam nak jerit. Hihihihihi. Seronok bila dengar cikgu cakap macam tu. Daripada aku tak rapat dengan cikgu Cheng aku terus rapat sebab asyik jumpa cikgu tanya pasal kimia. Daripada aku takut gila dengan cikgu Cheng terus aku berani dengan dia. Tapi kalau tak buat kerja dia memang aku tak berani. Masa buat experiment, lagi aku tak berani. Angin cikgu Cheng lain sikit bila tengah buat experiment. :D


























Sebelum buat apa-apa perancangan, cek balik semua subjek yang kita ambil. Kalau kita rasa semua subjek kita boleh buat, ok lah macam tu. Kalau kita rasa ada subjek yang terlalu tough untuk kita, kita target subjek yang kita boleh buat je. Sebaraikan dan fokus paling banyak kat subjek tu. Yang paling penting usaha! Jangan menyesal tak guna macam aku. Addmath. Tulah subjek yang paling aku takut sampai nak menangis bila time nak buat masa SPM. Sekali hamek kau, memang susah pon addmt masa SPM haritu. Tu pon sebab semua salah aku. Aku yang taknak study awal-awal. Malam lepas buat addmt tu, aku badmood gila. Lepas solat maghrib terus tidur. samapi solat isyak pon aku lambat gila. Dah nak dekat subuh baru nak solat. Kuangaja kan.

Physiscs is the most easier berbanding bio, kimia dengan addmath. Ramai orang kata fiziklah paling susah nak lulus. Tapi seriusly jangan dengar. Tu semua gosip. Rumour belaka. Ceh speaking bagai. Fizik paling senang kita nak score. Kertas 3 fizik, Ya Allah...! Senang gila tapi cuma kena pandai-pandai letak unit, titik perpuluhan. Kalau satu salah semua habis hancur. Kalau satu betul semua insya-Allah terjamin. Senang cerita kertas3 ni senang dapat markah dan senang hilang markah. Paper2 fizik, bahagian A memanglah payah sikit. Tapi essay, superb! Boleh tahan senang kalau kita tau cara nak jawab. Tapi serius senang gila. Bila time SPM aku buat bahagian essay tu dulu sebab takut tak cukup masa. Buat mana yang kita rasa senang dulu. Cikgu fizik aku baik gila-gila. Dia tak pernah mintak duit dari kita orang kalau nak bagi bahan tambahan. Semua dia fotostet sendiri. Guna duit cikgu sendiri. Baik gila. Aku sedih sebab aku buat main-main fizik bila exam biasa. Sebab aku rasa fizik susah sekali tak delah sangat. Kan aku dah cakap mind set kita ni mempengaruhi otak kita. Aku sayang gila cikgu Azilah. Dialah yang buatkan fizik tu senang bagi kelas kita orang. Walaupon suaranya slow macam tengah bisik dengan orang sebelah, tapi serius dia banyak bagi tips nak menjawab. Sebab tu aku boleh buat sikit fizik walaupon tak banyak yang boleh jawab.

Biology. Tak payah cakap apa-apa. Ambek buku, ngadap 24 jam. Hafal. Tu je yang kena buat kalau nak A+ dalam biology. Biology best sangat sebab dia kaji pasal diri kita. Tapi aku tak suka bab tumbuhan. Maleh eh. Aku skip bila ada bab tumbuhan. Time jawab kertas1 bab tumbuhan aku hentam kalau dah tak boleh jawab sangat. Bio kalau kita faham dan kita dah hafal gerenti A+ dalam tangan. Nak nak bila buat essay. Fuhh... sedap je tangan menulis. Lepas tu bajet dengan orang sebelah, mintak kertas lebih. Tak cukup kertas nak jawab essay. Padahal banyak buat salah. Sebab tu kertas tak cukup. Hahahahah.


























