...

Tuesday, December 25, 2012

About: Nama dalam ic Nuramira azwa bt. Amir. Lahir di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor. Tarikh lahir 21 Februari 1996. Menetap di Kota Tinggai, Johor. Seorang anak kepada Amir Ahmad dan Lasidah Saadon. Seorang adik kepada seorang kakak yang bernama Nuramira Aziqah. Seorang kakak kepada kedua orang adik iaitu Muhd. Afif dan Muhd. Azzam. Seorang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi. Tahun depan baru nak ambil SPM. Seorang yang selalu bercita-cita hendak menjadi ahli medik. Doktor pakar mata. Tokoh yang selalu menjadi inspirasi sudah pasti Prof. Dr. Muhaya. Yang selalu memberi sokongan untuk berjaya di dunia dan akhirat walau dalam diam semestinya ibu dan ayah tersayang. 

Yang selalu menaikkan semangat untuk bangkit dari kegagalan tiada yang lain selain ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Insan yang selalu menjadi panduan dalam hidup tidak silap lagi, Rasulullah s.a.w. Yang setia menjadi peneman dikala suka dan suram iaitu kitab ALLAH Al-Quran. Seorang hamba ALLAH yang sering mencari Taufiq-Nya setelah Hidayah dari Illahi diberi pada diri yang lemah ini. seorang hamba yang sedang mencari guru untuk memandu diri ini lebih dalam ilmu agama suci ALLAH. Seorang hamba ALLAH yang selalu mencari solusi bagi mengisi jiwa yang kosong ini. Seorang hamba ALLAH yang sentiasa cuba untuk berperang dengan nafsu, syaitan dan khayalan yang bersahaja. Seorang hamba ALLAH yang kini cuba bangkit dan terus bangkit untuk menjadi hamba ALLAH yang baik, yang lebih baik, yang solehah, yang mukmin dan yang berjaya mendapat mahabbah dan Jannah ALLAH di dunia dan akhirat. Insya-Allah. Aminn...


“I want to be a good daughter for my parent. A hardworking student for my teachers. A helpful members for my friends. A humble doctor for my patients. An obey servant to Allah.”

-Petikan daripada PLBS bahasa inggeris/2012-