Walau apepon, kita jangan cepat putus asa. Jangan dengar cakap orang sebelum kita sendiri yang cuba. Try dan usaha sebaik mungkin. Percaya dan yakin Allah itu tahu segala-galanya. Bayangkan je Allah tengah ajar kita. Contoh addmt. Addmt bagi aku susah sebab aku lembap bab kira-kira. Bayangkan lah Allah tengah ajar kita addmath. Insya-Allah kita boleh. Tak faham pon tak pe asalkan kita ada usaha nak buat. Takde lah bila nak jawab tu blurr. Tak tau langsung nak jawab. Aku bukannya pandai macam Khadila, budak sekolah tun habab tu, nak bagi nasihat kat kau orang. Tapi cuma nak kongsi apa yang aku rasa. Aku tak nak kau orang yang nak ambek SPM tahun depan ke atau bila-bila nanti menyesal sebab tak buat yang terbaik dalam SPM macam aku. 

Hanya matrix yang aku harapkan sekarang ni. Tu pon kalau dapat. Walaupon banyak orang kata matrix tak baguslah, paling low lah. Tapi kalau dah rezeki kat matrix jugak, boleh berjaya jugak satu hari nanti. Aku hanya ingat dan yakin dengan kata-kata Kak Fatin Liyana dan Cikgu Ishak. Biarlah orang nak cakap tak bagus lah, suka hati aku lahkan. Aku tahu aku ni bukannya pandai sangat nak masuk U terus ambek asasi ke. Aku janji pada diri sendiri kalau aku dapat matrix aku memang takkan sia-siakan peluang tu. Aku akan buat yang terbaik. Insya-Allah! Doakan saya. Ok. :D

Try your best and good luck for your future SPM. :)









































Tak ada yang pandai dalm dunia ini melainkan ada yang rajin usaha dia menjadi pandai dan yang malas dia menjadi bodoh - Para Ilmuan.



















Salam Usaha,
Amira Azwa Amir.



Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem.



Dengan nama Allah Yang Maha Pengsih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan yang terpuji dan tertinggi Rasulullah SAW dan para ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.


Bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah dan kurnia-Nya yang masih mengizinkan aku untuk meneruskan perjalanan yang mungkin masih panjang di muka bumi Allah ini. Bila kita fikir kenapa orang yang baik-baik atau yang soleh dan solehah ni selalu meninggal dunia cepat ialah salah satu sebabnya Allah terlalu menyayangi mereka dan bila kita fikir lagi kenapa Allah masih bagi lagi kesempatan untuk kita hidup kat dunia ni ialah kerana Allah nak kita berubah dan Dia bagi kita masa untuk kita bertaubat pada-Nya. Sebab Dia tahu yang kita boleh berubah dan menjadi hamba-Nya yang terbaik walaupun tak sempurna macam kekasih-Nya. Astagfirullah... :')


Hari ini kita sambut bulan Ramadhan. Bulan yang paling dinanti-nantikan oleh manusia yang tidak sabar hendak tingkatkan ibadah dan menghambakan diri pada penciptanya. Bulan Ramdhan bukanlah di-aim kan hanya untuk menyeru manusia menjalankan ibadah puasa semata-mata tapi bulan Ramadhan merupakan bulan yang tersangat istimewa dan bulan yang sentiasa memberi sinar harapan kepada hamba-hamba Allah menggapai magfirah-Nya dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh bagi menggandakan akaun pahala masing-masing.








Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda ,

                 "Allah berfirman, 'Semua amal anak Adam untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya."

Makna ungkapan 'Puasa untuk-Ku', maksudnya adalah puasa itu termasuk ibadah yang paling Allah cintai dan paling mulia di sisi Allah SWT. Ibnu Abdul Bar berkata, cukuplah dengan ungkapan 'Puasa untuk-Ku menunjukkan keutamaan dibandingkan ibadah-ibadah lainnya. Diriwayatkan oleh An-Nasa'i dari Abu Umamah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda,

               "Hendaklah kalian berpuasa kerana tidak ada yang menyamainya."

[Disahihkan oleh Al-Albany dalam shahih Nasai]


Bulan Ramadhan bulan paling mulia. Di antara persiapan menyambut Ramadhan adalah dengan berazam untuk menjadi lebih baik. Bila dulu kita tak solat maka bila mulanya Ramadhan kita jugak mula lah bersolat 5 waktu cukup. Jika dulu kita freehair, bila mulanya Ramadhan esok kita cuba tutup rambut kita walaupun tak pakai tudung dengan sempurna tapi at least kita cuba untuk tutup aurat. Lepas tu kita cubalah try sikit-sikit untuk melabuhkan tudung tu dan tutup aurat kita yang lain dengan sempurna. Insya-Allah. Nanti dah habis bulan puasa janganlah pulak kita tinggalkan semua yang kita amalkan mase bulan Ramadhan kerana pada hakikatnya apa yang kita buat pada bulan Ramadhan itu merupakan satu latihan pada diri untuk menjadi hamba Allah yang terbaik sehingga akhir hayat. Mase bulan Ramadhan kita berkobar-kobar nak tingkatkan amal ibadah. Apabila di setiap nafas kita jadikan zikir mengingati Allah, apabila tidur kita korbankan semata-mata untuk berqiamullail di sepertiga malam kerana Allah. Semua tu kita lakukan kerana kita tahu bila tibanya bulan Ramadhan setiap amalan mesti digandakan kepada 10 dan seterusnya boleh digandakan kepada 700 pahala.


























Menurut dalil al-Quran,

                      "Bandingkan pahala orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tipa satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatkan gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas Rahmat kurnia-Nya lagi meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya."

[Surah al-Baqarah, ayat 261]


Bulan Ramadhan juga merupakan bulan turunnya al-Quran. Allah SWT menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang penuh kemuliaan dan kesejahteraan iaitu pada malam al-Qadr (Lailatul Qadr).
Hal ini berdasarkan daripada firman Allah SWT,


A003


               "Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba kami ditimpa azab)

[Surah Ad-Dukhaan, ayat 3]











Bila masuknya bulan Ramadhan, apa yang menjadi dambaan para mukmin selain beribadah sebanyak mungkin pada Allah adalah menanti malam Lailatul Qadr. Lailatul Qadr ini ialah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan yang lain.



A001

A002

A003

A004


A005

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadr (1)  Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadr itu? (2) Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan.(3) Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut) (4)  Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (5)"

[Surah Al-Qadr, ayat 1 hingga 5]


Adanya malam Lailatul Qadr ini sebenarnya salah satu tanda kasih sayang Allah SWT kepada kita umat Muhammad SAW. Kenapa pulak tanda kasih Allah pada umat Muhammad? Kerana malam Lailatul Qadr ini hanya ada semasa zaman kehidupan umat Rasulullah. Umat-umat nabi lain mana ada dapat rasa Lailatul Qadr. Kita je yang dapat. Dan bila kita beribadah pada malam Lailatul Qadr ianya dianggap lebih baik daripada 83 tahun. Satu malam beribadah pada malam itu sahaja dikira seumpama beribadah selama 83 tahun. Zikir pada malam itu je dah dikira berzikir seumpama 83 tahun. Subahanallah ! 


Allah SWT tahu ada sebahagian umat Rasulullah ni jeles dengan umat nabi terdahulu yang dapat hidup 1000  tahun lebih. Jeles bukan sebab apa. Jeles sebab umat nabi lain yang panjang umur boleh beribadah sebanyak mungkin kepada Allah sedangkan kita yang hidup singkat ni setakat mana je mampu habiskan masa yang singkat ni nak beribadah pada Allah. Adanya masa lebih banyak dihabiskan untuk bekerja, menguruskan rumah tangga, hal keluarga, belajar, beriadah dan sebagainya. Setakat 15 minit paling lama lahh kita ambil untuk menunaikan solat fardhu. Lepas habis solat terus buat aktiviti keduniaan yang perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan asas dan hidup sebagai manusia normal di muka bumi Allah SWT ini.






















Sebab tulah Allah adakan malam Lailatul Qadr supaya kita sentiasa bersemangat utnuk beribadah pada bulan Ramadhan khususnya pada 10 terakhir Ramadhan. Lailatul Qadr boleh di cari pada tarikh-tarikh ganjil pada akhir Ramadhan iaitu pada 21, 23, 25, 27, 29 Ramadhan. 

Hadith tentang tanda-tanda Lailatul Qadr :

             "Sesungguhnya aku diperlihatkan Lailatul Qadr kemudian dilupakan dariku dan ia ada disepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tiadak pula sejuk, seakan-akan didalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar."

[HR. Ibn Khuzaimah]

                   
      "Sesungguhnya tanda Lailatul Qadr adalah malam yang bersih dan cerah, sekan-akan didalamnya bulan terang tenang, tidak sejuk dan tidak  juga panas dan tidak boleh bintang dijatuhkan didalamnyasampai pagi. Dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan syaitan tidak boleh keluar bersamaan dengannya pada malam itu.

[HR. Ahmad]


Apabila kita berjumpa dengan Lailatul Qadr, kita digalakkan memeperbanyakkan amalan sunat seperti berzikir, membaca al-Quran, solat sunat Tahajjud, solat sunat taubat, berdoa banyak-banyak dan bersungguh-sungguh dan sebagainya.

                       
              عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
      
             "Barangsiapa yang menghayati malam Lailatul Qadr dengan mengerjakan sembahyang
 (dan ibadah yang lain) sedangkan ia beriman dan mengharapkan Rahmat Allah SWT, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."


Antara doa yang nabi ajarkan pada Saidatina Aisyah r.anh sekiranya berjumpa dengan Malam Lailatul Qadr ini adalah dengan memperbanyakkan bacaan doa yang selalu dibacakan semasa rakaat ke-4 terawih :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

       "Ya Allah, sesungguhnya Engkau sentiasa mengampunkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka mengampunkan, oleh itu ampunkanlah salah silapku."













Antara Kebaikan Bulan Ramadhan : 

Dari Abu Hurairah r.a , Rasulullah SAW bersabda :

         "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat (syurga) dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)"

[HR. Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

              "Apabila bermula, malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah malaikat, katanya : 'Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampilah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya.' Seruan dan keampunan yang demikian diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)

[HR. Tirmizi dan Nasa'i]


Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :

                   "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."

[HR. At-Tirmidzi]



9 Amal Ibadah Utama di Bulan Ramadhan :

  • Berpuasa.
  • Tarawih.
  • Sedekah.
  • Bersungguh-sungguh dalam membaca al-Quran.
  • Duduk di masjid sehingga matahari terbit.
  • Iktikaf.
  • Mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan.
  • Menghidupkan Lailatul Qadr.
  • Memperbanyakkan zikir dan beristigfar.











Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik dan sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya. Bayangkan andai ini adalah Ramadhan terakhir kita, layakkah kita untuk bersuka-suka menunggu ketibaan lebaran? Pasti kita sentiasa menghiasi Ramadhan pada kali ini dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan ikhlas tawaduk tanpa ada perasaan riak, ujub dan bangga walau sekecil zarah sekalipun kerana perkara itu hanya akan merosakkan amalan dan mungkin jauh sekali untuk diterima Allah SWT. Yang paling penting sekali, apa yang kita harapkan adalah maghfirah, kasih sayang dan jugak redha-Nya kerana cinta-Nya sahaja yang mampu membawa kita menggapai kemenangan abadi iaitu meraih Jannah Allah, Syurga Allah SWT. Diharapkan agar Ramadhan kali ini dan seterusnya menjadi semangat bagi kita dan juga latihan pada kita untuk membaiki kelemahan diri dan memandu diri menjadi hamba yang cemerlang, soleh solehah dan hamba yang sentiasa berada dalam dakapan kasih sayang dan keampunan Allah SWT. Insya-Allah. Allahu Rahman Allahu Rahim. Aminn Yaa Rabb. :')
















Selamat 

Menyambut 

Ramadhan Al-Mubarak ...















Salam Ramadhan,
Amira Azwa Amir.

Tuesday, June 25, 2013

Panduan Qiamullail.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam keatas junjungan mulia dan tertinggi Rasulullah SAW dan kepada ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.

Selamat Tengah Hari ! dan Salam Zohor :D


Syukur dan sangat bersyukur kerana aku masih lagi berkesempatan untuk hidup di muka bumi Allah ini dan juga berpeluang lagi untuk menaip blog dengan niat hanya ingin berkongsi ilmu yang tak seberapa. Alhamdulillah. Kurniaan daripada Yang Maha Esa sangat tidak dapat terhitung dan justeru itu kita semua harus bersyukur dan sentiasa berfikir untuk merancang strategi bagi membaiki kelemahan diri dan sentiasa jugak berdoa pada-Nya agar diberi magfirah serta kekuatan untuk sentiasa istiqomah pada jalan-Nya. Petunujuk daripada-Nya jugak sangat diperlukan untuk memandu diri yang tersangat lemah mencari arah yang sebenar-benarnya agar dapat kembali kepada-Nya dengan hati dan jiwa yang tenang serta berjaya.

Sekarang ni kat tempat aku sedang ada musibah alam seperti yang sering ditayangkan dalam berita beberapa hari ni. Jerebu. Mula-mula aku tak sedar yang sekarang ni betul-betul tengah berlaku jerebu kat tempat aku, aku ingatkan pakcik rumah bawah ni yang bakar sampah. Punyelah marah dengan mulut membebel masa tu. Yelah, pakcik bawah ni suka sangat bakar sampah. Kan dah kena hentam dengan aku. Kekekekeh. Sorry. Tapi bila akak aku cakap bukan asap bakar sampah tapi jerebu, aku dah terpinga-pinga. Biasalah baru bangun tidur masa tu. Orang tak sekolah memang camtu, bangun lambat. Lambat sikit je. Lagi satu bukan sebab ponteng sekolah tapi ada alasan peribadi. *hanya Allah tahu  Aku ingatkan jerebu kejap je macam biasa tapi sampai sekarang ni tak baik-baik lagi. Dah kena pakai mask pergi sekolah. Jadilah doktor sementara, KONONNYA lah kan doktor. Tapi lepas SPM nanti insya-Allah jadi doktor betul-betul yang diiktiraf. Aminn.

Menurut Al-Quran, jerebu adalah 10 tanda besar kiamat. Al-Quran ada memperuntukkan satu surah khas mengenai jerebu surah yang ke 44. Imam Muslim meriwayatkan dari Hudzaifah r.a.

          "Kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat 10 tanda. Lalu baginda menyebut antaranya jerebu."

[Muslim]

Kata Imam Nawawi dalam syarhannya, jerebu yang menandakan kiamat akan berlangsung selama 40 hari ia membawa kesan selsema dan sesak nafas kepada orang mukmin dan menimpakan musibah besar kepada kaum kuffar dan haiwan. (syarh Muslim oleh Nawawi jilid 18). Kita berdoa semoga jerebu yang melanda negara kita dan negara-negara lain yang terlibat akan cepat pulih. Aminn Ya Rabb.

Berbalik pada tajuk asal diatas setelah mukadimah panjang lebar sudah selesai dibebelkan, hari ni saya ingin kongsikan panduan-panduan untuk kita orang Islam berqiamullail. Jadi baik sikit guna saya, yelah, tajuknyee pon untuk melakukan amalan yang baik dan disukai Allah. Tak manis lah pulak guna aku-aku ni. Kononnya.  :) Semoga boleh membantu kita-kita yang hendak bangun berqiamullail semata-mata untuk menghinakan diri depan Allah SWT. Insya-Allah.

  • Bangun pagi, sapu muka dan berdoa.

  • Bersugi.

  • Antara solat sunat yang boleh dikerjakan seperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan ditutup dengan solat sunat witir.
                                 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
         "Solat yang paling baik dikerjakan selepas solat fardu ialah solat sunat tahajud pada waktu malam."

[Riwayat Muslim] 

                                  Allah SWT berfirman yang bermaksud :
         "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu . Semoga Allah membangkitkan dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak."

[Surah al-Isra' 17: 79]

  • Memperbanyakkan istigfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab berdoa.

  • Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.

  • Merintih dan menangis di hadapan Allah.

  • Sementara menunggu waktu Subuh, bolehlah diisi dengan membaca Al-Quran dan berzikir.

  • Amalan tidak semestinya perlu banyak, yang penting istiqamah !




























































Yaa Allah, jadikanlah aku cederung untuk 

melakukan ketaatan dan menjauhi

kemaksiatan.













Selamat berQiamullail,
Amira Azwa Amir.


Majalah Gen-Q